25 DISEMBER 2022 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali mengucapkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dirakamkan buat seluruh ahli pasukan bantuan mencari dan menyelamat daripada pelbagai agensi kerajaan yang telah bertungkus lumus selama 9 hari dalam operasi SAR insiden tanah runtuh sekitar Fatherβs Organic Farm, Batang Kali, Selangor Darul Ehsan. Dalam satu kenyataan hari ini, Armizan turut berterimakasih kepada Pegawai Daerah Hulu Selangor selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Ketua Polis Daerah Hulu Selangor selaku Komander Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan semua pihak yang terlibat dalam setiap aspek pengurusan bencana tanah runtuh ini. "Selain pasukan tindak balas bantuan pencari dan penyelamat, pelbagai pihak terlibat di barisan hadapan seperti pasukan bantuan kebajikan dan kesihatan, pasukan teknikal dan logistik, penerangan dan media, badan sukarela dan badan bukan kerajaan (NGO) serta banyak […]