Talentcorp dan NSDC International Menandatangani MOU Khidmat Nasihat Berhubung Teknologi Bagi Membina Ekosistem Kemahiran Digital Di Malaysia
NEW DELIHI, 22 Ogos 2024 (Bernama) - Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), sebuah agensi dan badan pemikir di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia (KESUMA), telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan NSDC International, anak syarikat Perbadanan Pembangunan Kemahiran Nasional (NSDC) India. Kerjasama strategik ini berperanan sebagai penyelesaian untuk pembangunan kemahiran digital yang bertujuan melengkapkan belia Malaysia dengan kemahiran masa hadapan, sambil memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan India serta inisiatif pembangunan kemahiran di kedua-dua negara. Pertukaran MoU antara Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Thomas Mathew dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif NSDC International, Ved Mani Tiwari telah berlangsung di ibu pejabat NSDC dan disaksikan oleh YB Steven Sim Chee Keong, Menteri KESUMA, serta rakan sejawatnya Menteri Pembangunan Kemahiran dan Keusahawanan India, YB Jayant Chaudhary. MoU ini melengkapi perjanjian pertama yang telah ditandatangani pada Mac 2023 antara TalentCorp dan NSDC, yang membawa kepada penubuhan MyMAHIR […]