trending_flat

Sembilan Pasukan Masuk Gelanggang, Rebut Piala YB Helmy

MOHD Noor Helmy (tengah) bergambar bersama pasukan pertama yang menyertai perlawanan itu selepas dilancarkan di Padang Bola Taman Seri Duyong 2. DUYONG 3 September – Sembilan pasukan diwakili anak muda sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong akan beraksi pada Liga Bola Sepak #Duyongkita Piala YB Helmy. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, sepak mula Liga Bola Sepak #Duyongkita Piala YB Helmy berlangsung 1 September lalu membabitkan enam pasukan di Padang Bola Sepak Taman Seri Duyong 2. Mohd Noor Helmy yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, pelawanan dijadualkan setiap Ahad sepanjang bulan ini dengan aksi final dijangka pada awal Oktober nanti. “Perlawanan dibahagikan kepada dua sesi iaitu jam 8 pagi dan 4 petang dengan penyertaaan 135 anak muda sekitar DUN Duyong yang mewakili sembilan pasukan. “Sebagai Adun kawasan, […]

trending_flat

Status Pengecualian Visa Tidak Ubah Proses Tapisan Ketat Pelancong China Dan India Masuk Ke Malaysia

Oleh : JomCheck Wujud satu video di media sosial yang mendakwa bahawa pelancong dari negara China dan India mudah untuk masuk ke Malaysia akibat pelaksanaan inisiatif pengecualian visa yang diwujudkan kerajaan. Kredit : JomCheck Video ini turut menyatakan tapisan keselamatan oleh Jabatan Imigresen Malaysia bagi pelancong dari dua negara ini akan dilonggarkan. Hasil rujukan JOMCHECK terhadap rakan semakan fakta kami iaitu MyCheck Malaysia mendapati bahawa video telah salah tafsir pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. STATUS: TIDAK BENAR PENJELASAN: Jabatan Imigresen Malaysia menjelaskan arahan yang dikeluarkan bertujuan menambah baik perlaksanaan inisiatif Pelan Liberalisasi Visa tanpa mengenepikan aspek kawalan keselamatan di pintu masuk negara. Terus semak fakta maklumat anda dengan kami melalui WhatsApp di +6017-4776659 atau guna pautan ini - https://wa.me/60174776659 kalau jumpa maklumat yang diragui, okay!

trending_flat

Karnival Komunikasi 2024 buka tirai di Kulai, Johor

PUTRAJAYA, 3 September 2024 - Kementerian Komunikasi akan menganjurkan siri pertama Karnival Komunikasi pada 6 hingga 7 September 2024 di Hutan Bandar Putra, Kulai, Johor yang bakal dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching. Karnival Komunikasi 2024 merupakan salah satu inisiatif kementerian bagi memberi pendedahan kepada orang awam mengenai kepentingan jalur lebar serta teknologi terkini di samping menarik minat komuniti setempat berkaitan inisiatif yang dianjurkan oleh kementerian dan agensi yang terlibat. Kredit : FB Karnival Komunikasi "Menerusi karnival ini, aspek pembangunan rakyat akan menjadi fokus iaitu mempermudah kehidupan, memperluas perniagaan dalam pelbagai platform, meningkatkan pendapatan, memperkasakan kerjaya, memperhebat etika, ekspresi telekomunikasi dan kesalinghubungan sosial serta kemasyarakatan yang positif seiring era globalisasi kini. Antara aktiviti menarik untuk para pengunjung termasuklah reruai pelbagai syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco), permainan digital, cabutan bertuah, sukan rakyat, konsert mini, persembahan muzik dan perkhidmatan secara […]

trending_flat

Kembara JOM dapatkan maklum balas dan pandangan terhadap Pelan Transisi Kepimpinan Belia

SANDAKAN, 2 September 2024 - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim hadir ke Sesi Libat Urus Pelan Transisi Kepimpinan Belia bersempena dengan penganjuran program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara (JOM) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2024 bertempat di Harbour Mall, Sandakan, semalam. Program tersebut turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah, Encik Apui Jan. Kredit : UKK KBS Menurut Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kembara JOM merupakan sebuah inisiatif KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) bagi membolehkan pemegang taruh belia menyampaikan maklum balas dan pandangan terhadap draf Pelan Transisi Kepimpinan Belia secara terus kepada kepimpinan tertinggi KBS. "Maklum balas dan pandangan yang diterima ini akan digunakan untuk memuktamadkan pelan tersebut yang bakal menjadi pemacu pelaksanaan pindaan kepada Akta Pertubuhan […]

trending_flat

EAIC Jalin Kerjasama Dengan Rasuah Busters: Perkukuh Kesedaran Integriti dan Banteras Salah Laku Penguat Kuasa

SHAH ALAM 2 September 2024 - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan Rasuah Busters telah bersetuju menjalinkan kerjasama strategik dalam usaha membina asas yang kukuh untuk memerangi salah laku, penyelewengan dan memperkukuh integriti di kalangan pegawai penguat kuasa. Dalam satu kenyataan, EAIC berkata kerjasama tersebut akan memfokuskan program kesedaran dan pendidikan yang akan dilaksanakan di pelbagai peringkat dan kumpulan sasaran, bermula dari sekolah rendah hingga sektor awam dan swasta ke arah mendidik masyarakat tentang pencegahan salah laku dan pembudayaan integriti yang tinggi. Kredit : FB EAIC "Kerjasama ini adalah langkah penting dalam usaha EAIC memastikan pematuhan integriti dalam agensi penguatkuasaan khususnya di bawah seliaan Suruhanjaya ini. Dengan berganding bahu bersama Rasuah Busters, EAIC komited untuk memupuk budaya integriti dan membanteras salah laku dengan lebih berkesan. Kami percaya melalui program pendidikan dan kesedaran yang lebih baik, kita dapat mencapai sistem penguatkuasaan […]

trending_flat

Udit Narayan Bakal Bertemu Peminat Bollywood Di Pulau Pinang November Ini

PULAU PINANG, 2 September 2024 – Udit Narayan merupakan penyanyi Bollywood yang terkenal dengan suara latarnya kepada industri muzik Bollywood dan termasuk juga beberapa bahasa lain seperti Tamil, Bengali, Telugu, dan Kannada, bakal membuat kemunculannya di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 28hb November 2024. Udit merupakan suara latar lagu bagi ramai ikon Bollywood dan diantaranya adalah Shah Rukh Khan, Amir Khan, Amitabh Bachchan dan banyak lagi. Sepanjang tiga dekad kariernya, Udit telah menyanyikan lebih 25 000 buah lagu dalam lebih 36 bahasa sehingga membuatkan dirinya berjaya mendapat 22.3 juta pendengar di Spotify dan juga memenangi pelbagai anugerah. Udit mula dikenali pada tahun 80’an dengan lagunya "Papa Kehte Hain," yang telah berjaya membuatnya memenangi anugerah ‘Filmfare’ yang pertama. Persembahan Udit bagi soundtrack "Qayamat Se Qayamat Tak" juga telah mengukuhkan lagi kemasyhuran namanya di Bollywood yang membawa kepada peningkatan jualan dan […]

trending_flat

David Barrett, Ketua Pegawai Eksekutif EBC Financial Group (UK) Ltd dan EBC Financial Group (Cayman) Limited, Menganalisis Turun Naik Pasaran Global, Tekanan Kadar Faedah Tinggi dan Strategi Pelaburan Selamat Di Tengah-tengah Peralihan Ekonomi 2024

LONDON, Sept. 02, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Pasaran global berada dalam keadaan berubah-ubah apabila tekanan inflasi, dasar kadar faedah yang berubah dan ketegangan geopolitik berkumpul untuk mewujudkan ketidaktentuan yang belum pernah berlaku sebelum ini di seluruh sektor kewangan. David Barrett, Ketua Pegawai Eksekutif EBC Financial Group (UK) Ltd dan EBC Financial Group (Cayman) Limited, menawarkan analisis pakarnya tentang kuasa yang memacu landskap kewangan hari ini dan strategi yang perlu digunakan oleh pelabur untuk terus maju. TURUN NAIK PASARAN SAHAM DAN KADAR FAEDAH YANG BERUBAH-UBAH MEWUJUDKAN LANDSKAP EKONOMI YANG TIDAK MENENTUBarrett menyerlahkan tempoh keyakinan yang diperbaharui dalam perdagangan ekuiti tunai pada separuh pertama 2024. Pada masa itu, pelabur institusi dan runcit memacu lonjakan aktiviti, meningkatkan kecairan dan kecekapan pasaran. Laporan pendapatan yang positif dan penunjuk ekonomi yang bertambah baik menyokong momentum ini, yang menunjukkan iklim pelaburan yang lebih sihat. Pasaran global […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation