trending_flat

PDRM benteras perjudian Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Qatar 2022

KUALA LUMPUR, 23 Disember 2022 - Bagi mengekang aktiviti perjudian dan pertaruhan yang melibatkan Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Qatar 2022, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan OP SOGA IX bermula 19 November 2022 hingga 21 Disember 2022. Hasilnya, beberapa serbuan dan tangkapan telah dibuat dan statistik berakhir pada 21 Disember 2022 adalah seperti berikut : Hasil rampasan keseluruhan meliputi: • Nilai had kredit di dalam perisian sebanyak RM22,353,866.27 dan Dollar Hong Kong 382,995.60; • Wang tunai berjumlah RM518,563.00 dan Dollar Singapura 500; • 74 unit komputer; • 47 unit komputer riba; • Empat (4) unit tablet; • 817 unit telefon bimbit; • Tiga (3) unit mesin kira-kira; • 28 unit modem; • 24 unit router; • Lapan (8) unit printer; • 386 keping sim kad; • 120 helai kertas catitan yang mempunyai catitan disyaki pertaruhan; dan • 27 keping […]

trending_flat

Syarikat Tamin sumbang 1 tan barang makanan asas bantu mangsa banjir

PUTRAJAYA, 22 Disember 2022 - Sumbangan barangan makanan asas daripada Syarikat Tamin Sdn Bhd telah diterima oleh Food Bank Malaysia di bawah kelolaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada hari ini. Sumbangan tersebut adalah bagi membantu mangsa banjir yang terjejas di kawasan-kawasan terlibat terutamanya di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor. Menurut KPDN dalam satu kenyataan hari ini, Syarikat Tamin sentiasa tampil ke hadapan bagi membantu mereka yang memerlukan khususnya golongan B40. Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Tamin Sdn Bhd, Tuan Abdul Talib bin Abdul Rahman telah menyerahkan sendiri sumbangan ini kepada Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin bin Ayub "Syarikat Tamin telah menyumbangkan sebanyak 1 tan barang makanan asas yang dianggarkan bernilai RM7,300.00 bagi peringkat pertama ini dan akan melakukan penghantaran sumbangan seterusnya secara berperingkat. Sumbangan ini kemudiannya akan diselaraskan oleh Sekretariat Food Bank Malaysia sebelum […]

trending_flat

Intipati Sidang Media PM PASCA Mesyuarat Kabinet Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA, 21 DISEMBER 2022 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa sidang Parlimen yang berlangsung baru-baru ini memberi tumpuan ke arah menjana pertumbuhan ekonomi setelah mendapat mandat yang lebih jelas setelah beliau memperolehi undi percaya yang besar. Katanya dalam satu sidang media semalam, keutamaan juga segi urus tadbir kerajaan yg cekap bagi mengatasi masalah kelulusan permohonan perniagaan supaya lebih pantas. "Kementerian Sumber Manusia dan Dalam Negeri perlu mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja dalam sektor perladangan, perkhidmatan dan pembinaan." katanya. Anwar turut memaklumkan bahawa berkenaan soal MA63, Timbalan Perdana Menteri diberi tempoh satu bulan utk memaklumkan status kemajuannya. "Sehingga kini, perkembangan yang jauh lebih baik telah dicapai, termasuklah hak kawal selia gas daripada Petronas dipindahkan kepada kerajaan Negeri Sabah." ujarnya. Anwar turut berkata Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan, manakala Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) […]

trending_flat

Banjir : Peruntukan RM50 juta masing-masing disalurkan ke Kelantan dan Terengganu

KELANTAN 21 Disember 2022 - Kerajaan hari ini bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM50 juta masing-masing di Negeri Kelantan dan Terengganu sebagai bantuan awal untuk meringankan beban akibat bencana Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023. Menurut Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media di sini hari ini, jumlah keseluruhan bantuan untuk kedua-dua negeri adalah sebanyak RM100 juta. Bantuan tersebut adalah sebagai pemberian wang ihsan dan perincian adalah seperti berikut:  RM1,000.00 (Ringgit Malaysia satu ribu) kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS); dan  RM10,000.00 (Ringgit Malaysia sepuluh ribu) kepada keluarga yang kematian ahli keluarga akibat banjir (bayaran diberikan kepada KIR). Terdahulu di Putrajaya petang tadi, Anwar mengumumkan pembatalan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023. Katanya, ia dibatalkan setelah mengambilkira bencana banjir yang menimpa sebahagian negara pada ketika ini.

trending_flat

Pakej Perpaduan khas untuk golongan belia, B40, OKU, warga emas dan veteran ATM serta veteran polis

21 DISEMBER 2022 - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengumumkan bahawa Pakej Remaja yang ditawarkan sebelum ini untuk remaja berumur 12 hingga 24 tahun telah diperluaskan kepada golongan belia berumur sehingga 30 tahun, B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran. Menurut Fahmi dalam satu kenyataan hari ini, mereka akan dapat menikmati penurunan harga pakej telekomunikasi bagi langganan prabayar Internet mudah alih berbanding pakej semasa di pasaran pada Februari 2023. "Komitmen Kerajaan ini dizahirkan dengan pelancaran Pakej Perpaduan iaitu Pakej Prabayar Internet Mudah Alih yang bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan sasar untuk memiliki perkhidmatan Internet merupakan utiliti asas yang diperlukan oleh rakyat. Pakej Perpaduan ini disasarkan untuk dinikmati oleh golongan belia, B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta veteran polis. Penurunan harga ini meliputi langganan pakej prabayar yang disediakan […]

trending_flat

Amaran Ribut Petir di beberapa buah negeri

21 DISEMBER 2022 - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengumunkan bahawa beberapa kawasan di 10 buah negeri dijanka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 5 petang hari ini. Kawasan-kawasan yang terlibat adalah : 1. Perlis 2. Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena) 3. Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Batang Padang dan Muallim) 4. Pahang (Bentong dan Temerloh) 5. Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) 6. WP Kuala Lumpur 7. Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau) 8. Melaka (Alor Gajah dan Melaka Tengah) 9. Sarawak: Kuching, Serian (Tebedu), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah) dan Bintulu (Tatau) 10. Sabah: Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas) Amaran tersebut dikeluarkan pada jam 2:15 petang petang tadi.

trending_flat

Mahkamah Anak Negeri di Sabah perlu sedia tangani kes-kes permohonan perkahwinan di bawah umur 18 tahun

21 DISEMBER 2022 - Mahkamah Anak Negeri di Sabah perlu bersedia untuk menangani kes-kes permohonan perkahwinan di bawah umur 18 tahun sebaik sahaja pindaan undang-undang diluluskan oleh Kabinet. Jannie Lasimbang, ADUN Kapayan menyatakan demikian semasa perasmian “Dialog isu-isu berkenaan langkah meminda had umur perkahwinan di bawah Enakmen Mahkamah Anak Negeri, khususnya Kaedah Undang-undang Adat Anak Negeri” organised by PACOS Trust. Jannie mewakili Datuk Ewon Benedick, Ahli Parlimen Penampang pagi ini. Setakat ini, perkahwinan mengikut adat di Sabah tidak mempunyai had umur minima, dan masih dapat dilaksanakan dengan kebenaran ketua-ketua adat di Mahkamah Anak Negeri. Langkah meminda had umur perkahwinan adalah selaras dengan peranan dan tanggungjawab Malaysia sebagai negara pihak kepada Konvensyen Hak Kanak-kanak dan Konvensyen untuk Menghapuskan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadapa Wanita yang memperuntukkan hak kanak-kanak dilindungi dari segala bentuk keganasan dan penganiayaan serta hak wanita berhubung perkahwinan. Kata Jannie, […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation