trending_flat
HDC SAMBUT BAIK PELANTIKAN DATO’ DR. SIRAJUDDIN SUHAIMEE SEBAGAI KETUA PENGARAH JAKIM DAN DATIN PADUKA HAJAH HAKIMAH YUSOFF SEBAGAI PENYELARAS HAL EHWAL HALAL

PETALING JAYA, 2 Okt (Bernama) -- Halal Development Corporation Berhad (HDC) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee di atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang baharu. Pengerusi HDC, Khairul Azwan Harun berkata, “Saya yakin bahawa di bawah kepimpinan Dato’ Dr. Sirajuddin, JAKIM akan terus maju dan memainkan peranan yang lebih signifikan dalam memperkukuhkan nilai-nilai Islam serta mempromosikan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.” HDC turut berbesar hati dengan pelantikan Datin Paduka Hajah Hakimah Yusoff sebagai Penyelaras Hal Ehwal Halal Negara yang melibatkan koordinasi antara JAKIM, HDC dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Menurut Azwan, pelantikan Datin Paduka Hajah Hakimah sebagai Penyelaras Hal Ehwal Halal merupakan pengiktirafan yang sangat bermakna terhadap kepimpinan dan dedikasi beliau dalam bidang pensijilan halal, dan ia pasti akan memacu usaha-usaha untuk memperkukuhkan industri halal negara serta membawa manfaat besar kepada […]

trending_flat
Memperkukuhkan hubungan antara ASEAN, Taiwan dan Korea Selatan

Oleh Dr Nurliana Kamaruddin (Gambar ibu pejabat ASEAN di Jakarta, Wikimedia Commons) Tidak dapat dinafikan bahawa dalam dekad kebelakangan ini rantau Asia Tenggara semakin menjadi tumpuan kuasa-kuasa besar untuk membina kerjasama ekonomi, keselamatan dan politik. Ini bukan sahaja kerana kedudukan geografi rantau ini tetapi pembangunan ekonomi dan infrastuktur yang pesat juga membuka banyak peluang pelaburan dan pasaran baru. Bagi anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), dominasi China dan Jepun sebagai kuasa ekonomi kedua dan ketiga terbesar dunia tidak dapat dinafikan. Kedua-dua negara ini juga mempunyai hubungan mendalam serta memainkan peranan yang besar dalam sejarah pembangunan negara-negara Asia Tenggara. Namun demikian, negara-negara ASEAN juga perlu mengambil kesempatan untuk terus memperkukuhkan hubungan dengan ekonomi-ekonomi dan kuasa pertengahan lain di Asia Timur seperti Taiwan dan Korea Selatan. Taiwan dan Korea Selatan telah mengambil langkah proaktif dengan mengetengahkan hubungan diplomatik dengan negara-negara ASEAN sejak […]

trending_flat
Program MADANI Rakyat 2024 Sarawakku Sayang: Pesta Rakyat Penuh Inovasi dan Semangat Komuniti di Miri

oleh: Cik Saedah Manaf sumber gambar:https://www.facebook.com/K.PETRAMalaysia Program MADANI Rakyat 2024 Sarawakku Sayang telah melabuhkan tirainya dengan meriah pada hari Ahad lepas selepas tiga hari berlangsung di Pekarangan Boulevard Miri. Program ini bukan sahaja telah berjaya menarik lebih 300,000 pengunjung dari seluruh Sarawak, malah memberi kenangan indah dan manis semua pengunung apabila mereke dihidangkan dengan gabungan elemen kesejahteraan rakyat, inovasi teknologi, dan semangat komuniti sepanjang program berlangsung. Dari awal lagi, suasana di sekitar lokasi acara mencerminkan keterujaan yang dirasai oleh setiap pengunjung. Berjalan di sekitar karnival, para tetamu disambut dengan deretan food trucks, kedai Jualan Rahmah, dan Sarawak Kitchen yang menawarkan pelbagai hidangan tempatan. Tidak ketinggalan, coffee corner yang menjadi tumpuan pengunjung yang ingin menikmati kopi lazat sambil menikmati suasana yang meriah. Program ini juga telah membawa lebih daripada 200 perkhidmatan pelbagai agensi kerajaan terus kepada rakyat, memperlihatkan komitmen kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat […]

trending_flat
DATUK BANDAR SELURUH DUNIA BERTUKAR-TUKAR IDEA DI HANGZHOU MENGENAI PEMBANGUNAN BANDAR YANG LESTARI

HANGZHOU, China, 1 Okt (Bernama) -- Tanpa mengira jarak, persahabatan sejati tidak mengenal sempadan. Pada musim luruh keemasan pada September, ketika haruman manis osmanthus memenuhi ruang udara, Dialog Datuk Bandar Global · Hangzhou dan Persidangan Datuk Bandar Bandar Raya Kembar Antarabangsa Hangzhou ke-9 bermula di Hangzhou. Datuk Bandar dan wakil dari 24 bandar raya di 15 buah negara dan wilayah, bersama dengan diplomat dari kedutaan mereka masing-masing dan wakil dari jabatan dan bandar raya yang berkaitan domestik, menghadiri forum itu, demikian menurut kerajaan rakyat Hangzhou. Dengan tumpuan kepada tadbir urus bandar dan pembangunan lestari, datuk bandar dari kedua-dua bandar raya domestik dan antarabangsa terlibat di dalam dialog yang mendalam, berkongsi pengalaman lanjutan di dalam tadbir urus bandar dan menyumbang kebijaksanaan mereka untuk mempromosikan pembangunan lestari bandar global. Pada abad ke-13, penjelajah Itali Marco Polo telah mengembara jauh untuk sampai ke Timur yang jauh dan […]

trending_flat
ABS MELULUSKAN SISTEM BEKALAN BAHAN BAKAR AMMONIA UNTUK NIKKISO CLEAN ENERGY & INDUSTRIAL GASES

HOUSTON dan TEMECULA, California, 1 Okt (Bernama) -- ABS mengeluarkan kelulusan awal (AIP) untuk sistem bekalan bahan bakar (FSS) ammonia baharu daripada Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases, sebahagian daripada Bahagian Perindustrian Nikkiso Co., Ltd.Sistem bekalan bahan bakar ammonia tersebut menampilkan pam kecekapan tinggi dan sistem pengurusan bahan bakar bersepadu serta boleh dipasang dalam aplikasi marin seperti kapal dagangan. ABS melengkapkan semakan reka bentuk berdasarkan kelas dan keperluan berkanun.“Ammonia menunjukkan potensi untuk menjadi satu daripada alternatif bahan bakar terkemuka dalam transisi tenaga. Bersama dengan kecemerlangan keselamatan, kepakaran teknikal kami dalam bahan bakar alternatif dan reka bentuk enjin yang mendalam menjadikan kami pihak pengkelasan ideal untuk projek inovatif seperti daripada Nikkiso ini”, ujar Patrick Ryan, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Teknologi ABS.ABS menawarkan perkhidmatan yang menjadi peneraju dalam industri dalam penggunaan ammonia sebagai bahan bakar marin dan juga sumber tenaga alternatif yang […]

trending_flat
Al-Quran penyelamat dari kesesatan

Oleh: Dr. Selamat Amir Isu penyelewengan dan kesesatan dalam ajaran Islam bukanlah isu yang baharu. Namun pendedahan terhadap kesesatan dan kejelekan ajaran GISBH serta pengikutnya pada ketika ini telah membuka semula mata semua pihak terhadap keburukan dan kesan akibat kejahilan pengamal ajaran sesat yang jelas bertentangan dengan akidah Islam khususnya akidah Ahli Sunnah Waljamaah yang menjadi iktikad dan pegangan umat islam di Malaysia malah seantero dunia. Malah lebih teruk dan jijik apabila gerakan ini tanpa segan silu mempergunakan ‘nama agama’ demi mengaut keuntungan dan kesenangan. Realitinya, ajaran yang menyesatkan inilah sebenarnya telah merosakkan hampir keseluruhan rantaian hubungan sosial, etika moral, akhlak, ekonomi dan kepercayaan yang menjadi asas kekuatan dan tunjang hidup beragama. Berselindung dibalik tabir bertopengkan agama, waima dari aspek penampilan seakan ‘ustaz atau wali’ ataupun melalui kata-kata indah seakan ‘tok guru atau mufti’, kebanyakan ajaran yang menyeleweng ini akan […]

trending_flat
ABS Meluluskan Sistem Bekalan Bahan Bakar Ammonia untuk Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases

HOUSTON dan TEMECULA, California, Oct. 01, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — ABS mengeluarkan kelulusan awal (AIP) untuk sistem bekalan bahan bakar (FSS) ammonia baharu daripada Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases, sebahagian daripada Bahagian Perindustrian Nikkiso Co., Ltd. Sistem bekalan bahan bakar ammonia tersebut menampilkan pam kecekapan tinggi dan sistem pengurusan bahan bakar bersepadu serta boleh dipasang dalam aplikasi marin seperti kapal dagangan. ABS melengkapkan semakan reka bentuk berdasarkan kelas dan keperluan berkanun. “Ammonia menunjukkan potensi untuk menjadi satu daripada alternatif bahan bakar terkemuka dalam transisi tenaga. Bersama dengan kecemerlangan keselamatan, kepakaran teknikal kami dalam bahan bakar alternatif dan reka bentuk enjin yang mendalam menjadikan kami pihak pengkelasan ideal untuk projek inovatif seperti daripada Nikkiso ini”, ujar Patrick Ryan, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Teknologi ABS. ABS menawarkan perkhidmatan yang menjadi peneraju dalam industri dalam penggunaan ammonia sebagai bahan bakar marin […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation