trending_flat

MGRC Healthcare dan PPASM Bekerjasama untuk ‘Miss International Malaysia 2023

PETALING JAYA, 11 SEPTEMBER 2023 –Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (“MGRC” atau “Kumpulan”), pakar genomik dan biofarmaseutikal terkemuka, teruja untuk mengumumkan Perjanjian Kerjasama Strategik dengan Persatuan Pentas Anak Seni Malaysia ("PPASM"). Perkongsian itu, yang ditonjolkan pada Grand Final Nasional Miss International Malaysia 2023 yang akan datang pada 1 Oktober, menggabungkan hiburan, seni dan budaya dengan teknologi biofarmaseutikal termaju seperti imunoterapi, sel CAR-T dan sel Natural Killer (NK), yang juga termasuk produk kosmeseutikal MGRC seperti serum rambut, pelembap dan pencuci muka di bawah jenama mereka Rejuvium. PPASM akan menguruskan aspek organisasi, termasuk kelulusan dan permit, manakala MGRCH menyumbang kepakaran peringkat teratasnya dalam imunoterapi dan terapi sel. Kerjasama itu bertujuan bukan sahaja untuk menggalakkan kesedaran kesihatan tetapi juga untuk memupuk persekitaran di mana individu diberi kuasa untuk membuat keputusan kesihatan yang termaklum. Azri Azerai, Pengerusi Eksekutif Malaysian Genomics Azri Azerai, Pengerusi Eksekutif […]

trending_flat

Sama-sama merencana pembangunan Malaysia MADANI yang diidamkan

Oleh: Dr. Mohd Khairul Naim Che Nordin Kira-kira lebih dua dekad yang lalu, seorang intelektual Melayu iaitu Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud telah mengusulkan istilah ‘pengislahan’ yang memberi makna ‘kebaikan’ bagi menggantikan perkataan ‘pembangunan’ yang banyak digunakan dalam kertas-kertas dasar, polisi serta silibus pendidikan di setiap peringkat. Usulan ini bukanlah semata pertukaran bersifat tatabahasa sahaja tetapi berasaskan faktor makna atau semantik yang terkandung dalam istilah ‘pembangunan’ itu sendiri. Ia punyai justifikasinya kerana istilah ‘pembangunan’ menayangkan makna berciri fizikal iaitu ‘bangun’ dan ‘membangun’ yang mengisyaratkan kefahaman tentang seseorang yang bangkit dari tidur, atau usaha membina dan membuat sesuatu menjadi maju dan berkembang. Bahkan jika ditelusuri lawan kepada kata bangun dan pembangunan ialah mundur dan pemunduran, iaitu suatu yang bersifat merosot atau surut ke belakang. Namun sekali lagi perlu difahami bahawa sesuatu yang berhenti dari ‘membangun’ tidak semestinya tidak baik. Dr. […]

trending_flat

Perkasa wakaf hijau demi agenda ketahanan iklim negara

Oleh: Dr. Mohd. Zaidi Md. Zabri Pada bulan Julai, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) telah meluncurkan pelan Ekonomi MADANI sebagai wadah untuk mengangkat semula darjat dan martabat Malaysia melalui penstrukturan semula ekonomi ke arah negara peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara. Dr. Mohd. Zaidi Md. Zabri Ekonomi MADANI mempunyai dua pendekatan serampang dua mata yakni ‘menaikkan siling’ sebagai peneraju ekonomi Asia dan ‘menaikkan lantai’ untuk mempertingkat usaha menaikkan darjat hidup rakyat. Asasnya, Ekonomi MADANI menekankan keperluan untuk merombak struktur ekonomi negara melalui tujuh bidang tumpuan. Daripada tujuh bidang tumpuan yang digariskan dalam kerangka Ekonomi MADANI, terdapat dua bidang tumpuan yang mempunyai potensi untuk digembleng secara serempak yakni ‘Peneraju Ekonomi Islam Global’ dan ‘Pertumbuhan Hijau Demi Ketahanan Iklim.’ Menariknya, bagi bidang tumpuan Ekonomi Islam, PMX terlebih dahulu memuji sistem kewangan Islam sebagai peneraju kewangan Islam global dengan menyorot […]

trending_flat

Pakaian seragam sekolah bentuk jati diri murid

Oleh: Dr. Abd. Razak Zakaria Pemakaian seragam sekolah telah sekian lama dilaksanakan semenjak kita mencapai kemerdekaan dan sejak 1970, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memulakan langkah yang lebih tersusun dalam mewajibkan semua murid sekolah rendah dan menengah untuk memakai pakaian seragam sekolah. Ibu bapa saban tahun menjadikan hujung tahun sebagai masa terbaik untuk bersama anak-anak dalam menyediakan kelengkapan persekolahan di samping meluangkan masa senggang bagi menyiapkan anak-anak mereka dengan membeli pakaian seragam sekolah. Menjadi satu kewajipan kepada ibu bapa jika dapat menyediakan pakaian seragam sekolah daripada pelbagai jenama dan seperti satu pesta hujung tahun dengan diskaun menarik diberikan oleh pasaraya bagi memudahkan ibu bapa mendapatkan barangan kelengkapan persekolahan anak-anak. Dr. Abd. Razak Zakaria Menjadi satu kebanggaan juga kepada anak-anak jika dapat memakai pakaian seragam sekolah yang baru di awal tahun berserta lencana sekolah yang menjadi mercu kepada bermulanya persekolahan baru […]

trending_flat

Mari kita tunjukkan jalan perbankan Islam di Rusia

Oleh: Dr. Mohd. Zaidi Md. Zabri Bulan Julai lalu, Parlimen Rusia telah memberikan lampu hijau kepada program perintis selama dua tahun yang bakal memperkenalkan perbankan Islam di empat republik di negara itu iaitu Bashkortostan, Chechnya, Dagestan, dan Tatarstan bermula 1 September depan. Dr. Mohd. Zaidi Md. Zabri Menariknya, keempat-empat republik yang majoritinya menganut agama Islam tersebut mempunyai populasi sekitar 20 juta orang atau hampir dua pertiga daripada keseluruhan rakyat Malaysia. Manakala Malaysia sememangnya dikenali umum sebagai antara peneraju utama industri kewangan Islam global. Terutama sekali dalam pasaran modal Islam melalui terbitan ṣukūk (bon Islamik) yang juga merupakan antara yang terbesar dunia. Malahan, menurut laporan ICD-Refinitiv, Malaysia mengungguli Petunjuk Pembangunan Kewangan Islam (IFDI) 2022 yang mengukur dimensi seperti prestasi kewangan, tatakelola, kelestarian, pengetahuan, dan kesedaran mengenai kewangan Islam. Justeru, pengenalan sistem kewangan Islam di Rusia merupakan peluang yang semestinya tidak boleh […]

trending_flat

Perkhemahan Keluarga tingkatkan hubungan kekeluargaan

3 September 2023 - KBSMalaysia menerusi Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) menawarkan program rintis berbentuk perkhemahan keluarga yang akan dilaksanakan di Kem Wawasan Negara Ulu Sepri, Negeri Sembilan selaras dengan agenda untuk merakyatkan sukan. Di sidang media yang berlangsung di Kem Wawasan Negara Ulu Sepri, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata tujuan pelaksanaan program rintis adalah untuk: • merakyatkan fasiliti KBS dan memberi manfaat kepada orang ramai untuk beriadah • meningkatkan hubungan dan rasa tanggungjawab kekeluargaan dalam kalangan rakyat Malaysia serta memupuk amalan nilai murni dan integriti keluarga demi keharmonian hidup; dan • memupuk keseimbangan kerjaya dan kehidupan (work life balance) Program ini diadakan secara percuma bagi bulan pertama bermula pada 1 hingga 30 September 2023 (setiap Sabtu dan Ahad). Pada masa akan datang akan dikenakan bayaran yang minimum atau pada kadar mampu bayar sebagai salah satu inisiatif […]

trending_flat

Festival Bung Bratak rancakkan industri pelancongan

3 September 2023 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menganjurkan program MerakyatkanSeni Budaya: Festival Bung Bratak pada 2 – 3 September 2023 bertempat di Pusat Warisan Bung Bratak, Bau, Kuching,Sarawak. Menurut MOTAC, penganjuran program tersebut yang merupakan satu usahasama antara MOTAC dan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Sarawak serta Pejabat Daerah Bau, dilihat berupaya merancakkan lagi industri pelancongan di Daerah Bau dan Pusat Warisan Bung Bratak. "Penganjuran program ini bermatlamat untuk memupuk nilainilai murni dan semangat kerjasama dalam kalangan komuniti Bidayuh yang merupakan etnik ke-4 terbesar di Sarawak. Pusat ini merupakan tapak yang dibina untukmengekalkan warisan dalam usaha memulihara dan memelihara warisan etnik Bidayuh di Malaysia khasnya. Bung Bratak, dahulunya merupakan kawasan penempatan awal masyarakat Bidayuh bagi sub etnik Bidayuh iaitu JagoiBratak. Antara impak Pusat Warisan Bung Bratak kepada industri seni, budaya dan pelancongan Negeri Sarawak iniadalah […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation