KPDN rangka strategi kukuhkan penguatkuasaan di pintu masuk sempadan negara
PADANG BESAR, 20 Januari 2024 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali telah mengadakan lawatan kerja ke negeri Perlis melibatkan lawatan ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian dan Padang Besar serta Stesen Minyak Tanpa Subsidi di Wang Kelian, Perlis hari ini. Menurut Armizan. tujuan lawatan kerja itu diadakan adalah bagi melihat operasi penguatkuasaan di pintu-pintu masuk dan sempadan yang dilaksanakan oleh pelbagai agensi. "Ini termasuk mendengar dan melihat isu-isu berbangkit berkaitan penyeludupan dan penyelewangan barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi yang terkait dengan tanggungjawab Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). KPDN sedang dalam proses untuk merangka strategi dan pendekatan untuk memperkukuhkan penguatkuasaan di pintu-pintu masuk dan sempadan negara melalui kerjasama dengan agensi-agensi yang terlibat dalam operasi di pintu-pintu masuk. Ini melibatkan penguatkuasaan yang terkait […]