trending_flat
UM bantu pasukan Malaysia gondol gangsa di International Chemistry Olympiad 2024

Pasukan Malaysia telah membawa pulang pingat gangsa dari penyertaan di International Chemistry Olympiad ke 56 yang diadakan di Riyadh, Arab Saudi. Pertandingan ini telah diadakan dengan penyertaan daripada 333 orang peserta dari 87 buah negara seluruh dunia. Pasukan Malaysia diwakili oleh Adib Fahmy bin Awang (Permata Insan), Muhammad Akeef bin Asmunir (Permata Insan), Nurul Aina Natasya (SMK Yong Peng), dan Ng Ze Xian (Sunway College) bersama Prof. Madya Dr. Ninie Suhana (ketua Mentor) dan Dr. Noordini Mohamad Salleh (Mentor). Pingat gangsa berjaya diperolehi menerusi Ng Ze Xian. Sejak penyertaan pasukan Malaysia dari tahun 2006 sehingga kini, sebanyak 23 pingat gangsa dan 7 pingat perak telah diperoleh dan usaha memburu pingat emas masih diteruskan. Usaha ini telah dijalankan melalui Bahagian Sukan, Kesenian dan Kurikulum (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah melantik Malaysia International Chemistry Olympiad (MIChO) dari Jabatan Kimia Univerisiti Malaya […]

trending_flat
Tiada Arahan Spesifik Menjerang Air Tapisan Mesin Penapis Air Oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS)

Oleh : JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) JomCheck menerima satu pertanyaan menerusi ‘direct message’ di aplikasi TikTok tentang mesej tular yang memberi peringatan kepada orang ramai untuk kekal berwaspada dengan penyakit Gastroenteritis Akut (AGE) atau cirit-birit berikutan kes tersebut yang berlaku di Sabah. Antara perkara yang ditekankan di dalam mesej tersebut adalah peringatan untuk menjerang air walaupun ia telah ditapis mesin penapis air bagi memastikan air berkenaan lebih selamat untuk diminum sekaligus dapat mengelakkan penyakit AGE. Hasil semakan JomCheck mendapati bahawa hantaran berkenaan telah menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Nasihat dari Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah dicampur aduk dengan nasihat menjerang air tapisan mesin penapis air. Sumber: Harian Metro

trending_flat
Hari Sungai Sedunia peringkat Kebangsaan 2024 bertemakan “Sungai dan Alur Air Dalam Komuniti Kita”

Sungai Tebrau, Johor Bahru, 21 September 2024 – Timbalan Perdana Menteri  merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof telah merasmikan Sambutan Hari Sungai Sedunia (HSS) Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Sungai Tebrau, Johor Bahru hari ini. Sambutan HSS Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang bertemakan “Sungai dan Alur Air Dalam Komuniti Kita” bertujuan meningkatkan kesedaran dan rasa kebertanggungjawaban semua pihak mengenai kepentingan menjaga, memelihara dan melestarikan sungai-sungai di Malaysia. "Sambutan HSS dimeriahkan dengan kehadiran lebih 2,000 pengunjung. Antara tumpuan sambutan HSS adalah penyampaian Anugerah Khas Sumber Air kepada komuniti-komuniti setempat bagi menghargai usaha masyarakat dalam menjaga dan melestarikan sungai. Turut diadakan penyampaian Program Sungai Angkat bagi Sungai Tebrau, Anugerah Tesis Sumber Air Terbaik serta Peluncuran Papan Tanda River Address Sungai Tebrau." kata PETRA. Sambutan HSS Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang dilaksanakan dengan kerjasama […]

trending_flat
CRESS sediakan opsyen lebih luas kepada pengguna korporat, penuhi komitmen ESG

PUTRAJAYA, 20 September 2024 - Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengumumkan pelaksanaan inisiatif grid terbuka menerusi pengenalan Skim Pembekalan Tenaga BolehBaharu Korporat atau Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS) pada 26 Julai 2024. Dalam satu kenyataan media hari ini, PETRA berkata bahawa pelaksanaan Program CRESS tersebut akan menyediakan opsyen pembekalan elektrik hijau yang lebih luas kepada pengguna korporat bagi membolehkan syarikat korporat memenuhi komitmen environmental, social and governance (ESG) dalam aspek penggunaan bekalan elektrik hijau melalui konsep akses pihak ketiga. "Suruhanjaya Tenaga akan mengeluarkan garis panduan khusus sebagai panduan regulatori kepada pihak industri dan berkepentingan yang berhasrat menyertai program CRESS. Garis Panduan Corporate Renewable Energy Supply Scheme ini akan berkuatkuasa mulai 20 September 2024 dan mana-mana pihak yang berminat boleh memuat turun dokumen ini melalui laman sesawang Suruhanjaya Tenaga di www.st.gov.my . PETRA yakin pelaksanaan program CRESS […]

trending_flat
EKOSISTEM PADI-IKAN-ITIK YANG TERSENARAI DI UNESCO MEMBERI MANFAAT KEPADA GUIZHOU DI BARAT DAYA CHINA

EKOSISTEM PADI-IKAN-ITIK YANG TERSENARAI DI UNESCO MEMBERI MANFAAT KEPADA GUIZHOU DI BARAT DAYA CHINA  Padi memasuki musim menuai di Perbandaran Jiabang, Daerah Congjiang, Wilayah Guizhou di barat daya China GUIYANG, China, 19 Sept (Bernama) -- Daerah Congjiang, Wilayah Guizhou di barat daya China, yang menempatkan banyak kumpulan etnik, mewarisi satu pertanian tradisional Cina kuno dan mempesonakan -- terbentang luas di lereng-lereng gunung yang diukir menjadi bendang sawah di mana padi, ikan dan itik membiak dan tumbuh subur di dalam kewujudan bersama. Kejayaan pertanian yang mengagumkan itu untuk menanam padi satu musim, memelihara sekumpulan ikan dan menternak sekumpulan itik di dalam sawah padi yang sama telah diwarisi selama beribu-ribu tahun di Congjiang. Ekosistem padi-ikan-itik di daerah itu telah disenaraikan sebagai satu projek perintis untuk perlindungan Sistem Warisan Pertanian Penting Global (GIAHS) pada tahun 2011, dan menjadi kumpulan pertama bagi warisan kebudayaan pertanian penting di […]

trending_flat
LAWATAN KERJA PENGERUSI MCMC YBHG TAN SRI MOHAMAD SALIM BIN FATEH DIN KE PULAU PINANG DAN PERLIS

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Pengerusi MCMC, YBhg. Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din telah mengadakan lawatan kerja ke Pulau Pinang dan Perlis bagi memberi fokus kepada usaha memperkukuh infrastruktur komunikasi di kedua-dua negeri tersebut. Dalam lawatan ini, YBhg. Tan Sri Pengerusi telah mengadakan sesi perbincangan yang mendalam bersama wakil-wakil Pejabat Negeri Pulau Pinang dan Perlis bagi mengenal pasti cabaran serta isu-isu semasa yang dihadapi oleh penduduk, khususnya dalam aspek infrastruktur telekomunikasi, kesalinghubungan, dan liputan Internet. Perbincangan tersebut turut memberi tumpuan kepada perkembangan terkini pelaksanaan inisiatif NADI, yang bertujuan memperluas akses  dan memajukan ekosistem ekonomi di peringkat negeri. Selain itu, situasi banjir di Pulau Pinang dan Perlis turut dibincangkan, dengan fokus kepada langkah-langkah memastikan kesalinghubungan di kawasan terjejas kekal beroperasi agar penduduk dapat terus berkomunikasi dengan pihak berkuasa dan menerima bantuan. #MCMC

trending_flat
KEM GENERASI BUDAYA MELAHIRKAN PELAPIS WARISAN SENI BUDAYA

Timbalan Ketua Pengarah, (Kebudayaan dan Kesenian) Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Rosnan Nordin ketika memberi ucapan dalam Majlis Perasmian Kem Generasi Budaya 2024 di White Camp Resort, Balik Pulau PULAU PINANG, 19 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia akan menganjurkan enam (6) siri Kem Generasi Budaya mengikut zon seluruh Malaysia. Bagi pelaksanaan pertama Kem Generasi Budaya adalah dilaksanakan di Zon Utara pada 18-21 September 2024, manakala Zon Sarawak pada 23-26 September 2024, Zon Tengah pada 2-5 Oktober 2024, Zon Timur pada 8-11 Oktober 2024, Zon Selatan pada 15-18 Oktober 2024 dan Zon Sabah pada 28-31 Oktober 2024. Majlis Perasmian Kem Generasi Muda dilaksanakan pada 18 September 2024 di White Camp Resort, Balik Pulau. Kem Generasi Budaya ini adalah merupakan program yang memberi fokus kepada penerapan jati diri dan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation