Gempa bumi kuat melanda Rantau Haida Gwaii
Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Rantau Haida Gwaii pada jam 6:22 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 6:22 pagi, 16 September 2024Koordinat: 51.5° Utara 130.7° BaratLokasi: Rantau Haida GwaiiMagnitud: 6.4Jarak: 591km Barat Laut dari Vancouver, KanadaKedalaman: 10 km “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.