trending_flat
Gempa bumi kuat melanda Rantau Haida Gwaii

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Rantau Haida Gwaii pada jam 6:22 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 6:22 pagi, 16 September 2024Koordinat: 51.5° Utara 130.7° BaratLokasi: Rantau Haida GwaiiMagnitud: 6.4Jarak: 591km Barat Laut dari Vancouver, KanadaKedalaman: 10 km “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.

trending_flat
12 Pelajar Polisas Sertai Program Mobiliti Antarabangsa

KUANTAN - Seramai 12 pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) berpeluang menimba ilmu dan pengalaman menarik menerusi Program Mobiliti Pelajar ke Politeknik Negeri Jakarta (PNJ), Indonesia baru-baru ini. Delagasi POLISAS bergambar bersama Pengarah dan kakitangan PNJ Program yang berlangsung selama sembilan hari bermula 31 Ogos dan berakhir pada 9 September lalu padat dengan pelbagai aktiviti pendidikan meliputi jalinan sosial, eksplorasi budaya, pengalaman bersama industri dan perkongsian ilmu kemahiran. Program kali ini merupakan kesinambungan program dan aktiviti yang telah dijalankan POLISAS bersama PNJ sebelum ini. Pada kali ini pelajar kejuruteraan elektrik pula diberikan peluang untuk menimba pengalaman dalam program dua hala ini dan mengendalikan aktiviti bersama pelajar luar negara. Program mobiliti ini akan diteruskan lagi dengan kehadiran delegasi PNJ ke POLISAS yang dijadualkan pada 2 hingga 12 Oktober ini. Antara aktiviti yang dijalankan pada program mobiliti […]

trending_flat
PRK DUN Mahkota bakal uji sekali lagi kerukunan PH-BN

JOHOR, 14 September 2024 - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh 'Umar Bagharib Ali berpendapat bahawa Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota adalah satu pilihanraya yang penting. Menurut beliau, pilihan raya itu akan sekali lagi menguji kerukunan parti-parti Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah gabungan yang kuat dalam membentuk kerajaan Perpaduan. "Ia bakal memberi gambaran keutuhan kita dalam memastikan agenda membangunkan negara dipacu atas kestabilan politik yang kukuh. Ia juga menjadi tanda penggembelengan rakyat pelbagai bangsa berpaksikan fokus bersama untuk menjayakan agenda pemulihan ekonomi sepertimana diiltizamkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta kabinetnya. Selain itu, Mahkota merupakan kerusi ideal untuk mengetengahkan politik moderat, sederhana dan tidak ekstrim sesuai dengan gagasan Malaysia Madani. Ia merupakan kontras kepada politik kebencian dan manipulasi sempit sentimen ras dan agama yang sering sekali menjadi modal Perikatan Nasional." kata Sheikh Umar di dalam satu […]

trending_flat
AEON komited merancakkan sektor peruncitan di Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 September 2024 – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Hajah Fuziah Salleh telah hadir ke Majlis AEON 40Th Anniversary Thank You Dinner bertempat di Hotel Hilton, Kuala Lumpur semalam. AEON Co. (M) Bhd. (dahulu dikenali sebagai JUSCO) meraikan ulang tahun ke 40 penglibatannya dalam sektor peruncitan di Malaysia. AEON mula beroperasi di Malaysia pada tahun 1984 dengan pembukaan cawangan pertamanya di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. Kredit Foto : UKK KPDN Sejak itu, AEON telah berkembang pesat dan kini merupakan salah satu peruncit utama di negara ini. Sepanjang 40 tahun keberadaan AEON Co. (M) Bhd. di Malaysia, AEON telah mempunyai sebanyak 28 AEON Hypermarket, 25 pasar raya AEON Big, 10 AEON Superstore, 6 MaxValue Prime, 62 AEON Wellness, dan 46 Daiso di seluruh negara. AEON juga mempunyai lebih 11,000 orang pekerja di seluruh negara […]

trending_flat
Gempa bumi sederhana di Utara Sumatera, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada jam 5:37 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut   Satu gempa bumi sederhana telah berlaku dengan maklumat parameter berikut:Waktu Kejadian: 5:37 pagi, 15 September 2024Koordinat: 2.0° Utara 99.0° TimurLokasi: Utara Sumatera, IndonesiaMagnitud: 5.6Jarak: 35km Timur Laut dari Sibolga,IndonesiaKedalaman: 151 km Maklumat ini merupakan maklumat akhir yang dikeluarkan oleh MET Malaysia berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat
AI-Media dan Speechmatics Mengumumkan Perkongsian Strategik untuk Mengembangkan Teknologi Perkhidmatan Kapsyen dan Bahasa

BROOKLYN, N.Y., Sept. 13, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — AI-Media – peneraju global dalam teknologi pengekodan audiovisual dan penyelesaian transkripsi dan penterjemahan dipacu AI, serta Speechmatics – peneraju pasaran dalam teknologi pengecaman pertuturan, pada hari ini mengumumkan pengembangan strategik perkongsian berbilang tahun mereka untuk memberikan produk dipacu AI yang baharu dan lebih baik ke pasaran. Tangkap layar dari https://landing.ai-media.tv/ibc-show-2024 Perkongsian ini menggabungkan teknologi pertuturan kepada teks Speechmatics terkemuka dan peralatan pengekodan berasaskan iCap unik serta rangkaian selamat AI-Media yang menyematkan teknologi dalam aliran kerja sedia ada pelanggan dan sistem automasi dengan lancar. Dengan menyepadukan kebolehan ini, LEXI 3.0 AI-Media menjadi produk AI pertama yang mendahului kualiti alternatif diselia manusia dalam pasaran video langsung – pada kos yang jauh lebih murah. Tony Abrahams, Ketua Pegawai Eksekutif AI-Media, berkongsi pendapatnya tentang perkongsian tersebut: “Data kami yang diambil daripada prestasi LEXI 3.0 telah menunjukkan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation