trending_flat

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam 4:52 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 4:52 pagi, 18 Ogos 2024Koordinat: 6.6° Selatan 128.1° TimurLokasi: Laut BandaMagnitud: 5.2Jarak: 325km Selatan dari Ambon,IndonesiaKedalaman: 318 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

Momentum Nenggeri akan merebak ke Mahkota – Sheikh Umar Bagharib

JOHOR, 17 Ogos 2024 - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Bin Ali mengucapkan tahniah kepada calon UMNO Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang telah memenangi pilihanraya sekaligus merampas kembali kerusi DUN Nenggiri dari PN. Dalam satu kenyataan hari ini, Sheik Umar berkata bahawa disamping keberkesanan strategi, kemenangan tersebut memberi gambaran bahawa keyakinan rakyat terhadap UMNO dapat dipertahan walau diserang hebat oleh PN. "Pada hemat saya, ini merupakan manifestasi keyakinan rakyat terhadap halatuju Kerajaan Perpaduan ketika ini. Ia termasuklah iltizam memulihkan ekonomi, menyatupadukan rakyat serta mengetengah dasar yang baik untuk negara. Selain itu, naratif politik perkauman sempit dan jahat yang melatari kempen PN contohnya meng'kafir harbi'kan kelompok lain yang tidak seliran ternyata semakin tidak berkesan. Pengundi mahukan agenda pembangunan dan perpaduan sepertimana dibawakan oleh parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan." katanya yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP. Pada […]

trending_flat

PETRA bekal tenaga solar kepada komuniti Orang Asli di Berasau

KLUANG, JOHOR, 17 Ogos 2024 — Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan menyediakan bekalan elektrik melalui sistem solar dan membina Pusat Komuniti di Kampung Orang Asli Berasau yang akan memberikan manfaat kepada 70 orang penghuni atau 20 buah keluarga dengan sokongan SEDA Malaysia dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia. Dato’ Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA dalam sesi lawatannya ke kampung tersebut menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab Kementerian dalam memastikan rakyat mendapat bekalan elektrik yang asas kerana ia merupakan keperluan penting untuk kehidupan seharian. "Pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur dan sosial utama ini adalah di bawah inisiatif Kampung Angkat MADANI yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2024. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan standard perkhidmatan asas seperti air, elektrik, dan kemudahan masyarakat melalui pendekatan Whole of Government. Pelaksanaan inisiatif ini juga telah melibatkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan […]

trending_flat

51 pelajar kolej keracunan makanan, 7 kafe diarah tutup

Oleh : Nursaliawati Salberi / MELAKA HARI INI AYER MOLEK 17 Ogos – Seramai 51 pelajar sebuah kolej, di sini, mengalami keracunan makanan dipercayai selepas menikmati juadah yang dijual di tujuh kafe institusi pengajian itu. Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, kejadian dikatakan berlaku sejak Khamis dan berlarutan sehingga semalam. “Beberapa pelajar mula mengadu sakit perut, muntah, cirit-birit dan demam pada Jumaat sebelum dibawa oleh felo ke Hospital Jasin bagi mendapat rawatan. “Keadaan itu berterusan sehingga petang semalam dan beberapa penghantaran pelajar dibuat pula ke klinik kesihatan dan menjadikan kesemua pelajar yang terbabit seramai 51 orang membabitkan 36 perempuan dan 15 lelaki. “Hanya seorang pelajar sahaja yang dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan lanjut manakala mereka yang lain dirawat sebagai pesakit luar sebelum dibenarkan balik ke asrama,” katanya. Rahmad berkata, penguat kuasa Kementerian […]

trending_flat

Matmerize, Inc., Memperkenalkan “ASKPOLY” – Pakar Polimer Berasaskan Model Bahasa

ATLANTA, Aug. 16, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Matmerize, Inc., peneraju dalam reka bentuk polimer dipacu AI, teruja untuk mengumumkan penyepaduan akan datang bagi bahasa lanjutan keupayaan model, ASKPOLY, ke dalam ramalan sifat polimer utamanya dan perisian reka bentuk generatif, PolymRize™. Merevolusikan Sains Polimer dengan Model Bahasa Lanjutan ASKPOLY memanfaatkan kemajuan terkini dalam model bahasa besar (LLM), pra-latihan, penalaan halus dan badan pengetahuan yang luas yang tertanam dalam korpora polimer. ASKPOLY boleh disoal menggunakan bahasa semula jadi untuk meramalkan sifat, menjana kimia polimer baharu dan mengoptimumkan komposisi komposit atau rumusan. Ia direka bentuk untuk melengkapkan dan meningkatkan keupayaan ramalan PolymRize™. Pra-dilatih mengenai pangkalan pengetahuan Matmerize dan korpus polimer yang luas, ASKPOLY membuat ramalan sifat yang tepat untuk polimer dan komposit yang kemas. Pengguna boleh memperhalusi ASKPOLY dengan data dan teks proprietari untuk mencapai ramalan dan reka bentuk tersuai yang sangat tepat. Semua data pengguna dirahsiakan, selamat dan tidak pernah dikongsi. https://youtu.be/b1eo4VZeCBA?si=pWjQifSosuEAFxW2 […]

trending_flat

Fadillah kongsi pelan NETR di EMM14

LIMA, PERU - Mesyuarat Menteri- Menteri Tenaga APEC Ke-14 (EMM14) yang bermula hari ini (15 Ogos waktu tempatan) di Lima Convention Center (LCC), menghimpunkan Menteri-menteri Tenaga dari seluruh rantau Asia-Pasifik untuk membincangkan strategi bagi memacu peralihan tenaga. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh TYT Romulo Mucho, Menteri Tenaga dan Perlombongan Peru. Delegasi Malaysia diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof. Dalam ucapan alu-aluannya, Peru selaku pengerusi telah menekankan kepentingan tenaga dalam memacu kemajuan dan keperluan tindakan kolektif untuk mengurangkan ancaman perubahan iklim yang dikaitkan dengan kesan penjanaan tenaga semasa. "Mesyuarat turut mengambil maklum pencapaian dan status pelaksanaan inisiatif dan projek APEC Energy Research Centre (APERC) dan APEC Sustainable Energy Centre (APSEC). Sesi petang mesyuarat memfokus kepada perbincangan berkaitan "Memacu Peralihan Tenaga Merentasi Ekonomi APEC". Menteri-menteri Tenaga APEC telah berkongsi perspektif […]

trending_flat

Bukti kerajaan prihatin, martabat peranan penjawat awam

Oleh : Mohd Faiz Abu Hasan / MELAKA HARI INI AYER KEROH 16 Ogos – Rata-rata penjawat awam negeri ini menzahirkan rasa syukur dan teruja dengan pelarasan gaji baharu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 ‘Perkhidmatan Awam MADANI’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Bagi penjawat awam yang juga Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Ahmad Safwan Abd Aziz, 37, berkata, pengumuman kenaikan gaji itu adalah hadiah istimewa buat penjawat awam yang tidak jemu menyumbang tenaga serta kepakaran. Katanya, ia bukan sahaja perkhabaran yang menggembirakan malah memberikan motivasi untuk penjawat awam meningkatkan mutu perkhidmatan agar lebih cemerlang. “Sejujurnya kenaikan 15 peratus diumumkan kan amat membantu penjawat awam dalam mendepani masalah kos sara hidup terutamanya buat mereka yang terpaksa berulang alik dalam jarak yang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation