trending_flat

Seni halus bidang menganggur?

Oleh: Dr. Fakhrur Razi Maamor Seni halus merupakan bidang yang melibatkan pemikiran kreatif dalam berkarya. Dalam erti kata lain, keupayaan berfikir itu dijelmakan melalui seni visual yang memiliki nilai estetika dan makna-makna yang tersirat. Di sebalik idea yang menginterpretasikan sebuah “munjul”, diserikan dengan makna dan idea di sebalik pengkaryaan yang mewujudkan nilai tersendiri. Setiap elemen dan prinsip yang diaplikasikan pada karya tidak hanya mencerminkan kematangan pemikiran pengkarya. Sebaliknya menggugah emosi yang mengundang ekspresi mendalam dari audiens. Estetika visual yang dipaparkan tidak hanya mewujudkan keselarian jiwa antara pengkarya dengan audiens, tetapi membentuk sebuah cerita, aspirasi dan identiti budaya yang bermakna. Begitulah ilmu yang ditanam dalam diri pengkarya ketika di universiti yang menawarkan pengkhususan seni halus. Berbicarakan disiplin seni halus di universiti, ia bukan sekadar melahirkan bakat kreatif yang mencorak dunia seni visual, tetapi mempunyai peranan dalam membentuk intelektual kritis dan bernas […]

trending_flat

Siapkah kita menuju negara tua menjelang 2030?

Oleh: Dr Mohd Khairi Ismail Malaysia dijangka menjadi negara tua pada tahun 2030 apabila penduduk negara ini merangkumi warganegara yang berusia lebih 60 tahun dalam pola 15.3 peratus daripada jumlah penduduk negara. Menerusi Kenyataan Media bagi Penerbitan Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia 2022 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri dilaporkan bahawa peratusan penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) meningkat daripada 7.0 peratus kepada 7.3 peratus bagi tempoh yang sama dan berdasarkan definisi United Nations, Malaysia telah menjadi negara menua. Dalam konteks negara menua, isu perkhidmatan kesihatan dan sokongan sosial adalah perlu untuk diberi tumpuan. Selain itu, pada tahun 2030, dianggarkan terdapat lebih 4.5 juta warga emas di Malaysia, yang memerlukan akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti dan kos yang mampu milik. Oleh itu, kementerian yang terlibat perlu merangka strategi yang komprehensif bagi memastikan warga emas tidak hanya menerima rawatan […]

trending_flat

TOPVISION LANCAR PROSPEKTUS UNTUK PEMINDAHAN PENYENARAIAN DARI PASARAN LEAP KE PASARAN ACE

Syarikat Jangka Raih RM17.89 Juta Daripada Tawaran Awam Pasaran ACE Kapsyen Foto Kumpulan 1 (Kiri-Kanan):Encik Phang Siew Loong, Ketua Pasaran Ekuiti, Hong Leong Investment Bank BerhadWendy Teh, Ketua Bersama, Kewangan Korporat, Hong Leong Investment Bank BerhadEncik Tan Kah Poh, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, Pakar Mata TOPVISION BerhadDatuk Kenny Liew Hock Nean, Naib Pengerusi Eksekutif, Pakar Mata TOPVISION BerhadEncik Lee Geok Ai, Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif, Pakar Mata TOPVISION BerhadDr. Peter Chong Kuok Siong, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif, Pakar Mata TOPVISION BerhadCik Lim May Wan, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, Pakar Mata TOPVISION Berhad KUALA LUMPUR, 25 NOVEMBER 2024 – TOPVISION Eye Specialist Berhad (“TOPVISION” atau “Syarikat”), pemain berpengalaman dalam perkhidmatan penjagaan perubatan mata di Malaysia, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran prospektusnya untuk Tawaran Awam akan datang bersempena dengan Pemindahan penyenaraian TOPVISION daripada Pasaran LEAP ke Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad […]

trending_flat

PERKUKUH PENGAWASAN PERAIRAN, MARITIM MALAYSIA SEDIA TEROKA TEKNOLOGI KECERDASAN BUATAN (AI)

PUTRAJAYA, 25 November –Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyambut baik hasrat Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, yang menggesa setiap jabatan dan agensi di bawah kementeriannya memahami dan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pengoperasian masing-masing. Ketua Pengarahnya, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah berkata, Maritim Malaysia sentiasa proaktif dalam meneroka penggunaan teknologi moden seperti AI sebagai langkah strategik dalam memperkukuh pengawasan keselamatan perairan negara.  Tambah beliau, dengan adanya teknologi AI ini, ia bukan sahaja membantu mengurangkan kebergantungan kepada rondaan fizikal, tetapi juga meningkatkan keberkesanan operasi di kawasan yang sukar dicapai. “Penggunaan dron atau bot autonomi yang dikawal melalui teknologi AI misalnya, dilihat mampu menjalankan rondaan automatik di kawasan yang luas, mengesan aktiviti mencurigakan, dan menganalisis data masa nyata untuk tindakan pantas,”  Beliau berkata demikian melalui Kenyataan Media rasmi yang dikeluarkan oleh […]

trending_flat

Meladeni fenomena YOLO dan FOMO

Oleh: Dr. Abdul Rahman Zahari Perdana Menteri Malaysia ke-10, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan kenaikan gaji bagi kakitangan awam untuk dua fasa bermula pada 1 Disember 2024 dan 1 Januari 2026. Pengumuman ini telah memberi suntikan positif kepada semua kakitangan awam di Malaysia untuk meningkatkan lagi produktiviti kerja. Baru-baru ini juga, pihak kerajaan telah menyemak dan menetapkan gaji minimum sebanyak RM1700 bermula pada Februari 2025. Tidak cukup dengan itu, pihak kerajaan juga telah memberi saranan kepada semua pihak majikan untuk melaksanakan dasar gaji progresif supaya pembayaran gaji yang lebih adil kepada golongan pekerja. Apabila berlakunya kenaikan gaji, maka dalam dunia yang serba pantas dan dipenuhi dengan pelbagai tarikan sosial, dua konsep yang semakin popular dan berpengaruh dalam gaya hidup masa kini ialah “YOLO” dan “FOMO” akan menghampiri pengguna di Malaysia. YOLO, singkatan bagi "You Only Live Once" atau […]

trending_flat

Menyulam harapan dalam sebuah kekosongan

Oleh: Prof Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Nurfarahira Ahmad Yaccob Keinginan untuk mempunyai zuriat bagi setiap pasangan suami dan isteri adalah fitrah manusia yang telah tertanam sejak azali. Namun, bagi sebahagian pasangan, perjalanan menuju keibuan dan kebapaan bukanlah satu pelayaran yang tenang. Cabaran dalam proses mengandung seringkali menjadi ujian berat yang bukan sahaja menguji kesabaran, malah menggoncang emosi mereka. Apabila harapan untuk mempunyai anak kandung semakin pudar, perasaan kosong dan kehilangan menjadi emosi yang menyelimuti jiwa buat pasangan yang telah berkahwin. Kekosongan ini bukanlah sekadar kesedihan semata-mata, tetapi satu jurang emosi yang dalam dan boleh membawa impak yang negatif sekiranya individu tidak dapat mengurusnya dengan baik. Pasangan yang mengalami kesukaran mengandung seringkali merasa terasing, seolah-olah mereka sedang melalui perjuangan ini sendirian akibat melihat pasangan yang lain lebih mudah untuk mendapat zuriat setelah mendirikan rumah tangga. Tambahan pula, perasaan bersalah, marah, […]

trending_flat

KUSKOP BERJAYA BANTU 612,692 USAHAWAN PMKS, KOPERASI SETAKAT SEPTEMBER TAHUN INI

KUALA LUMPUR, 23 November – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berjaya membantu seramai 612,692 usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), koperasi, perusahaan sosial, usahawan informal, penjaja dan peniaga kecil dalam tempoh Januari hingga 30 September tahun ini di seluruh negara. Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, kesemua usahawan itu menerima manfaat daripada pelaksanaan 206 program yang dilaksanakan kementerian dan agensi-agensi kementerian. “Ia merangkumi aspek pembiayaan, pembangunan kapasiti, adaptasi digitalisasi dan automasi, peluasan akses pasaran dan pembudayaan keusahawanan dengan nilai pembiayaan RM6.45 bilion,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Dua Tahun Kerajaan MADANI dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di KLCC, di sini, hari ini. Ewon berkata, dalam tempoh dua tahun pentadbiran Kerajaan MADANI, KUSKOP telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan program merangkumi aspek penggubalan dasar, tadbir urus dan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation