trending_flat

Insiden Tanah Runtuh Sungai Ruil, Dakwaan Ajis Sittin berat sebelah – JAKOA

PUTRAJAYA, 18 Disember 2023 – Susulan insiden tanah runtuh yang menjejaskan 17 keluarga Orang Asli di Sungai Ruil, Cameron Highlands pada 12 Oktober lalu, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah mengenal pasti beberapa bangunan kuarters kerajaan/badan berkanun di sekitar kawasan berhampiran selain mengadakan beberapa siri perbincangan bersama pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi menempatkan mangsa tanah runtuh tersebut. Menurut JAKOA, mangsa terbabit akan ditempatkan sebaik sahaja isu berkaitan kemudahan fasiliti seperti penyambungan bekalan api dan air diselesaikan terlebih dahulu selewat-lewatnya awal Januari 2024. "Bagi tindakan jangka panjang, berdasarkan laporan siasatan awal daripada aspek teknikal oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) yang dibuat pada awal November lepas mendapati, kerja-kerja baik pulih cerun yang runtuh akan mengambil masa dua (2) tahun dengan peruntukan melebihi RM3 juta. Ini termasuk untuk pengukuhan dan penstabilan cerun-cerun di persekitaran kawasan terjejas yang akan dilaksanakan JKR dan […]

trending_flat

Dua Projek RTB Bernilai RM725.7 juta dijangka selesai Isu Banjir Pekan Dengkil hingga Labohan Dagang

Sebanyak RM725.7 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan bagi melaksanakan dua projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang dipercayai dapat menyelesaikan isu banjir di kawasan Pekan Dengkil sehingga ke Labohan Dagang. Menurut Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), dianggarkan seramai 120,000 penduduk di kawasan tersebut dapat dilindungi dari impak bencana banjir dengan pelaksanaan Projek RTB Sg Langat Fasa 1 dan Projek RTB Sg Langat Fasa 2. "Kedua projek ini merupakan rancangan jangka panjang NRECC menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Pada masa ini, Projek RTB Sg Langat Fasa 1 sedang di dalam proses pengambilan tanah dan dijangka siap pada 2027. Projek RTB Sg Langat Fasa 2 pula dijangka bermula pada Januari 2024 dan siap sepenuhnya menjelang 2030. Ia merupakan projek di bawah Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi (TBBT). Bagi tindakan jangka pendek pula, kekerapan penyelenggaraan sistem saliran di kawasan tersebut […]

trending_flat

Pemimpin Pelajar Negara-Negara Asean Dan Jepun Menerajui Usaha Menentang Sisa Plastik Marin Dan Ke Arah Hari Esok Yang Mampan Di “Majlis Pelancaran Rangkaian Pemimpin Belia Alam Sekitar Asean-Jepun (Ajyeln)”

Dalam talian dari 3pm JST pada 21 September 2023TOKYO, 18 Sept (Bernama) -- Pusat ASEAN-Jepun (AJC) akan mengadakan Majlis Pelancaran Rangkaian Pemimpin Belia Alam Sekitar ASEAN-Jepun (AJYELN) pada hari Khamis, 21 September, 15:00-16:30 (JST). Pelancaran tersebut akan memperkenalkan 37 orang felo secara rasmi yang telah dipilih daripada ratusan pemohon yang bersaing sengit dari semua Negara Anggota ASEAN dan Jepun. Felo AJYELN akan membentangkan projek masing-masing mengenai cara untuk menangani isu pencemaran plastik di komuniti setempat mereka.Kementerian Alam Sekitar Jepun, akan mendapat penghormatan untuk memberikan Ucapan Perasmian manakala Ucapan Alu-aluan akan diujarkan oleh Sekretariat ASEAN. En. Robin Takashi Lewis daripada myMizu dan Social Innovation Japan akan memberikan Ucaptama manakala Mesej Sokongan akan dikongsi oleh En.Senjaya Mulia daripada Organisasi Belia ASEAN dan Perusahaan Sosial AYO.AJYELN ialah program berbilang tahun AJC yang pertama yang bertujuan untuk merekrut dan melatih pemimpin muda alam sekitar dalam […]

trending_flat

Perkasa wakaf hijau demi agenda ketahanan iklim negara

Oleh: Dr. Mohd. Zaidi Md. Zabri Pada bulan Julai, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) telah meluncurkan pelan Ekonomi MADANI sebagai wadah untuk mengangkat semula darjat dan martabat Malaysia melalui penstrukturan semula ekonomi ke arah negara peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara. Dr. Mohd. Zaidi Md. Zabri Ekonomi MADANI mempunyai dua pendekatan serampang dua mata yakni ‘menaikkan siling’ sebagai peneraju ekonomi Asia dan ‘menaikkan lantai’ untuk mempertingkat usaha menaikkan darjat hidup rakyat. Asasnya, Ekonomi MADANI menekankan keperluan untuk merombak struktur ekonomi negara melalui tujuh bidang tumpuan. Daripada tujuh bidang tumpuan yang digariskan dalam kerangka Ekonomi MADANI, terdapat dua bidang tumpuan yang mempunyai potensi untuk digembleng secara serempak yakni ‘Peneraju Ekonomi Islam Global’ dan ‘Pertumbuhan Hijau Demi Ketahanan Iklim.’ Menariknya, bagi bidang tumpuan Ekonomi Islam, PMX terlebih dahulu memuji sistem kewangan Islam sebagai peneraju kewangan Islam global dengan menyorot […]

trending_flat

Isu REE – Kerajaan Negeri Perlu Segera Perjelas Dakwaan

ALOR SETAR, 17 Julai - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, seharusnya menyiasat kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran dan bukannya menangkis sebarang dakwaan dengan mengaitkannya sebagai fitnah. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, PAS juga dilihat sengaja memainkan naratif mendakwa Muhammad Sanusi difitnah berhubung isu kecurian Unsur Nadir Bumi (REE) di Sik. “Sebab itu Muhammad Sanusi wajar perjelaskan setiap dakwaan, termasuk persoalan yang dibangkitkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk memberikan gambaran tepat berhubung isu tersebut. “Kenyataan Saifuddin dibuat di pentas terbuka malah ada dokumen yang menyokong persoalan dibangkitkan, beliau ada fakta jadi tak timbul fitnah,” katanya dalam sidang media di sini hari ini. Mahdzir diminta mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Ahmad Yahaya yang menyelar tindakan Saifuddin yang didakwa memfitnah Muhammad Sanusi sebagai usaha menjatuhkan reputasi Menteri Besar […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Semenanjung Alaska

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklunkan bahawa satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Semenanjung Alaska pada jam 2:48 petang hari ini. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 2:48 petang, 16 Julai 2023Koordinat: 54.6° Utara 160.9° BaratLokasi: Semenanjung AlaskaMagnitud: 7.1Jarak: 2,622km Timur dari Petropavlovsk Kamchatskiy,RussiaKedalaman: 10 km Mengikut penilaian, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

trending_flat

[Video] Inisiatif Jangka Masa Pendek oleh JAKOA basmi miskin tegar di kalangan OA

KUALA LUMPUR, 20 JUN 2023 - Sorotan Video Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Negara YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bagi menjawab pertanyaan YBHG. DATO' AJIS BIN SITIN untuk menyatakan apakah inisiatif jangka masa pendek yang telah dilaksanakan bagi menoktahkan kemiskinan tegar dalam kalangan masyarakat Orang Asli selaras dengan tekad Perdana Menteri semasa pmbentangan Bajet 2023 yang lalu. https://youtu.be/4MSSiAcmi6A

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation