trending_flat
Jualan Penjual Shopee Live Tempatan Meningkat 6 Kali Ganda pada 11.11!

Rakyat Malaysia Berjimat Hebat dengan Menebus 38 Juta Baucar Shopee KUALA LUMPUR, 13 November 2024 - Shopee 11.11 Jualan Hebat mencatatkan satu lagi pencapaian pecah rekod bagi usahawan Malaysia, dengan penjual Shopee Live tempatan mencapai peningkatan jualan hebat sebanyak 6 kali ganda berbanding hari biasa. Kejayaan ini menunjukkan peranan penting Shopee Live dalam ekosistem platform e-dagang, menggabungkan hiburan dengan e-dagang untuk membawakan hasil hebat. Pengguna juga tidak melepaskan peluang untuk memaksimumkan penjimatan mereka, dengan menebus 38 juta baucar melalui promosi Shopee Live, promosi seluruh platform, dan promosi eksklusif kedai penjual. Baucar ini membolehkan pengguna menikmati tawaran hebat, penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum, dan produk Dijamin Harga Terendah, yang mengukuhkan kedudukan Shopee sebagai platform pilihan untuk pembelian yang berbaloi. Pada 11.11 sahaja, pengguna menebus lebih daripada 29 juta Syiling Shopee di Shopee Live. Pembeli menonton penstriman penjual dan jenama kegemaran mereka, […]

trending_flat
Perspektif syariah dan undang-undang demi kesejahteraan rakyat

Oleh: Siti Aisyah Samudin, Muhammad Ilhamuddin Arsad Belanjawan 2025 yang dibentangkan baru-baru ini menekankan usaha-usaha penting ke arah pembangunan ekonomi yang inklusif dan berdaya tahan serta komitmen memperkukuh sistem pentadbiran yang lebih cekap. Menerusi tumpuan kepada tanggungjawab fiskal, pengurusan hutang dan penyasaran subsidi, belanjawan ini memberi fokus terhadap kesejahteraan rakyat dan reformasi institusi kerajaan. Namun, apa yang menarik adalah untuk meneliti kesemua langkah ini dari perspektif Syariah dan Undang-Undang. Penyasaran Subsidi dan Tanggungjawab Sosial Salah satu isu yang dibangkitkan dalam Belanjawan 2025 ialah penyasaran subsidi yang lebih bersasar. Subsidi untuk elektrik, diesel dan petrol akan disesuaikan supaya lebih memberi manfaat kepada kumpulan yang benar-benar memerlukan. Ini bermakna subsidi hanya akan disalurkan kepada 85% rakyat yang berada dalam kategori berpendapatan rendah dan sederhana manakala golongan berpendapatan tinggi akan menanggung kos tanpa subsidi. Dari perspektif Syariah, langkah ini selari dengan prinsip keadilan […]

trending_flat
KARAKTER ANAK HEBAT BERMULA DARI RUMAH

Oleh: Nur Shuhada Ya’acob, Pendidikan bukan hanya berlaku di sekolah atau universiti. Sebaliknya, ia bermula sejak kanak-kanak melangkah ke dunia dengan langkah pertama di rumah. Ibu bapa, sebagai pendidik pertama, memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah, nilai, dan sikap anak-anak. Apa yang mereka lihat, dengar dan alami di rumah membentuk asas keperibadian yang akan mereka bawa ke alam sekolah, kerjaya dan kehidupan dewasa.   Tambahan pula, dalam era digital yang penuh cabaran, pendidikan asas dari rumah menjadi semakin penting. Walaupun ibu bapa sibuk bekerja, mereka tidak boleh mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak di rumah. Isu-isu terkini seperti tekanan mental remaja, pengaruh negatif media sosial, dan kelunturan nilai-nilai adab semakin membuktikan bahawa peranan keluarga amat diperlukan dalam membentuk generasi muda. Di tengah dunia yang semakin kompleks ini, asas pendidikan moral dan etika yang dipupuk dari rumah adalah penting untuk membantu anak-anak membuat […]

trending_flat
Institusi masjid harus diurus gaya korporat

Oleh: Dr. Khairulnizam Mat Karim Kerap kali kita mendengar keluhan masyarakat sama ada jemaah setempat mahupun jemaah musafir berkaitan isu-isu asas institusi masjid. Antara yang kerap diperkatakan oleh masyarakat adalah berkaitan (1) tandas kotor/ tidak diselenggara dengan baik, (2) pintu tandas rosak, (3) ruang solat/ karpet berpasir dan berbau, (4) kipas berhabuk, siling bersawang, (5) kain sarung dan telekung berbau hapak, (6) persekitaran tidak diurus dengan baik termasuk pengurusan sampah, (7) masjid tidak cakna hal-hal kebajikan jemaah sekitar, (8) persoalan pengurusan kewangan dan banyak lagi. Tidak kurang juga kajian-kajian berkaitan institusi masjid yang turut menyentuh perkara yang sama dengan beberapa isu-isu tambahan yang lebih memberi penekanan terhadap (8) kualiti urus tadbir-hala tuju institusi masjid, (9) kualiti program mahupun aktiviti yang dianjurkan oleh institusi masjid dan (10) kualiti atau kriteria pelantikan ahli jawatankuasa masjid. Ini tidak lagi menyentuh perkara yang tidak […]

trending_flat
Tidak celik kewangan, Melayu muflis membimbangkan

Oleh: Dr. Mohd Khairi Ismail Menurut laporan Jabatan Insolvensi Malaysia, kaum Melayu merupakan penyumbang utama kepada kadar muflis tertinggi di Malaysia dengan 15,586 kes atau 57.92 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan antara tahun 2020 hingga Mac 2024. Di samping itu, kaum Cina mencatatkan 6,917 kes, iaitu 25.71%, manakala kaum India menyumbang 2,324 kes atau 8.64%. Data ini menunjukkan bahawa kaum Melayu mempunyai kadar kebankrapan tertinggi, diikuti oleh kaum Cina dan India sepanjang tempoh tersebut. Situasi ini amat membimbangkan dan faktor seperti celik kewangan yang rendah, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia telah dikenal pasti sebagai pemacu utama salah urus kewangan, pengumpulan hutang, dan akhirnya muflis. Kekurangan pengetahuan kewangan ini menjejaskan keupayaan individu untuk membuat keputusan mengenai simpanan, belanjawan dan pelaburan. Mereka daripada golongan berpendapatan rendah  sukar untuk memahami implikasi jangka panjang hutang. Ini termasuk kadar faedah tinggi pada […]

trending_flat
MONSHA’AT: 23 PERJANJIAN BERNILAI LEBIH DARIPADA SAR 580 JUTA DITANDATANGANI PADA HARI KE-3 BIBAN 2024

RIYADH, Arab Saudi, 11 Nov (Bernama) -- Pada hari ketiga Biban24 yang dianjurkan oleh Small and Medium Enterprises General Authority (Monsha'at) di bawah tema "A Global Destination for Opportunities," lebih 23 perjanjian telah ditandatangani bersama dengan beberapa pelancaran projek bernilai lebih daripada 580 juta SAR. Berlangsung di Riyadh Front Exhibition & Conference Center, Biban 2024 bertujuan memacu pertumbuhan dan pembangunan ekosistem keusahawanan Saudi, memupuk kerjasama dalam kalangan usahawan tempatan dan antarabangsa.Menekankan komitmennya untuk memajukan keusahawanan dalam sektor pelancongan Saudi, Tourism Development Fund (TDF) telah mengumumkan pemeteraian beberapa perjanjian penting dengan pelbagai institusi kewangan — termasuk Arab National Bank, Raedah Finance, Tawkeel Finance, Murabaha Marena, Al Jabr Finance, Taseer Arabia dan Manafea Finance — di Biban24.Selaras dengan Vision 2030, perjanjian ini menjurus sepenuhnya ke arah memperkukuh perusahaan kecil dan sederhana dalam sektor pelancongan dan menyokong projek yang menyumbang kepada pembangunan pelancongan tempatan.Menegaskan […]

trending_flat
PAHANG MEMPERKUKUH KEPIMPINAN DENGAN INOVASI DAN TRANSFORMASI DIGITAL

GENTING HIGHLANDS, 11 Nov (Bernama) -- Pahang kini memperkukuh barisan kepimpinannya dalam sektor awam dengan pendekatan inovatif melalui Program Kepimpinan Inovatif & Transformasi Digital yang dilancarkan 6 November 2024. Program ini, hasil kolaborasi antara Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pahang di bawah inisiatif GovX Pahang 1st, memberi tumpuan kepada penerapan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) sebagai usaha meningkatkan produktiviti dan daya saing negeri.Berlandaskan tema "Mengemudi Kepimpinan Masa Depan: Inovasi, Kecemerlangan Perkhidmatan, dan Transformasi Digital," program ini menyasarkan integrasi teknologi dalam kepimpinan untuk mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatan. Seramai 35 peserta yang terdiri daripada ketua jabatan dan pegawai kanan telah hadir, termasuk wakil-wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang, dan beberapa agensi lain yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran negeri.Dato' Sri Haji Zulkifli Bin Haji Yaacob, YB Setiausaha Kerajaan Negeri […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation