trending_flat

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Inisiatif Amanahraya-Kenedix Sokong Usaha Konservasi Harimay Malaya

KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2024 – DYMM Seri Paduka Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan merasmikan lukisan kanvas Harimau Malaya terbesar di Malaysia menerusi inisiatif program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilaksanakan oleh anak syarikat Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) iaitu AmanahRaya-Kenedix REIT Manager Sdn. Bhd. Hadir sama adalah Pengerusi AmanahRaya, Yang Berbahagia Tan Sri Idrus Bin Harun, Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Yang Berusaha Encik Ahmad Feizal Sulaiman Khan dan Pengarah Urusan AmanahRaya-Kenedix, YM Tunku Rozita Tunku Abdul Malek juga barisan Ahli Lembaga Pengarah, Kumpulan AmanahRaya. Tan Sri Idrus Harun dalam sembah ucapannya berkata, AmanahRaya-Kenedix telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kempen ‘Konservasi Harimau Malaya’ yang bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memulihara Harimau Malaya atau Panthera Tigris Jacksoni dengan kerjasama Persatuan Pelindung Harimau Malaya (RIMAU) di Vista Tower, The Intermark, Kuala Lumpur. Tambah beliau, menurut […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam  10:15 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut  Waktu Kejadian: 10:15 pagi, 27 Ogos 2024Koordinat: 7.4° Selatan 129.9° TimurLokasi: Laut BandaMagnitud: 5.9Jarak: 454km Tenggara dari Ambon,IndonesiaKedalaman: 54 km Maklumat ini merupakan maklumat akhir yang dikeluarkan oleh MET Malaysia berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Husain Beladar ‘arkitek’ penjara Malaysia

Oleh : Nursaliawati Salberi / MELAKA HARI INI BANDA HILIR 26 Ogos 2024 – “Tidak pernah terlintas di fikiran yang saya akan diberi penghargaan dan penghormatan sebegini, apa yang saya lakukan sebelum ini sudah menjadi tanggungjawab,” itu kata Tokoh Jabatan Penjara Malaysia, Husain Beladar. Husain, 87, adalah bekas Pengarah Pembangunan Penjara Malaysia yang juga individu bertanggungjawab atau ‘arkitek’ dalam membina beberapa fasiliti penjara termasuk bangunan ibu pejabat Jabatan Penjara Malaysia di Kajang, Selangor. Anak kelahiran Ketereh, Kelantan itu berkhidmat bersama Jabatan Penjara selama 32 tahun sebelum bersara pada 1988. Dia berasa amat teruja apabila dimaklumkan akan diadakan Pameran Memoir Tuan Husain Beladar di Muzium Penjara Malaysia, Melaka. “Teruja bukan sebab apa, kerana menerusi pameran yang diatur ini secara tidak langsung dapat berkongsi dengan orang ramai mengenai sejarah penjara di Malaysia. “Jauh di sudut hati saya berasa amat hiba kerana sumbangan […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Utara Laut Maluku

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Utara Laut Maluku pada jam 8:17 pagi tadi Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut  Waktu Kejadian: 8:17 pagi, 26 Ogos 2024Koordinat: 0.9° Utara 126.4° TimurLokasi: Utara Laut MalukuMagnitud: 5.1Jarak: 115km Barat dari Ternate, IndonesiaKedalaman: 48 km

trending_flat

Gempa bumi kuat melanda Kepulauan Tonga

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Kepulauan Tonga pada jam 7:29 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 7:29 pagi, 26 Ogos 2024Koordinat: 20.1° Selatan 174.7° BaratLokasi: Kepulauan TongaMagnitud: 6.8Jarak: 754km Timur dari Laucala,Fiji.Kedalaman: 93 km. “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.

trending_flat

Fadillah rasmikan Konvensyen Banteras Eksploitasi Pekerja

KUCHING, 25 Ogos 2024 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Fadillah Yusof telah merasmikan Konvensyen Banteras Eksploitasi Pekerja anjuran Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini. Di majlis tersebut, Fadillah turut menegaskan isu buruh paksa dan eksploitasi pekerja adalah perkara asas yang perlu diambil tahu secara serius oleh setiap majikan dan pemain industri. Kredit Foto: Halaman Facebook rasmi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Fadillah Yusof Katanya lagi, pada tahun ini, Malaysia telah diletakkan dalam Tahap 2 atau Tier 2 dalam Laporan Pemerdagangan Manusia, oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS), setelah berada di Tahap 2 Pemerhatian atau “Tier 2 Watch List” pada Tahun 2023. Sebelum itu , Malaysia berada di Tahap 3 atau “Tier 3” dua tahun berturut-turut , […]

trending_flat

Tidak terfikir akan bergelar Datuk – Remy Ishak

Oleh : Nursaliawati Salberi / MELAKA HARI INI SERI NEGERI 25 Ogos 2024 – “Mencari itu tidak, tetapi dianugerahkan itu dianggap sebagai satu hadiah. Syukur alhamdulillah,” itu kata aktor terkenal Remy Ishak. Pemilik nama sebenar, Mohammad Zalimei Ishak itu adalah antara 60 penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk pada sesi kedua Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang di- Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Istiadat Seri Negeri, hari ini. Menurutnya, hampir 20 tahun berada dalam industri seni tanah air, dirinya langsung tidak pernah terfikir akan dianugerahkan darjah kebesaran yang menjadi impian ramai. Jelas anak kelahiran Masjid Tanah itu, penganugerahan diterima daripada Kerajaan Negeri Melaka adalah antara pencapaian terbesar buat dirinya. “Syukur alhamdulillah atas kurniaan ini, ini adalah sesuatu yang tidak […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation