trending_flat
Mahasiswa UM santuni anak-anak tanpa dokumen di Semporna

Sukarelawan bergambar bersama guru Sekolah Alternatif Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) dari Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan (JDPI), Akademi Pengajian Islam UM (APIUM) telah melaksanakan program khidmat komuniti di Sekolah Alternatif, Kampung Bangau-Bangau, Semporna, Sabah yang diasaskan oleh Borneo Komrad. Program ini bertujuan menyantuni pelajar tanpa kerakyatan yang menghadapi halangan untuk mendapat pendidikan formal. Dalam masa yang sama, pengisian program diisi dengan slot yang memberikan sokongan moral dan bimbingan dalam 3M+1 iaitu Membaca, Menulis, Mengira, dan Mengaji, sambil mengukuhkan kefahaman asas Islam dalam kalangan pelajar. Seramai 15 orang mahasiswa menjadi sukarelawan dalam program ini, yang melibatkan hampir 30 pelajar. Dengan tema “Pendidikan Untuk Semua,” para sukarelawan melihat pendidikan sebagai kunci utama untuk mengubah masa depan, sesuai dengan prinsip Islam yang menggalakkan umatnya terus menuntut ilmu. Selain memberi pendedahan akademik, program ini memupuk nilai-nilai kasih sayang, empati, dan kesedaran mengenai kepentingan […]

trending_flat
Jiwa KL diberi Nafas Baharu menerusi Belanjawan 2025

Komentar media oleh: Raja Ahmad Iskandar Fareez, Setiausaha Publisiti Pemuda Sosialis DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Kuala Lumpur | 19 Oktober 2024 Berpaksikan kerangka ‘Ekonomi MADANI’ dan tiga fokus utama ‘Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat’, Belanjawan 2025 menggabungkan langkah-langkah yang tepat untuk memberi nafas baharu kepada ‘jiwa’ Kuala Lumpur (KL). Ini melibatkan beberapa peruntukan yang dirangka untuk mengambil kira cabaran iklim, pemeliharaan dan pemuliharaan budaya dan warisan, pembangunan bakat serta meningkatkan keterhubungan dan kualiti hidup di ibu kota kita. Dengan menyeimbangi faktor ini, kita boleh merealisasikan potensi penuh KL sebagai kota idaman untuk didiami, mencari rezeki, berekreasi, dan banyak lagi. Antara langkah-langkah penting yang diumumkan semasa pembentangan kali ini termasuk peruntukan RM10 juta untuk menjalankan Kajian Geoteknikal Struktur Lapisan Tanah di jalan-jalan utama sekitar “Segitiga Emas” KL bagi menangani potensi berulangnya insiden lubang benam yang tragis, RM150 juta untuk […]

trending_flat
INISIATIF BELANJAWAN 2025 AKAN MEMBANTU KEMENTERIAN DIGITAL MEMPERKUKUHKAN EKONOMI DIGITAL MALAYSIA.

Gambar kredit FB Rasmi Menteri Digital PUTRAJAYA, 19 Oktober 2024 - Kementerian Digital menyambut baik pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim semalam. Menteri Digital, Gobind Singh Deo juga merakamkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri atas peruntukan RM1.3 billion kepada Kementerian Digital untuk usaha-usaha merangsang inovasi teknologi baharu, termasuk kecerdasan buatan (AI) dan memperkukuhkan lagi ekonomi digital negara. Bertemakan "Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera", antara sorotan Belanjawan 2025 tertumpu kepada pembangunan teknologi AI serta bakat, langkahlangkah keselamatan siber, pemacuan inovasi, dan usaha pendigitalan terutamanya untuk perniagaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). RM10 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Digital untuk penubuhan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) bagi mempertingkat penggunaan teknologi AI melalui kerjasama dengan akademia dan industri. Gobind juga menyambut baik peruntukan untuk penubuhan Rangkaian Keselamatan AI ASEAN (ASEAN AI Safe Network) yang […]

trending_flat
Rakyat digesa sokong KITA GEMPUR

KOTA KINABALU, 19 Oktober 2024 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini telah melancarkan inisiatif baharu kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) iaitu Gerakan Membanteras Manipulasi dan Ketirisan (GEMPUR) semasa Program MADANI Rakyat 2024 Sayangi Sabah di Pekarangan Kompleks Sukan Likas, Sabah. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, inisiatif yang dikenali sebagai KITA GEMPUR itu adalah satu langkah strategik kerajaan untuk membina gerakan massa bagi menangani isu manipulasi dalam aktiviti perniagaan dan ketirisan yang melibatkan barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi. Kata Armizan, ia termasuk usaha mengekang penipuan perniagaan dalam talian (e-dagang), membanteras monopoli bermasalah dan kewujudan kartel dalam bentuk pakatan harga, pasaran, pengeluaran serta tipuan bida. "Selain memperkasa aspek penguatkuasaan, gerakan ini juga akan memberikan fokus kepada advokasi kepenggunaan dan advokasi Berniaga Patuh Kod Etika […]

trending_flat
Belanjawan 2025 : Peruntukan pembangunan Sabah dan Sarawak tertinggi antara negeri – Fadillah

KUALA LUMPUR, 18 Oktober 2024 - Peruntukan pembangunan Sabah dan Sarawak terus diberi keutamaan dan adalah yang tertinggi antara negeri iaitu masing-masing RM6.7 bilion dan RM5.9 bilion di dalam Belanjawan 2025. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof. Kredit Foto FB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof Menurut Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof Pemberian Khas Sarawak tidak pernah dikaji sejak 1969. "Di bawah MADANI, tahun ini kita telah menaikkan kadar kepada RM300 juta ketimbang RM16 juta (Sarawak) dan RM125.6 juta (Sabah). Mulai 2025, Kerajaan bercadang menaikkan kadar Pemberian Khas Sarawak dan Sabah sekali ganda lagi kepada RM600 juta." kata Fadillah. Katanya lagi, sebanyak 17 pakej kerja Pan Borneo Sabah Fasa 1B telah dikeluarkan SST dengan nilai kontrak RM9.7 bilion. "Ini meliputi jajaran Kota Belud ke Kudat; Tawau ke Kampung Lot M dan Telupid ke […]

trending_flat
FOREVERGONE TERBUKTI BERJAYA MENYINGKIR DAN MEMUSNAHKAN SEPENUHNYA PFAS DALAM PENGGUNAAN PERINDUSTRIAN DAN PERBANDARAN.

Gradiant mengumumkan keupayaan pengujian dalaman unik yang menunjukkan penyingkiran PFAS kepada tahap di bawah had kawal selia EPA Amerika Syarikat dan Eropah. Penyelesaian serba lengkap ForeverGone Gradiant dan data pengujian untuk air buangan perindustrian (Foto: Business Wire) BOSTON, 18 Okt (Bernama) --Gradiant, penyedia penyelesaian global untuk rawatan air dan air buangan lanjutan, pada hari ini mengumumkan pencapaian penting dalam usaha memerangi pencemaran PFAS, bahan kimia selamanya. Bekerja dengan air perindustrian, perbandaran dan tapak pelupusan yang tercemar, ForeverGoneTM telah dibuktikan secara kuantitatif, melalui pelbagai makmal pihak ketiga yang bertauliah, untuk mengurangkan PFAS kepada tahap di bawah had kawal selia dan memusnahkan sepenuhnya kepekatan PFAS yang terhasil. Pencapaian penting dalam pembangunan ini mengesahkan ForeverGone, yang diperkenalkan awal tahun ini, sebagai satu-satunya penyelesaian serba lengkap yang berupaya menyingkir dan memusnahkan PFAS di tapak lokasi, menghapuskan keperluan untuk pengendalian, pelupusan, atau pembakaran sisa, membezakannya daripada teknologi konvensional, […]

trending_flat
Belanjawan 2025 fokus pembangunan sektor tenaga dan air – Fadillah

KUALA LUMPUR, 18 Oktober 2024 - Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menyambut baik Belanjawan 2025 yang turut mengangkat martabat rakyat menerusi lonjakan reformasi ekonomi dari sudut kemampanan sumber tenaga dan air. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA, Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof. Kredit Foto FB rasmi Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof Menurut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA, Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof berkata Belanjawan 2025 memfokuskan kepada pembangunan sektor tenaga dan air, dengan jumlah peruntukan secara keseluruhan sebanyak RM4.95 bilion. Ia meliputi perbelanjaan mengurus sebanyak RM362.67 juta dan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM4.59 bilion. "Dengan situasi semasa perubahan iklim yang semakin ketara hingga mengakibatkan cuaca ekstrem dan mendorong kepada kejadian banjir, PETRA terus komited untuk melaksanakan projek Tebatan Banjirsebagaimana diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2025. Setakat ini, Kerajaan telah berjaya menyiapkan lapan (8) projek Rancangan Tebatan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation