trending_flat

Zahid deklamasikan puisi “Jiwa Merdeka”

Saksikan YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mendeklamasikan puisi "Jiwa Merdeka". Bersama kita hayati makna kemerdekaan melalui bait-bait puisi ini sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-67.  

trending_flat

Pelajar Polisas Raih Kemenangan dalam Sukma 2024

KUANTAN – “Saya amat teruja dan bangga apabila dapat mengibarkan bendera negeri dan mendengar lagu negeri Pahang berkumandang di dalam stadium tempoh hari ”, ujar Nur Ayu Rohma Mohd Insan, 19, yang berkongsi perasaan ketika diumumkan sebagai pemenang Pingat Emas acara Pencak Silat Kategori Tanding - Putri Kelas A (45kg-50kg), pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak baru-baru ini. Beliau yang merupakan pelajar semester satu, Diploma Teknologi Makanan Pengurusan Halal, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) telah menceburi pelbagai bidang sukan bermula dengan sukan taekwando , olahraga balapan dan padang serta mula berjinak-jinak dalam bidang silat pada tahun 2021, ketika berusia 16 tahun. “Saya dilahirkan dalam keluarga yang bergiat aktif dalam bidang silat di bawah bimbingan Persatuan Seni Silat Gerak Pusaka Alam Pahang. Selain dorongan berterusan oleh keluarga dan jurulatih, saya juga berminat dalam bidang silat ini kerana latihan silat […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Kepulauan Nicobar, Rantau India

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Kepulauan Nicobar, Rantau India  pada jam  11:42 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut     Waktu Kejadian : 11:42 pagi, 1 September 2024 Koordinat : 8.2° Utara 91.8° Timur Lokasi : Kepulauan Nicobar, Rantau India Magnitud : 5.5 Jarak : 153km Barat Daya dari Car Nicobar, India Kedalaman : 10 km   Maklumat ini merupakan maklumat akhir yang dikeluarkan oleh MET Malaysia berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Istana Budaya OTM On The Street Melebarkan Sayap Memeriahkan Program Melaka Bila Larut Malam Edisi September

MELAKA, 31 Ogos 2024 – Istana Budaya menerusi program Jangkauan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM): Sounds of Malaysia – OTM ON THE STREET @ BANDA HILIR MELAKA kini melebarkan sayap bersama memeriahkan program Melaka Bila Larut Malam Edisi September atau “Melaka Nightlife” semalam yang bermula dari jam 8.30 malam hingga 12.30 pagi. Kejayaan OTM ON THE STREET yang pernah diadakan di Pavilion Kuala Lumpur pada 13 Julai 2024 yang lalu telah menjadi satu fenomena luar biasa dan kini kembali menghangatkan tourist centre of attraction di Banda Hilir Melaka. Keistimewaan program Melaka Nightlife edisi September ini dianjurkan dengan suntikan semangat patriotik seiring dengan sambutan Hari Kebangsaan pada malam 31 Ogos 2024. Tetamu kehormat yang turut hadir bersama adalah YB Dato’ Azhar Haji Arshad - Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman - EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya […]

trending_flat

Bebaskan gigimu dari si ‘penjajah’

Oleh: Dr Afaf Syahira Ahmad Satmi “Tanggal tiga puluh satu, bulan lapan lima puluh tujuh...” Lantunan suara ikonik Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang kedengaran di corong-corong radio ketika ini, menandakan bulan kemerdekaan telah pun tiba. Meskipun lagu ini mungkin sudah lama, tetapi melodinya tetap segar dalam ingatan. Namun, di sebalik kehangatan sambutan kemerdekaan ini, sebagai seorang profesional dalam bidang pergigian, saya terimbau satu perkongsian di media sosial mengenai persoalan, “Sudahkah anda bebas merdeka dari masalah pergigian?” Persoalan ini membuka satu perspektif dalam menilai taraf kemerdekaan kita dari aspek kesihatan, terutamanya kesihatan pergigian. Persoalan tersebut saya hubungkan dengan statistik terkini mengenai taraf kesihatan mulut orang dewasa di Malaysia, dan dapatan tersebut secara umumnya amat membimbangkan. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Mulut Orang Dewasa (NOHSA) 2020, didapati 17 daripada setiap 20 orang dewasa Malaysia sebenarnya mempunyai masalah gigi berlubang; setiap individu dewasa mempunyai […]

trending_flat

Semangat Jiwa Merdeka warnai Sambutan Hari Kebangsaan 2024

PUTRAJAYA, 31 Ogos 2024 – Lebih 100,000 pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya bagi menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2024, membuktikan semangat patriotik kekal subur dalam jiwa rakyat Malaysia. Bertemakan Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka, Hari Kebangsaan 2024 disemarakkan dengan acara perbarisan dan perarakan oleh 17,262 orang peserta melibatkan komponen perarakan kumpulan pancaragam, pergendangan, aset hidup, aset kenderaan dan kontinjen Kenegaraan, Komuniti Malaysia MADANI, Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Ekonomi, Perbankan, Telekomunikasi, Industri Kreatif dan Penyiaran, Sukan Negara, Kesejahteraan serta Keselamatan Negara. Sebagai simbolik sambutan ke-67, sebanyak 67 buah kenderaan Kontinjen KMJG daripada pelbagai latar belakang kaum, umur dan profesion dalam usaha membawa imej kebersamaan dalam kepelbagaian, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI. Antara yang menarik termasuklah Teres Grafik Manusia yang melibatkan 2,000 pelajar di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pancaragam Formasi terdiri daripada 300 pelajar di bawah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tempur […]

trending_flat

Hentikan kitaran penderaan!

Oleh: Prof Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Nurfarahira Ahmad Yaccob, Nur Nadhirah Mat Nawi Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan satu rakaman video yang tersebar di media sosial mengenai seorang wanita warga Indonesia dan anaknya yang masih bayi menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Isu keganasan rumah tangga ini adalah masalah yang dilihat serius kerana berita mengenainya sering terpapar di media massa dan pelaku serta mangsa terdiri dari pelbagai bangsa, agama dan latar belakang pendidikan. Persoalannya, di manakah silapnya? Keganasan rumah tangga ini adalah suatu kekerasan yang berlaku dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Kekerasan merujuk kepada pembentukan tingkah laku penderaan yang digunakan oleh seseorang individu dalam rumah tangganya bagi mendapat atau mengekalkan kuasa serta kawalan terhadap pasangan intimnya. Keganasan rumah tangga ini boleh juga dikatakan sebagai satu pencabulan terhadap hak asasi manusia. Kebiasaannya wanita dan kanak-kanak sering menjadi mangsa dalam isu keganasan ini, […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation