Julau Life Care Society berjaya kutip 36 beg darah
Berita Oleh Siti Rahimah Ajis @ Abdul Ajis (JaPen Julau) JULAU, 5 Februari – Kempen menderma darah Daerah Julau anjuran Julau Life Care Society berjaya mengutip 36 beg darah dan mendaftarkan seramai 36 orang penderma dalam kempen menderma darah yang diadakan di Market MDMJ Julau, pagi semalam. Julau Life Care Society telah bermula pada tahun 2006 beroperasi di lapan lokasi lain di beberapa buah tempat seperti di Kuching, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri, Limbang dan Kapit. Para petugas kesihatan sedang memeriksa penderma darah. Foto: Chong Fei Foo (JaPen Julau) Menurut pengerusinya, Ngieng Sii Ping, program tersebut telah berlangsung seawal jam 9 pagi hingga 12.20 tengah hari. Sii Ping memberitahu, menderma darah bukan sahaja menyelamatkan darah seseorang, tetapi juga memberi faedah kepada penderma dari aspek kesihatan. Beliau turut menyeru semua generasi agar tidak takut menderma darah bagi melindungi diri sendiri dan […]