KPDN akan kaji Kebolehlaksanaan Lemon Law
KUALA LUMPUR, 19 Mac 2024 - Pada tahun ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan satu Kajian Kebolehlaksanaan Lemon Law bagi memperkasakan hak pengguna untuk menuntut tebus rugi sekiranya mereka menerima kenderaan bermotor yang rosak atau gagal mematuhi standard kualiti atau prestasi seperti yang dijanjikan oleh pembekal dan tidak dapat dibaiki/dibetulkan. Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali ketika menjawab soalan lisan dari Ahli Parlimen Kepong di Dewan Rakyat hari ini, setelah kajian selesai, satu keputusan dasar di peringkat Kementerian akan dibuat sebelum penambahbaikan rangka kerja perundangan dilaksanakan. "Di Malaysia, peruntukan perundangan berkaitan hak tebus rugi pengguna terhadap pembekal atau pengilang sekiranya barangan yang dibekalkan gagal mematuhi gerenti yang ditetapkan telah termaktub dalam Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599] di bawah kawal selia KPDN." kata Armizan. Peruntukan di bawah Akta 599 yang berkaitan perkara tersebut adalah:- […]