trending_flat

51 pelajar kolej keracunan makanan, 7 kafe diarah tutup

Oleh : Nursaliawati Salberi / MELAKA HARI INI AYER MOLEK 17 Ogos – Seramai 51 pelajar sebuah kolej, di sini, mengalami keracunan makanan dipercayai selepas menikmati juadah yang dijual di tujuh kafe institusi pengajian itu. Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, kejadian dikatakan berlaku sejak Khamis dan berlarutan sehingga semalam. “Beberapa pelajar mula mengadu sakit perut, muntah, cirit-birit dan demam pada Jumaat sebelum dibawa oleh felo ke Hospital Jasin bagi mendapat rawatan. “Keadaan itu berterusan sehingga petang semalam dan beberapa penghantaran pelajar dibuat pula ke klinik kesihatan dan menjadikan kesemua pelajar yang terbabit seramai 51 orang membabitkan 36 perempuan dan 15 lelaki. “Hanya seorang pelajar sahaja yang dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan lanjut manakala mereka yang lain dirawat sebagai pesakit luar sebelum dibenarkan balik ke asrama,” katanya. Rahmad berkata, penguat kuasa Kementerian […]

trending_flat

Fadillah kongsi pelan NETR di EMM14

LIMA, PERU - Mesyuarat Menteri- Menteri Tenaga APEC Ke-14 (EMM14) yang bermula hari ini (15 Ogos waktu tempatan) di Lima Convention Center (LCC), menghimpunkan Menteri-menteri Tenaga dari seluruh rantau Asia-Pasifik untuk membincangkan strategi bagi memacu peralihan tenaga. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh TYT Romulo Mucho, Menteri Tenaga dan Perlombongan Peru. Delegasi Malaysia diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof. Dalam ucapan alu-aluannya, Peru selaku pengerusi telah menekankan kepentingan tenaga dalam memacu kemajuan dan keperluan tindakan kolektif untuk mengurangkan ancaman perubahan iklim yang dikaitkan dengan kesan penjanaan tenaga semasa. "Mesyuarat turut mengambil maklum pencapaian dan status pelaksanaan inisiatif dan projek APEC Energy Research Centre (APERC) dan APEC Sustainable Energy Centre (APSEC). Sesi petang mesyuarat memfokus kepada perbincangan berkaitan "Memacu Peralihan Tenaga Merentasi Ekonomi APEC". Menteri-menteri Tenaga APEC telah berkongsi perspektif […]

trending_flat

Bukti kerajaan prihatin, martabat peranan penjawat awam

Oleh : Mohd Faiz Abu Hasan / MELAKA HARI INI AYER KEROH 16 Ogos – Rata-rata penjawat awam negeri ini menzahirkan rasa syukur dan teruja dengan pelarasan gaji baharu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 ‘Perkhidmatan Awam MADANI’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Bagi penjawat awam yang juga Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Ahmad Safwan Abd Aziz, 37, berkata, pengumuman kenaikan gaji itu adalah hadiah istimewa buat penjawat awam yang tidak jemu menyumbang tenaga serta kepakaran. Katanya, ia bukan sahaja perkhabaran yang menggembirakan malah memberikan motivasi untuk penjawat awam meningkatkan mutu perkhidmatan agar lebih cemerlang. “Sejujurnya kenaikan 15 peratus diumumkan kan amat membantu penjawat awam dalam mendepani masalah kos sara hidup terutamanya buat mereka yang terpaksa berulang alik dalam jarak yang […]

trending_flat

JIM selamatkan mangsa eksploitasi buruh paksa

PUTRAJAYA 16 Ogos 2024 - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menyelamatkan seorang lelaki warga asing di bawah umur disyaki dieksploitasi untuk menjadi buruh paksa, dalam satu operasi membanteras pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di dua buah premis restoran di sekitar Shah Alam, Selangor semalam. Menurut Jafri nin Embok Taha, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, operasi dijalankan pada jam 10.30 malam melibatkan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Pencegahan ATIPSOM & AMLA, Ibu Pejabat Imgresen Putrajaya. Operasi itu turut menggunakan pendekatan mengenal pasti mangsa pemerdagangan orang dalam kalangan golongan rentan dengan berpandukan National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI) 2.0. "Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari sumber aduan, terdapat sejumlah warga asing yang tidak mempunyai pas yang sah diambil bekerja dan disyaki terdapat elemen pemerdagangan orang. Operasi yang dijalankan turut menahan 14 warga asing yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen yang […]

trending_flat

Gempa bumi lemah di Perairan Tawau, Sabah

Satu kejadian gempa bumi lemah telah berlaku di Perairan Tawau, Sabah pada pukul 10:19 pagi tadi. Menurut, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) gegaran mungkin dirasai di sekitar Semporna dan Tawau, Sabah. MET Malaysia akan terus memantau keadaan tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 10:19 pagi, 16 Ogos 2024Koordinat: 4.4° Utara 118.8° TimurLokasi: Perairan Tawau, SabahMagnitud: 3.9Jarak: 36km Timur dari Semporna,SabahKedalaman: 19 km

trending_flat

Merdekakan  Budaya  Kerja Untuk Bawa Impak Positif

PUTRAJAYA, 15 Ogos 2024 - Penjawat awam perlu mengubah pendekatan dan  menganjak pemikiran untuk sentiasa mencipta kelainan kepada budaya kerja yang lebih cekap untuk membawa impak positif kepada agensi dan masyarakat. Selain itu menurut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, pendekatan serta tindakan juga perlu diubah daripada sikap hanya menyambung apa yang sedia ada. ”Untuk itu,  saya  ingin mengajak warga KKDW dan tentunya agensi-agensi yang lain yang telah diletakkan di bahu saya umpamanya FELDA atau Majlis TVET Negara bagi kita semua berperanan untuk memerdeka dan membebaskan pemikiran,  pendekatan serta tindakan kita daripada sikap hanya menyambung apa yang sedia ada. Jiwa merdeka yang ada harus mempunyai kemahuan yang kuat bagi kita mencipta kelainan dan melakukan game changer  dari masa ke semasa.” katanya. Sempena bulan kemerdekaan, Dato’ Seri Zahid  turut  menyeru  warga kerja […]

trending_flat

SKSPS bakal memanfaatkan seramai hampir 500 pengamal media sambilan di seluruh negara

KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2024 – Satu Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah dimenterai hari ini bagi memperluas perlindungan sosial kepada pengamal media sambilan (stringers) melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS). Majlis tersebut telah disaksikan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. "MoU yang ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Puan Nur-ul Afida Kamaludin dan Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) PERKESO, Encik John Riba Marin merupakan inisiatif kerajaan bagi menambah baik program perlindungan sosial, terutama bagi pengamal media yang sentiasa berdepan pelbagai cabaran semasa menjalankan tugas. SKSPS bakal memanfaatkan seramai 493 pengamal media sambilan daripada 45 organisasi media di seluruh negara dengan nilai caruman sebanyak RM232.80 setiap individu bagi tempoh setahun bermula 1 Julai 2024." kata Bernama. Turut disampaikan, Nota Perlindungan PERKESO kepada 10 petugas media sambilan daripada Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Astro […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation