trending_flat
Lawatan Kerja Rasmi YB Menteri MOTAC Ke Melaka

14 Januari 2023 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), YB Dato Sri Tiong King Sing mengadakan lawatan kerja sehari ke Melaka. Hadir sama dalam lawatan ini ialah YBhg. Datuk Hajah Saraya Arbi, Ketua Setiausaha bersama pasukan kerja MOTAC, Jabatan dan Agensi di bawahnya. Antara agenda yang dirancang termasuklah lawatan ke agensi di bawah MOTAC iaitu Hotel Seri Malaysia dan Kompleks Kraftangan Malaysia yang memaparkan demonstrasi kraf, anyaman rotan, mencanting batik serta lawatan ke Galeri Jualan Karyaneka. Delegasi MOTAC yang diketuai YB Menteri ini juga turut mengadakan lawatan ke lokasi-lokasi tarikan utama pelancong iaitu Taman Seribu Bunga, Muzium Sejarah & Ethnografi, Galeri Warisan dan Tourist Information Centre (TIC). YB Menteri seterusnya mengadakan lawatan ke Jonker Walk Melaka yang mana sedikit taklimat ringkas diberikan oleh Datuk Wira Gan Tian Loo, Pengerusi Jawatankuasanya. YB Menteri turut meluangkan masa menyempurnakan perasmian Taman Warisan […]

trending_flat
KPKT lulus peruntukan RM2 juta bina Pasar Sementara Pasar Pasir Pinji dan naik taraf Pasar Besar Ipoh

IPOH, 14 Januari 2023 - Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (YB KM) memaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi membina Pasar Sementara Pasar Pasir Pinji dan menaik taraf Pasar Besar Ipoh, Perak. YB KM mengumumkan perkara tersebut semasa siri walkabout beliau ke Pasar Besar Ipoh dan Pasar Pasir Pinji, Ipoh, Perak hari ini. Menurut KPKT, dalam lawatan tersebut, YB KM telah menyerahkan surat kelulusan Projek Pembinaan Pasar Sementara Pasar Pasir Pinji dan surat kelulusan Projek Naik Taraf Pasar Besar Ipoh kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebagai penempatan tapak perniagaan sementara buat 229 peniaga sehinggalah siap pembinaan Pasar Pasir Pinji yang baharu kelak. "Pelaksanaan projek bernilai RM1 juta ini akan memberi kemudahan dan manfaat kepada para peniaga dan pengunjung pasar khususnya penduduk setempat. Manakala, projek naik taraf Pasar Besar Ipoh yang turut […]

trending_flat
Kerajaan sokong dan bantu perayaan pelbagai kaum di Sabah

RANAU, 14 Januari 2023 - Kerajaan negeri komited untuk terus memberikan sokongan dan bantuan kepada masyarakat pelbagai kaum dan agama di negeri ini untuk meraikan perayaan masing-masing. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata sejajar dengan itu kerajaan negeri telah memperuntukkan bantuan sebanyak RM1.5 juta pada tahun ini untuk membekal kepala singa di seluruh Sabah. “Bantuan itu akan diagih-agihkan kepada pelbagai persatuan dan tokong-tokong yang berkaitan melalui Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di Negeri Sabah. “Penyerahan bantuan kepala singa sempena Tahun Baharu Cina pada tahun ini, jelas menunjukkan komitmen kerajaan yang sentiasa menekankan dasar keadilan dan kesaksamaan dalam semua aspek. “Kerajaan juga sentiasa membantu rakyatnya tanpa mengira bangsa dan agama, bagi memastikan rakyat dapat meraikan perayaan masing-masing,” katanya sempena ketika Majlis Penyerahan Kepala Singa kepada Masyarakat Tionghua Sabah sempena Tahun Baharu Cina di Dewan Persatuan Hakka, Ranau […]

trending_flat
COVID-19 : Jumlah penerima dos penggalak pertama masih rendah

14 JANUARI 2023 – Setakat 13 Januari 2023, 11:59 pm seramai 16,289,610 penduduk di Malaysia telah mendapatkan keseluruhan dos vaksin dan juga dos penggalak pertama. Makalala jumlah penerima dos penggalak kedua adalah 711,666. Dalam pada itu jumlah kes baharu harian COVID-19 setakat 13 Januari, 11:59 pm adalah sebanyak 318 kes tempatan dan 2 kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes baharu setakat 13 Januari, 11:59 pm adalah sebanyak 5,032,146. Jumlah kes kematian harian direkodkan setakat 13 Januari 2023, 11:59 pm adalah sebanyak 3 kes. Tiada kes BID direkodkan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat 13 Januari, 11:59 pm sebanyak 36,908. Manakala jumlah kes sembuh harian setakat 13 Januari 2023, 11:59 pm adalah sebanyak 506. Maka jumlah keseluruhan kes sembuh setakat 13 Januari, 11:59 pm adalah sebanyak 4,984,301.

trending_flat
Penyemakan Kadar Fi Akuan Berkanun Di Bawah Akta Berkanun 1960 [Akta 783]

PUTRAJAYA, 13 Januari 2023 – Kerajaan telah bersetuju menyemak semula kadar fi akuan berkanun (statutory declaration) mengikut peruntukan seksyen 4, Akta Akuan Berkanun 1960 [Akta 783]. Kali terakhir fi akuan berkanun ini ditetapkan adalah pada 4 Mac 1993 iaitu hampir 30 tahun dahulu, melalui warta P.U.(A) 78/93. Fi yang ditetapkan ketika itu adalah sebanyak RM4.00 bagi akuan berkanun dan RM2.00 bagi ekshibit dalam akuan berkanun tersebut. Pada 13 Januari 2023, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) YB Dato’ Sri Azalina Othman Said telah menandatangani Perintah (Bayaran) Surat Akuan (Pindaan) 2023, di mana kedua-dua kadar tersebut telah disemak semula kepada RM10.00 berkuat kuasa pada 16 Januari 2023. Kadar baru fi ditetapkan berdasarkan semakan dan kajian terperinci yang dilaksanakan oleh Kerajaan dengan pihak berkepentingan dan Pertubuhan Gabungan Pesuruhjaya Sumpah Malaysia (PESUMA). “Penetapan terakhir kadar fi akuan berkanun adalah pada […]

trending_flat
Fasiliti telekomunikasi di Kelantan diperbaiki

13 JANUARI 2023 - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) komited untuk memastikan setiap fasiliti telekomunikasi di kawasan yang terjejas banjir berfungsi dengan baik. Dalam satu kenyataan hari ini, Menterinya Fahmi Fadzil menyatakan bahawa terdapat 1,296 buah menara telekomunikasi di negeri Kelantan, yang mana 100 daripadanya mengalami kerosakan akibat banjir pada tahun 2022. "Alhamdulilah semuanya telah diperbaiki dan berfungsi. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut membuat penambaikan pengerasan sebanyak 127 buah menara. Hari ini saya melawat menara telekomunikasi di Bendang Pak Yong Tumpat. SKMM telah menambahbaik menara ini menggunakan konsep Multi Operator Core Network (MOCN), di samping itu pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga telah meninggikan tapak 9 buah sub stesen yang berdekatan bagi memastikan punca bekalan elektrik tidak terjejas akibat banjir." kata Fahmi. Tambahnya, KKD turut mengambil peluang untuk menyantuni mangsa-mangsa banjir. Katanya, sumbangan bantuan berupa barangan keperluan asas […]

trending_flat
KPKT Iktiraf Peranan Dan Sokongan Media Melalui Anugerah Kewartawanan Media KPKT 2023

KUALA LUMPUR, 12 Januari 2023 – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengiktiraf sokongan media melalui pengumuman Anugerah Kewartawanan KPKT 2023 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre semalam. Seramai 50 orang pengamal media diraikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming (KM), Menteri KPKT dalam majlis yang turut dihadiri oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri KPKT, YBhg. Datuk M Noor Azman Taib, Ketua Setiausaha KPKT serta pegawai-pegawai kanan Kementerian, Jabatan, Agensi di bawah KPKT. YB Tuan Nga Kor Ming (KM), Menteri KPKT berkata, “ Anugerah ini merupakan komitmen KPKT dalam menzahirkan penghargaan kepada golongan wartawan yang memberikan penyampaian maklumat yang sahih, berkualiti dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan. Ini kerana hasil karya berkualiti berupaya menghasilkan impak yang besar kepada pembangunan negara dalam membina ekonomi, perpaduan, keharmonian dan kestabilan politik negara.” Penganjuran pertandingan yang akan bermula pada bulan Mac ini […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation