trending_flat
4,331 PENGUAT KUASA MARITIM MALAYSIA ZAHIRKAN ERTI PENGORBANAN

PUTRAJAYA, 26 Jun 2023 - Seramai 4,331 pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menzahirkan erti pengorbanan apabila sanggup berjauhan dengan keluarga masing-masing demi menjaga keselamatan perairan negara sempena Aidiladha pada tahun ini. Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, di samping 4,331 pegawai dan anggota, Maritim Malaysia turut mengaturgerak sejumlah 236 aset terdiri daripada 70 kapal, 166 bot dan 7 pesawat bagi melaksanakan rondaan dan pemantauan khususnya di kawasan perairan sempadan negara. Tambah beliau, Maritim Malaysia mengoptimumkan tahap keselamatan maritim negara agar ia tidak dicerobohi dengan kemasukan Bot Nelayan Asing (BNA) dan kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) selain turut membendung aktiviti jenayah seperti penyeludupan barangan kontraband dan manusia serta rompakan di laut daripada berlaku. Jelas beliau lagi, melalui rondaan dan pemantauan yang dilaksanakan ini menunjukkan keseriusan Maritim Malaysia dalam menjaga […]

trending_flat
Penternak lembu jadi ‘korban’ ekonomi semasa

Oleh: Prof. Madya Dr. Amanuddin Shamsuddin Isu ekonomi negara dan peningkatan kos sara hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa ini memberi kesan kepada banyak pihak. Rata-rata rakyat mengeluh dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang terpaksa didepani oleh mereka. Keluhan mereka bukan berkaitan dengan sesuatu kemahuan (wants - nice to have) tetapi menjurus kepada keperluan asas (necessity - need to have) seperti barangan makanan, pakaian, tempat tinggal dan perkhidmatan asas seperti pengangkutan, perubatan dan pendidikan. Antara yang terkesan dengan situasi ini adalah penternak atau pengusaha lembu yang mengalami kemerosotan penjualan lembu-lembu mereka khususnya menjelang Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban pada 29 Jun 2023 ini. Prof. Madya Dr. Amanuddin Shamsuddin Lazimnya, penternak lembu adalah golongan yang teruja untuk menyambut Hari Raya Korban, selain dari jemaah haji yang berada di Tanah Suci Mekah. Ini adalah kerana […]

trending_flat
MARITIM MALAYSIA TERIMA DANA RM10 JUTA BAIKPULIH KUARTERS

PUTRAJAYA, 26 Jun 2023– Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menerima suntikan dana RM10 juta bagi kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kuarters daif agensi ini di seluruh negara bagi tahun 2023. Pengarah Bahagian Pembangunan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Datuk Hj Md Fauzi bin Othman berkata dana yang disalurkan daripada Kementerian Kewangan (MoF) melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) ini adalah bagi kerja-kerja membaik pulih serta penyelenggaraan kuarters Maritim Malaysia seluruh negara. Selain itu, dana yang diterima juga turut melibatkan kerja-kerja pembaikan serta baik pulih kuarters milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Kota Kinabalu yang telah diserahkan kepada Maritim Malaysia. Sejumlah RM7.4 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kuarters di Maritim Negeri Sarawak serta Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala baki RM2.6 juta adalah untuk kuarters di Batu Pahat, Kemaman serta kuarters di Akademi Maritim Sultan […]

trending_flat
Tidak cemerlang SPM bukan tiket kegagalan!

Oleh: Dr. Norfaezah Md Khalid Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan sebuah peperiksaan yang sangat penting di negara ini. Malah ia menjadi salah satu syarat penting dalam permohonan untuk menyambung pengajian, permohonan kerja dan lain-lain permohonan yang berkaitan. Ramai anak-anak dan ibu bapa pastinya mengharapkan keputusan yang cemerlang dalam SPM. Pengumuman keputusan SPM 2022 yang diumumkan pada 8 Jun 2023 memberi impak kepada pelbagai pihak termasuklah pentadbir, sekolah, guru-guru, ibubapa, anak itu sendiri dan banyak pihak lagi. Ada dalam kalangan lepasan SPM ini mendapat keputusan yang sangat cemerlang, ada juga mendapat keputusan ‘biasa-biasa’, bahkan ada juga yang tidak berpeluang untuk diberikan sijil. Pelbagai riak terpamer pada wajah anak-anak, ibubapa, dan guru semasa anak-anak ini mengambil keputusan mereka. Dr. Norfaezah Md Khalid Reaksi yang berbeza-beza ini boleh dilihat pada tiga kategori individu yang berbeza. Yang pertama, mereka yang berusaha bersungguh-sungguh, namun mendapat […]

trending_flat
Hikmah menerima jemputan dan menjadi tetamu Ilahi

Oleh: Prof. Madya Dr. Zawawi Ismail Haji adalah ibadah yang menjadi rukun Islam. Rukun yang menjadi kewajipan ini disepakati oleh semua para ulama tanpa ada sebarang pertikaian dan berlakunya percanggahan pendapat bermula dari pensyariatan terakhir haji kepada baginda nabi Muhammad s.a.w sehingga sekarang. Hukum kewajipan haji diistinbat dari al-Quran, Sunnah dan ijma’ sekalian ulama tanpa dapat dinafikan lagi bahkan penafian kepada kefardhuan yang wajib menjadi salah satu asbab kepada kekufuran setelah beriman. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud, “dan sempurnakan ibadah haji dan umrah kerana Allah”. Prof. Madya Dr. Zawawi Ismail Pelaksanaan ibadah haji melibatkan penglibatan semua aspek bermula dari aspek agama, pengurusan, ekonomi, pembangunan infrastruktur, perancangan bandar, psikologi, sosiologi, sains pemakanan, pengangkutan, komunikasi dan lain-lain aspek yang saling bergantung antara satu sama lain. Ini menjelaskan bahawa pensyariatan ini adalah satu program besar agama yang melibatkan aspek […]

trending_flat
TONY PUA ADALAH PELAMPAU POLITIK DALAM DAP

ALOR SETAR, 24 JUN 2023 - Tindakan bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua melabel Barisan Nasional (BN) sebagai 'pakatan korup' adalah sikap seorang pelampau politik. Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kenyataan itu tidak perlu dilayan kerana golongan sedemikian yang bersifat ekstrem dan melampau, sememangnya wujud dalam setiap organisasi. "Dalam mana-mana parti politik pun, ada kumpulan dipanggil pelampau atau ekstrem. Jenis pelampau ini, mereka akan anggap semua orang lain tak betul dan hanya dia sajalah yang terbaik. Golongan ini perangai mereka tak boleh diubah dan mereka takkan beri kebaikan sama ada kepada partinya sendiri mahu pun rakan kongsi". Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kedah di Bangunan Tunku di sini, hari ini. Mahdzir yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, pelampau politik seperti Tony Pua berkemungkinan mempunyai 'masalah otak'. […]

trending_flat
Kenyataan Tony Pua tidak mewakili parti – Anthony Loke

24 JUN 2023 - Kenyataan Tony Pua dalam satu majlis anjuran DAP di Petaling Jaya yang berunsur menyerang terhadap rakan gabungan Kerajaan Perpaduan bukanlah suara mewakili parti dan ianya suatu yang bertentangan dengan prinsip kerajaan yang memerintah sekarang. Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook (Anthony Loke) dalam kenyataan media menyatakan, isu yang berbangkit adalah tidak mencerminkan pendirian parti. Menurutnya, kerjasama yang terbentuk dalam kerajaan kini adalah keputusan yang dipersetujui bersama dengan gabungan politik lain oleh pucuk pimpinan parti. “ Sebarang kenyataan provokatif terhadap rakan gabungan Kerajaan Perpaduan adalah tidak selari dengan hala tuju parti pada masa kini. Keharmonian dalam hubungan antara parti dan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan perlu dijaga demi kestabilan politik pada ketika negara menghadapi pelbagai cabaran luaran. Sesiapa dalam DAP yang tidak boleh menjaga mulut mereka adalah tidak dialu-alukan sama sekali untuk berucap dalam pentas DAP, tegasnya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation