“Kuasa Pengguna: Mendepani Realiti Zaman” tema HPK 2024
PUTRAJAYA, 15 Mac 2023 -Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menganjurkan Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) Tahun 2024 yang disambut bersama Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia (World Consumer Rights Day) pada 15 Mac setiap tahun. Tema HPK pada tahun ini adalah "Kuasa Pengguna: Mendepani Realiti Zaman”. Tema tersebut adalah selari dengan matlamat KPDN dalam menggerakkan agenda besar kepenggunaan yang responsif dengan tuntutan semasa dan cabaran mendatang. Mengulas lanjut, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata pemilihan tema itu juga bertepatan dengan peralihan kepada era Revolusi Industri 4.0 dan ekonomi digital yang berpaksikan kepada pelbagai jenis teknologi seperti Generasi Kelima (5G), Internet of Things (IoT) dan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence). "Antara objektif penganjuran Hari Pengguna Kebangsaan 2024 adalah untuk merancakkan lagi advokasi dan pendidikan berkenaan hak-hak dan perlindungan pengguna daripada pelbagai jenayah siber seperti […]