UNITEN, MYSA JALIN MoU PACU INOVASI BERASASKAN TEKNOLOGI SATELIT

Meneroka Ruang Baharu dalam Penyelidikan dan Perkongsian Data Satelit Dari kiri: Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi) MYSA, Nik Mazlina Nik Mustapha; KetuaPengarah MYSA, Gs. Haji Azlikamil Napiah; Naib Canselor UNITEN, Profesor Ir. Dr. Khairul Salleh Mohamed Sahari dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UNITEN, Profesor Dato' Ts. Dr. Mohd Zamri Yusoff. UNITEN, 30 Oktober 2024 - Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) menjalinkan kerjasama dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkasa inovasi berasaskan teknologi satelit.   MoU itu dimetrai oleh Naib Canselor UNITEN, Profesor Ir. Dr. Khairul Salleh Mohamed Sahari dan Ketua Pengarah MYSA, Gs. Haji Azlikamil Napiah di UNITEN, kampus Putrajaya. Kolaborasi ini merupakan kesinambungan daripada kerjasama strategik yang telah dimulakan sejak tahun 2017. Fokus kerjasama ini, kini diperluas kepada perkongsian data satelit, penyelidikan kolaboratif, dan pembangunan kapasiti dalam sektor […]

trending_flat
Asya’irah sebagai pegangan akidah arus perdana umat Islam

Oleh: Prof. Madya Dr Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Dalam Islam, soal keyakinan yang tepat lagi benar sangat penting bagi memastikan apa yang diyakini sesuai dengan apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Oleh kerana itu, persoalan tentang akidah telah dan akan terus dibincangkan oleh umat Islam. Antara polemik yang sering muncul adalah tentang kedudukan Asha’irah sebagai aliran akidah yang menjadi pegangan arus perdana umat Islam dari dulu sehingga kini. Mengapakah pegangan akidah perlu dinisbahkan kepada aliran tertentu? Mengapa Asha’irah dianggap sebagai pegangan akidah yang benar dan mewakili pegangan umum umat Islam. Dalam penulisan ini akan dijelaskan dua persoalan utama di atas. Namun sebelum dibincang lanjut berkenaan Asha’irah adalah penting untuk kita fahami maksud dan hakikat akidah terlebih dahulu. Secara bahasa, akidah berasal dari perkataan ‘aqada – ya’qidu yang bermakna ikatan. Dalam bahasa Arab, perkataan ini menunjukkan makna keteguhan, ketentuan, […]

trending_flat
BINTAI KINDEN PEROLEH KONTRAK RM61.2 JUTA SEBAGAI KONTRAKTOR UTAMA PROJEK PERUMAHAN DI MELAKA

Perolehan kontrak baharu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Kumpulan dalam beberapa tahun kewangan akan datang PETALING JAYA, 4 NOVEMBER 2024 – Bintai Kinden Corporation Berhad ("BKCB" or the "Company"; Bursa: BINTAI, 6998), a mechanical and electrical (“M&E”) engineering services specialist, medical device manufacturer and facilities operator, is pleased to announce that its wholly-owned subsidiary, Kejuruteraan Bintai Kindenko Sdn. Bhd. ("KBK"), telah dianugerahkan kontrak bernilai RM61.2 juta oleh N&T Asset Sdn. Bhd. ("N&T") untuk pembinaan projek perumahan komprehensif di Mukim Jasin, Daerah Jasin, Melaka. Perolehan ini mengukuhkan lagi portfolio Bintai Kinden dalam sektor pembinaan dan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Kumpulan dalam tempoh empat tahun kewangan akan datang. Di bawah kontrak utama ini, KBK akan bertindak sebagai kontraktor utama yang bertanggungjawab untuk keseluruhan skop projek, termasuk kerja-kerja asas, struktur, mekanikal dan elektrikal (“M&E”), serta pembangunan infrastruktur berdasarkan reka bentuk […]

trending_flat
Julang Semangat Perpaduan Komuniti dalam Acara Sukan dan Permainan

Oleh : Suraya Binti Ramli dan Nur Anisah Binti Mohd Isnin Antara peserta yang mengambil bahagian dalam Hari Sukan Negara 2024 (HSN) Peringkat SMK Kota Masai Pasir Gudang – SMK Kota Masai (SKOMAS) sekali lagi menzahirkan semangat perpaduan dan kecergasan fizikal melalui sambutan Hari Sukan Negara yang diadakan dengan penuh kemeriahan.  Acara yang berlangsung di perkarangan sekolah ini berjaya mengumpulkan pelajar, guru,dan staf sekolah dalam pelbagai aktiviti sukan, memperkukuhkan semangat kesukanan dan hubungan antara warga sekolah.  Seramai lebih 700 peserta yang terdiri daripada pelajar dan warga kerja SMK Kota Masai mengambil bahagian dalam Hari Sukan Negara 2024 (HSN)  yang berlangsung pada Sabtu lalu. Program anjuran Unit Kokurikulum dan Sukan itu diadakan bagi menyemarakkan lagi budaya ekosistem sukan dan rekreasi di kalangan warga sekolah. Penolong Kanan Kokurikulum, Yatiman Bin Kamsidin berkata, Hari Sukan Negara merupakan satu langkah kerajaan untuk membudayakan amalan hidup sihat dan meningkatkan perpaduan dalam masyarakat melalui pendekatan aktiviti sukan dan rekreasi. “Acara 5KM Brisk Walk kali ini menjadi spotlight dalam penganjuran HSN 2024 peringkat sekolah kali ini. Tidak hanya […]

trending_flat
Fakulti Pergigian UiTM Sg Buloh santuni orang asli Bukit Manchung

Oleh: Ir. Dr. Nahrizul Adib Kadri Fakulti pergigian sekali lagi mengambil langkah proaktif menyahut cabaran universiti dalam memastikan penglibatan pelajar dalam aktiviti keusahawanan dan khidmat masyarakat seperti yang tertulis didalam visi UiTM iaitu menjadikan UiTM sebuah universiti terkemuka dunia dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan Keusahawanan. Menariknya program pada tahun ini, selain aktiviti keusahawan yang dijalankan oleh pelajar sejak Januari yang lalu, dengan tema “Together We Share” Program Dental Sure Havoc 3.0 ini fokus mendekati perkampungan masyarakat orang asli yang disertai oleh 20 orang pelajar tahun 2 Fakulti Pergigian UiTM, diselia oleh 4 orang pensyarah dari jabatan Sains Pra-Klinikal dan dibantu oleh 9 orang alumni dan para sukarelawan yang berbesar hati untuk sama-sama turut serta menjayakan program ini. Menurut Pengarah Program, saudara Mohamad Hanis Hakim Bin Kasudinata, Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini di susun padat dengan […]

trending_flat
Kesopanan dan kesusilaan membina inspirasi anak yatim di UM

Oleh: Ir. Dr. Nahrizul Adib Kadri Sekumpulan 100 orang anak-anak yatim dari Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor telah mengikuti sebuah program unik anjuran Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim (YATIM) baru-baru ini, di beberapa lokasi di Kuala Lumpur, termasuklah Universiti Malaya (UM). Program yang dinamai ‘Opening Young Eyes (OYEs) – Kembara Ilmu Rukun Negara’ turut disertai oleh lebih 20 orang guru pengiring. “Siri program OYEs anjuran YATIM merupakan program berbentuk lawatan sambil belajar yang diadakan sepanjang tahun, khusus untuk anak-anak yatim yang terpilih dari seluruh negara. Kali ini, pembaharuan yang dibawa adalah dengan menjajarkan objektif lawatan dengan prinsip-prinsip Rukun Negara,” kata Salehhuddin Osman, Pengarah Urusan YATIM. Untuk prinsip Rukun Negara yang pertama, Kepercayaan kepada Tuhan, para peserta telah dibawa melawat Masjid Negara. Untuk prinsip kedua, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, mereka telah dibawa ke Istana Negara, termasuklah melawat ke Balai Rong […]

trending_flat
UM dan UI perkukuh kerjasama antarabangsa melalui UI-CREATES 2024

Universiti Malaya (UM) memperkukuh kerjasama antarabangsanya dengan Universitas Indonesia (UI) yang juga merupakan kampus terbaik di Indonesia melalui program Universitas Indonesia Credit Earning Program for International Students (UI-CREATES 2024) yang telah berlangsung pada 5 Ogos 2024 sehingga 3 Oktober 2024. Ia telah disertai oleh 16 pelajar sarjana muda sains Kimia dan dua orang pensyarah dari Jabatan Kimia, UM iaitu Dr. Noordini Mohamad Salleh dan Dr. Siti Jariani Mohd Jani sebagai penasihat program dan beberapa orang pelajar dari UI.   Program ini dianjurkan oleh Departemen Kimia, Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam (FMIPA), UI yang diketuai oleh Dr. Bayu Ardiansah yang juga merupakan kolaborator utama kepada Dr. Noordini Mohamad Salleh. Program ini mengandungi dua modul iaitu program dalam talian yang merangkumi 10 kuliah dalam bidang organik sintesis dan ubatan bagi menepati tema Synthetic and Natural Product Chemistry for Drug Discovery dan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation