trending_flat
MOTAC Rai Ketibaan Pelancong Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

SEPANG, 22 Januari 2023 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) meraikan ketibaan pelancong dari China, Vietnam, Thailand, Hong Kong dan Taipei di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) bersempena dengan Majlis Sambutan Ketibaan Pelancong Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2023 yang disambut semalam. Delegasi sambutan diketuai oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Dato Sri Tiong King Sing. Seramai 237 penumpang dari Fuzhou, China tiba pada jam 1.50 tengahari. Para penumpang dari penerbangan Xiamen Air (MF 0877) ini disambut dan diraikan oleh Dato Sri Tiong King Sing. Sambutan ini dimeriahkan dengan penyampaian cenderamata kepada kesemua pelancong yang tiba melalui penerbangan tersebut. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Dato Sri Tiong King Sing. Kredit Foto UKK MOTAC Seterusnya, Dato Sri Tiong King Sing juga berkesempatan menyampaikan cenderamata kepada 186 orang penumpang yang […]

trending_flat
Hannah Yeoh akan turun ke Dataran Merdeka beri sokongan kepada pasukan Hoki Malaysia

22 Januari 2023 - Bagi memudahkan para peminat sukan menyaksikan perlawanan di antara Malaysia dan Sepanyol dalam Piala Dunia Hoki 2023, dua buah skin besar telah disediakan di dua buah lokasi. Lokasi-lokasi tersebut adalah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan Perkarangan Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh juga akan turut bersama-sama para peminat menyaksikan perlawanan tersebut di Dataran Merdeka. "Yang tak balik kampung, malam ini 2 lokasi BIG SCREEN untuk saksikan team Hokita bermain dalam Piala Dunia Hoki 2023. Untuk memberikan sokongan kepada team Malaysia, saya akan menyambut hari pertama Tahun Baru Cina di Dataran Merdeka. Jom!" kata Hannah dalam satu hantaran di halaman sosial media beliau. Perlawanan tersebut akan bermula pada jam 6:45 waktu Malaysia.

trending_flat
FLFAM beri jaminan bekalan ayam dan telur akan normal untuk pasaran tempatan bermula bulan ini – MAFS

PUTRAJAYA 21 JANUARI 2023 – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) memaklumkan bahawa Menterinya Tuan Haji Mohamad Sabu telah mengadakan pertemuan dengan Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) yang diketuai Encik Tan Chee Hee, Presiden FLFAM pada Khamis, 19 Januari 2023 di Putrajaya. Ia diadakan bagi membincangkan Memorandum FLFAM berkaitan isu-isu yang menjejaskan kemampanan dan daya saing industri unggas khususnya ayam daging dan telur. Beberapa isu yang dibangkitkan FLFAM telah dibincangkan bersama seperti berikut : i. Harga kawalan dalam tempoh yang panjang menyebabkan penternak berhadapan kerugian kerana kos pengeluaran terus meningkat ii. Keperluan meningkatkan produktiviti melalui penternakan secara sistem tertutup iii. Isu aliran tunai di kalangan penternak iv. Jangkaan bekalan ayam dan telur serta kos pengeluaran. "Dalam pertemuan tersebut FLFAM telah memberi jaminan kepada MAFS bahawa pengeluaran bekalan ayam dan telur akan normal dan mencukupi untuk pasaran tempatan bermula bulan ini. […]

trending_flat
[Video Pilihan] Aku Pun Tahu (Instrumental)

Video pilihan LNA kali ini adalah sebuah video Guitar Instrumental lagu Aku Pun Tahu (Wings) oleh Johnboy dan Joe Far East. Enjoy! @mr.iceman_74 Guitar Instrumental lagu Aku Pun Tahu (Wings). Enjoy..#rakuguitarmalaysia #rakuguitar #hidupkudiriku #guitarinstrumental #fyp #musiciansontiktok ♬ original sound - JohnBoy   Lagi Berita Hiburan : MY LNASeni & Hiburan [Video Pilihan] Aku Pun Tahu (Instrumental) By E NEWSJanuary 21, 2023 Isu SemasaMY LNASeni & Hiburan “Pulau” adalah sebuah filem seram – LPF By Contributor LNAJanuary 21, 2023 Media OutReachMusic & EntertainmentOther News Warner Bros. Discovery Taiwan Presents Building Icons: Tao Zhu Yin Yuan By E NEWSJanuary 18, 2023

trending_flat
“Tsunami” PRU-15 : Dun dan Parlimen Bera tidak terkesan, menang berganda – Ismail Sabri

BERA 21 Januari 2023 - Bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob menyatakan walaupun "tsunami" telah melanda ketika Pilihanraya Umum (PRU) yang lepas, kawasan Parlimen Bera yang diwakilinya tidak terkesan. Malah katanya dalam satu hantaran ringkas di Facebook rasmi beliau baru-baru ini, DUN dan Parlimen Bera menang berganda. "Tanpa warga Bera…siapa lah saya… Program bersama-sama warga Bera tetap dilaksanakan. Walau sederhana namun tetap meriah dengan kehadiran dari pelbagai bangsa. Program Majlis Kesyukuran Parlimen Bera hari ini adalah bagi meraikan Keluarga Bera yang menjadi tunjang perjuangan saya selama ini… Terima kasih kepada jentera BN dan warga Bera… Walaupun “tsunami” berlaku di seluruh negara, namun Bera tidak terkesan... DUN & Parlimen Bera menang berganda…" ujar Ismail Sabri. Seterusnya, beliau turut berkongsi video lawatan beliau ke rumah salah seorang penerima Rumah Rakyat Pahang di Kuala Triang. "Alhamdulillah…Rumah Rakyat Pahang ini luas dan […]

trending_flat
AGROBANK Lancar Kempen CNY Huat Ah Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

KOTA KINABALU, SABAH - Sempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang, Agrobank telah melancarkan Kempen CNY Huat Ah yang disempurnakan oleh YB Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang bertujuan untuk memupuk pengurusan kewangan yang baik menerusi perkhidmatan penyimpanan di Agrobank. Kempen Huat Ah ini mengetengahkan dua mini kempen* iaitu (i) Kempen Menang Angpau RM888 – Deposit Bonanza dan (ii) Kempen Extravaganza FRIA-i yang merupakan antara inisiatif Agrobank untuk memupuk budaya bijak berbelanja. Bagi menggalakkan amalan menyimpan, pelanggan boleh menjana keuntungan menerusi simpanan berjangka dengan kadar keuntungan yang kompetatif iaitu 4.25% bagi tempoh dua belas bulan menerusi Kempen Extravaganza FRIA-i dan akaun simpanan melalui Kempen Menang Angpau RM888 – Deposit Bonanza. Menurut Datuk Yunos Abd Ghani, Pengerusi Agrobank, “Agrobank sentiasa memberikan galakan dan bimbingan kepada pelanggan dan pemegang taruh khususnya dalam menguruskan kewangan kerana pengurusan […]

trending_flat
“Pulau” adalah sebuah filem seram – LPF

21 JANUARI 2023 - Lembaga Penapis Filem (LPF), Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil maklum akan isu yang berbangkit bagi filem bertajuk “Pulau” yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat umum di Malaysia setelah promosi filem ini dimulakan melalui perkongsian poster dan sedutan treler filem menerusi media sosial. Jelas LPF treler filem ”Pulau” telah ditayangkan secara dalam talian (melalui platform internet), maka didapati bahawa kandungan yang ditayang tersebut adalah di luar bidang kuasa LPF. "LPF melaksanakan tugas berdasarkan kepada Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] yang menetapkan fungsi penapisan filem dan bahan publisiti filem yang disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan, diedarkan atau dipancarkan secara fizikal (konvensional) kepada masyarakat umum di Malaysia, kecuali melalui internet. Di dalam mengeluarkan sesuatu keputusan ke atas penapisan kandungan filem dan bahan publisiti filem, LPF akan meneliti dan memberikan perhatian khusus berpandukan kepada Garis Panduan Penapisan Filem (GPPF) […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation