trending_flat
Tiada Unsur Penipuan dalam Hak Pemilikan Tanah Rizab PDRM di Kamunting – PDRM

KUALA LUMPUR, 10 JUN 2023 - Setiausaha Polis Malaysia Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dato’ Hajah Noorsiah Mohd Saaduddin memaklumkan bahawa PDRM telah selesai membuat siasatan ke atas kes pemilikan tanah rizab PDRM di Kamunting, Perak yang merupakan berek kelamin dan rumah ketua polis balai di ibu pejabat polis daerah (IPD) Taiping kepada sebuah organisasi gereja. Kata Noorsiah, hasil siasatan mendapati tiada unsur penipuan terhadap status tanah rizab tersebut dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA). "Siasatan mengenai status tanah menunjukkan tanah di lot 784 merupakan tanah milik The Titular Roman Catholic Bishop of Melaka sejak dari tahun 1883. Laporan polis yang dibuat oleh IPD Taiping sebelum ini bertujuan mengenal pasti status pemilikan tanah." jelas Noorsiah. Tambahnya PDRM berharap kepada semua pihak supaya tidak memanipulasikan isu ini sehingga boleh mengelirukan persepsi masyarakat.

trending_flat
Program Ramah Tamah Uniti Kaamatan dan Gawai pupuk semangat perpaduan dan integrasi nasional

PASIR GUDANG, 10 Jun 2023 - Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang telah merasmikan Program Ramah Tamah Uniti Kaamatan dan Gawai di sini hari ini. Kredit Foto : Facebook rasmi Kementerian Perpaduan Negara Menurut Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dalam satu siaran media hari ini, objektif utama penganjuran program tersebut adalah sebagai medium memperkenalkan budaya, etnik, kepelbagaian adat resam etnik dari Negeri Sabah dan Sarawak khususnya kepada masyarakat di Negeri Johor dan memupuk semangat perpaduan dan integrasi nasional dalam kalanganmasyarakat serta memelihara keharmonian dan kesejahteraan komuniti. Kata KPN lebih 30,000 penduduk di Negeri Johor merupakan masyarakat berasal dari Negeri Sabah dan Sarawak yang kebanyakannya menyambut perayaan Hari Kaamatan dan Hari Gawai. Justeru, program tersebut dilihat dapat dijadikan platform menyuntik semangat perpaduan dalam kepelbagaian. "Pelaksanaan program sambutan perayaan Hari Kaamatan dan Hari Gawai seumpama ini dapat mempromosikan keunikan warisan budaya di […]

trending_flat
CEO@Faculty bukti kolaborasi industri-akademia yang berhasil

Oleh: Dr Syed Bahari Ramadzan Syed Adnan Bidang industri dan akademik merupakan dua bidang yang berbeza. Akademik merupakan bidang yang berasaskan pengajaran dan pembelajaran yang kebiasaannya merujuk kepada pusat pengajian tinggi khususnya universiti. Manakala bidang industri merupakan bidang yang berasaskan perusahaan perniagaan yang menjurus kepada pelbagai bidang. Walau bagaimanapun, kedua dua bidang ini mempunyai potensi kerjasama yang luas untuk memacu perkembangan inovasi melalui kolaborasi penyelidikan, perkongsian kepakaran dan pengalaman untuk mengejar perkembangan teknologi yang semakin canggih. Kerajaan telah lama melihat kepentingan perkara ini dengan wujudnya pelbagai program untuk menghubungkan pihak industri dan akademik. Salah satu program yang di anjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sejak tahun 2015 adalah CEO@Faculty program yang mana menyasarkan golongan pensyarah muda universiti yang berkelulusan PhD untuk disangkutkan di industri selama 6 bulan. Objektif utama program ini adalah untuk menyediakan platform pendedahan pengoperasian sesebuah industri kepada […]

trending_flat
Penyerahan Mock-Up Cheque Pembiayaan SPED bersempena Pameran Korporat Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah

KUALA LUMPUR, 8 Jun 2023 – Sejumlah RM 1.05 juta pembiayaan perniagaan telah diagihkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada hari ini. Sesi penyerahan mock-up cheque pembiayaan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia kepada 5 usahawan. Sesi penyerahan tersebut telah dilaksanakan ketika pameran korporat KKDW yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur yang berlangsung pada 7 Jun sehingga 10 Jun 2023. Kesemua usahawan tersebut mengusahakan perniagaan yang mendukung industri automotif, pengurusan majlis, marin dan juga industri perdagangan. Untuk makluman, SPED yang mensasarkan kepada usahawan luar bandar adalah satu inisiatif yang telah dianjurkan oleh KKDW dan Rural Capital Berhad (RCB) adalah sebagai salah satu agensi pelaksana yang telah dilantik sejak dari November 2022 sehingga kini. Setakat Mei 2023, sejumlah RM5,587,000.00 pembiayaan perniagaan […]

trending_flat
PRESIDEN KENYA BERHASRAT MENDAPATKAN KHIDMAT KEPAKARAN MALAYSIA DALAM PENYEDIAAN PERUMAHAN MAMPU MILIK

NAIROBI, KENYA, 7 Jun 2023 – Malaysia merupakan antara dua (2) buah Negara yang telah diberikan penghormatan untuk melakukan kunjungan kepada Dr. William Samoei Ruto, Presiden Kenya dalam satu pertemuan tertutup sempena Persidangan United Nations Human Settlement Programme (UN-Habitat) 2023 yang berlangsung di Nairobi dari 5 hingga 9 Jun 2023. Dalam sesi tersebut, Presiden Kenya telah menyatakan minat dan hasrat kepada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming untuk bekerjasama, mempelajari dan mendapatkan khidmat kepakaran Malaysia dalam aspek penyediaan perumahan mampu milik negara. Presiden Kenya yang merupakan tuan rumah Persidangan UN-Habitat 2023 turut menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara gateway kepada negara-negara di rantau ASEAN. Menurut Nga Kor Ming, Malaysia bersedia untuk bekerjasama dan berkongsi kepakaran, latihan serta amalan terbaik dengan mana-mana negara termasuk Kenya khususnya berkaitan inisiatif-inisiatif Kerajaan Malaysia dalam membangunkan sektor perumahan di negara ini. Bersempena dengan persidangan tersebut, […]

trending_flat
Tindakan RISDA bagi membantu pekebun kecil getah hadapi cuaca panas

Sorotan Video Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bagi menjawab pertanyaan YBrs. Tuan Haji Kamal Bin Ashaari (Kuala Krau) berkenaan tindakan KKDW terutama melalui RISDA bagi membantu pekebun kecil getah seluruh negara dalam menghadapi cuaca panas yang panjang di negara yang akan mengurangkan produktiviti tanaman getah.

trending_flat
AHLI UMNO USAH TERKESAN DENGAN ‘RAMALAN NAKAL’ SOAL SURVIVAL UMNO

ALOR SETAR, 7 Jun 2023 - Perhimpunan Agung UMNO (PAU) merupakan medan bagi ahli dan kepimpinan parti UMNO untuk bermuhasabah, kembali menilai diri dan berbincang sesama mereka. Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Dato’ Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, pada saat ini, warga UMNO yang tulen perlu mengutamakan agenda perpaduan dalaman parti dan membina semula pertubuhan keramat bangsa ini sebagai sebuah parti tonggak negara yang diyakini rakyat, khususnya umat Melayu Islam. Menurutnya, warga parti seharusnya tidak cepat melatah apabila mendengar naratif nakal ramalan pihak-pihak tertentu yang mendakwa kononnya UMNO akan tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung tidak lama lagi. “Adalah kurang bijak untuk bersikap terlalu mengambil peduli tentang persepsi luar terutama yang dilihat cuba mengganggu emosi para perwakilan” Shaiful yang juga Ketua UMNO Bahagian Merbok bertegas bahawa, adalah lebih baik jika tumpuan diberi kepada pelbagai mesej yang disampaikan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation