Upah dan gaji: Kepuasan bekerja lebih utama
Oleh: Dr. Elya Nabila Abdul Bahri Walaupun kajian semula kadar dan struktur upah sedang hangat diperkatakan ketika ini, namun dari sudut yang lain terdapat segolongan pekerja yang memilih untuk mempunyai kehidupan yang lebih sejahtera dan keseimbangan antara kerja-kehidupan yang lebih sihat berbanding upah yang lebih tinggi. Ada pekerja yang sanggup meninggalkan organisasi kerana tuntutan kerja yang terlalu sibuk walaupun upah yang diterima adalah tinggi. Kebiasaannya, semakin tinggi tingkat upah, semakin tinggi tuntutan kerja yang diperlukan oleh majikan. Tuntutan kerja yang banyak akan membuatkan seorang pekerja itu sibuk dan perlu melebihkan masanya untuk menyempurnakan kerja dan kurang peruntukan masa untuk bersosial atau bersama keluarga. Maka tidak hairan jika ada pekerja yang sanggup meninggalkan kerja yang menawarkan upah yang lebih tinggi, misalnya RM3,700 disusuli dengan tuntutan kerja yang padat tetapi berhijrah kepada pekerjaan sebagai juruwang dengan pendapatan sebanyak RM1,500 yang lebih rendah […]