Bank Muamalat sahut seruan Kerajaan, anjur Program Literasi Kewangan bagi Sektor Pendidikan
KUALA LUMPUR, 12 Ogos 2024 (Bernama) - Menyahut seruan kerajaan dan Bank Negara Malaysia bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan belia, Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) dengan kerjasama Emerging Journey Asia Sendirian Berhad (EJAsia) telah menganjurkan program kesejahteraan kewangan dan kesihatan mental di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian, Kajang pada 10 Ogos 2024. Program yang bertemakan ‘Memperkasakan Kesejahteraan Kewangan Masa Hadapan’ ini turut melibatkan lebih daripada 350 pelajar, ibu bapa dan guru. Ia merupakan salah satu langkah proaktif Bank Muamalat dalam meningkatkan tahap literasi kewangan di peringkat sekolah. Menerusi program ini, pelajar, ibu bapa dan guru bukan sahaja didedahkan dengan ilmu pengurusan kewangan, malah mereka turut diberikan kesedaran mengenai isu kesihatan mental yang berkait rapat dengan kesejahteraan kewangan. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, Bank Muamalat menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan belia […]