T15 dan si mahakaya
Oleh :Dr. Muhammad Ashraf Bin Khalid Baru-baru ini rancak perbincangan ‘T15-Mahakaya’ sejak ucapan Belanjawan 2025 dibacakan oleh YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada Jumaat, 18 Oktober di Dewan Rakyat. Dikhabarkan bahawa kerajaan telah menampung subsidi insentif dan bantuan mencecah 80 bilion ringgit pada tahun lalu. Justeru menjadi hasrat kerajaan untuk melaksanakan reformasi fiskal pada tahun hadapan antara lain melalui penyasaran subsidi petrol RON95, subsidi pendidikan dan subsidi kesihatan. David Coady dan pasukannya di IMF pada tahun 2010 mendedahkan bahawa lebih 40 peratus subsidi petrol dimanfaatkan golongan berpendapatan 20 peratus teratas di negara-negara pendapatan rendah dan membangun. Laporan kajian ‘Ranjau Sepanjang Jalan’ pada tahun 2024 tulisan Dr. Mohammed Abdul Khalid, Dr. Zouhair Mohd Rosli dan Siti Nur Fatimahtul Maryam Abdul Halim yang dibiayai sepenuhnya oleh UNICEF dan UNFPA, juga menyebut “sebahagian besar subsidi bersifat regresif dan cenderung menguntungkan mereka yang […]