Seni halus bidang menganggur?
Oleh: Dr. Fakhrur Razi Maamor Seni halus merupakan bidang yang melibatkan pemikiran kreatif dalam berkarya. Dalam erti kata lain, keupayaan berfikir itu dijelmakan melalui seni visual yang memiliki nilai estetika dan makna-makna yang tersirat. Di sebalik idea yang menginterpretasikan sebuah “munjul”, diserikan dengan makna dan idea di sebalik pengkaryaan yang mewujudkan nilai tersendiri. Setiap elemen dan prinsip yang diaplikasikan pada karya tidak hanya mencerminkan kematangan pemikiran pengkarya. Sebaliknya menggugah emosi yang mengundang ekspresi mendalam dari audiens. Estetika visual yang dipaparkan tidak hanya mewujudkan keselarian jiwa antara pengkarya dengan audiens, tetapi membentuk sebuah cerita, aspirasi dan identiti budaya yang bermakna. Begitulah ilmu yang ditanam dalam diri pengkarya ketika di universiti yang menawarkan pengkhususan seni halus. Berbicarakan disiplin seni halus di universiti, ia bukan sekadar melahirkan bakat kreatif yang mencorak dunia seni visual, tetapi mempunyai peranan dalam membentuk intelektual kritis dan bernas […]