trending_flat

UPSI Perluas Jaringan Pendidikan Antarabangsa di Vietnam

Oleh: Nur Sabrina & Suriati Ismail  Ho Chi Minh City – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) telah mengadakan satu delegasi ilmu ke Ho Chi Minh City University of Technology and Education (HCMUTE) dengan kerjasama Education Malaysia Vietnam and Office of International Affairs. Pengetua KHAR, Dr Che Anuar Che Abdullah berkata lawatan ini bertujuan memperluas jaringan antarabangsa UPSI bersama HCMUTE dalam rangka jalinan perhubungan dua negara melalui pendidikan dan budaya. “Lawatan ilmu ini bukan sahaja memperkaya pengalaman akademik dan budaya tetapi juga memperkukuh hubungan antara dua institusi pendidikan dan berharap ini menjadi langkah awal bagi lebih banyak kolaborasi yang berdampak besar pada masa mendatang,” katanya. Tambahnya lagi, lawatan ini memberi pendedahan secara langsung kepada mahasiswa UPSI termasuk inovasi dalam teknologi pendidikan, kaedah pengajaran terkini, fasiliti serta infrastruktur dan sumber pembelajaran yang responsif dalam menyokong […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Utara Laut Maluku

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Utara Laut Maluku pada jam 7:36 malam semalam. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 7:36 malam, 12 Ogos 2024Koordinat: 2.4° Utara 126.7° TimurLokasi: Utara Laut MalukuMagnitud: 5.3Jarak: 190km Barat Laut dari Ternate, IndonesiaKedalaman: 88 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

 Zurich General Insurance melancarkan Pelan Insurans Motosikal Pertama di Pasaran dengan Jaminan Lanjutan Percuma

KUALA LUMPUR, 12 Ogos 2024 – Zurich General Insurance Malaysia Berhad (ZGIMB) melancarkan dua pelan insurans motosikal baharu, Z-Rider (EW) dan Z-Rider (Plus). Pelan-pelan inovatif ini bertujuan untuk menyediakan perlindungan komprehensif dan ketenangan fikiran kepada penunggang motosikal di Malaysia. Dengan lebih 16 juta motosikal di Malaysia, ZGIMB menyedari keperluan untuk penyelesaian insurans motosikal yang disesuaikan dengan kehendak pelanggan. Siri Z-Rider memenuhi keperluan ini dengan menawarkan ciri-ciri  yang memberi manfaat khusus kepada penunggang motosikal. Ini sejajar dengan etos jenama Zurich Malaysia ‘Lindungi Segala Perkara Yang Bermakna’ yang menekankan inovasi, kemudahan dan empati. “Pelancaran Z-Rider (EW) dan Z-Rider (Plus) merupakan langkah yang signifikan dalam insurans motosikal di Malaysia,” kata Junior Cho, Ketua Pengawai Eksekutif/Ketua Zurich Malaysia. “Kami bangga menjadi syarikat insurans pertama yang menawarkan jaminan lanjutan percuma, memberikan nilai yang luar biasa kepada pelanggan kami. Pelan-pelan ini menawarkan perlindungan komprehensif dan manfaat […]

trending_flat

Isu masalah air di Gua Musang : JAKOA tepis dakwaan Annuar Musa

GUA MUSANG, 12 Ogos 2024 - Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menafikan dakwaan Tan Sri Annuar Musa bahawa isu masalah air di Gua Musang, Kelantan berpunca dari kegagalan pihak JAKOA menyelenggara Sistem Rawatan Air. Dalam satu kenyataan hari ini, JAKOA menjelaskan bahawa sebanyak 109 buah Kampung Orang Asli di Gua Musang, Kelantan mempunyai sistem bekalan air iaitu menggunakan sistem air paip (3), 16 tubewell atau boring (air bawah tanah) dan 90 graviti (sungai). "Sepanjang RMK12, sejumlah RM25 juta telah diperuntukkan bagi kerja-kerja bina baru dan pembaikan Sistem Rawatan Air manakala sebanyak RM5 juta pula dibelanjakan untuk kontrak penyelenggraan. Isu pembekalan air ke perkampungan Orang Asli adalah berpunca dari sumber air yang terhad selain dari sumber air yang tercemar. Masalah ini berlaku bukan sahaja di perkampungan Orang Asli malahan juga di seluruh negeri Kelantan." kata JAKOA. Jelasnya, ia berlaku disebabkan kurangnya […]

trending_flat

Kesan Ekonomi Global daripada Cukai Perjudian Melambung

WATERFORD, Ireland, Aug. 12, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Kesan ekonomi daripada perjudian terhadap ekonomi negara adalah sangat besar dari 2020 -2024, menurut penyelidikan Statista terkini. Pasaran perjudian dalam talian sahaja dijangka menjana US$97.70 bilion menjelang akhir 2024, dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 6.46% diunjurkan untuk melonjakkan volum pasaran kepada US$133.60 bilion menjelang 2029. Minimum Deposit Casinos (MDC) – sebuah bahagian OneTwenty group – telah menerokai cara kerajaan membelanjakan cukai perjudian dan kesan daripada perbelanjaan tersebut. “Kami melihat 5 negara penjana pendapatan teratas dalam perjudian dalam talian. Jelas sekali bahawa cukai perjudian merevolusikan ekonomi negara, membiayai perkhidmatan awam yang penting dan menerajui projek komuniti dan alam sekitar yang utama. Malah, ia mempunyai kesan yang mendalam dan mengubah hidup secara global, menunjukkan betapa pentingnya aliran pendapatan ini untuk kesejahteraan masyarakat dan pembangunan mampan,” kata Miranda Raaff, Ketua Maklumat iGaming MDC. 5 negara penjana pendapatan teratas […]

trending_flat

Banjir kilat luar biasa, antara terburuk dalam tempoh 10 tahun – mangsa

Oleh: Salman Hamat / MELAKA HARI INI AYER LIMAU 12 Ogos 2024 – Mangsa banjir kilat sekitar Masjid Tanah dan Alor Gajah menyifatkan bencana melanda sebagai antara yang terburuk dalam tempoh 10 tahun. Tinjuan Melaka Hari Ini (MHI) di lokasi mendapati paras air naik dengan mendadak menyebabkan ramai dalam kalangan mangsa mangsa terkandas lebih empat jam berikutan laluan utama dinaiki air sebelum dapat pulang ke rumah. Salmah Abu Bakar Menurut mangsa, Salmah Abu Bakar, 49, dia terkandas di sebuah stesen minyak di Lubok China berikutan laluan utama ke rumahnya dinaiki air. “Terdahulu pada sebelah siang saya ke Paya Lebar untuk bantu bersihkan rumah saudara yang dilanda banjir, selepas Maghrib saya bergerak pulang ke rumah di Lubok China, tetapi terkandas empat jam kerana laluan utama dinaiki air. Saya perhatikan paras air naik sangat pantas, berasa agak risau dan takut melihat keadaan […]

trending_flat

Fadillah ketuai delegasi negara ke EMM

PUTRAJAYA, 12 OGOS 2024 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke MesyuaratMenteri-menteri Tenaga (Energy Ministers Meeting - EMM) di bawah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik atau Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) pada 15 hingga 16 Ogos 2024. Mesyuarat APEC EMM yang dihoskan oleh Peru selaku Pengerusi APEC 2024 merupakan pertemuan peringkat tertinggi pemimpin ekonomi APEC yang bertanggungjawab terhadap pembangunan tenaga. "Mesyuarat kali ini dijangka akan membincangkan mengenai hala tuju, dasar dan kerjasama dalam pertumbuhan mapan bagi bidang tenaga terutamanya dalam aspek peralihan tenaga dan usaha pengurangan jejak karbon di kalangan ekonomi APEC. YAB Timbalan Perdana Menteri akan mengetengahkan pendirian negara dalam melaksanakan usaha peralihan tenaga negara, memastikan pembangunan tenaga yang inklusif dan saksama serta berkongsi mengenai aspirasi negara ke arah pembebasan gas rumah kaca sifar bersih […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation