trending_flat

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada jam 4:08 petang tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 4:08 petang, 24 Julai 2024Koordinat: 10.5° Selatan 123.6° TimurLokasi: Rantau Timor, IndonesiaMagnitud: 5.4Jarak: 31km Selatan dari Kupang,IndonesiaKedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Barat Papua, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Barat Papua, Indonesia pada jam 8:22 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 8:22 pagi, 24 Julai 2024Koordinat: 3.1° Selatan 139.2° TimurLokasi: Barat Papua, IndonesiaMagnitud: 5.1Jarak: 184km Barat Daya dari Jayapura,IndonesiaKedalaman: 72 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

Dato’ Awang Bemee dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara.

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2024 - Dato’ Awang Bemee bin Awang Ali Basah telah dipilih sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara. Beliau yang merupakan anak jati negeri Sarawak pernah berkhidmat di Mahkamah Tinggi Borneo Sarawak bermula pada tahun 1984 dan berpengalaman mengendalikan pelbagai kes di semua peringkat mahkamah termasuk Mahkamah Persekutuan. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuching sejak 1998 dan pernah berkhidmat sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak selama tiga penggal sebelum ini. Awang Bemee juga merupakan Penasihat undang-undang Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB). Beliau berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang dengan kepujian serta pernah menyertai kursus dan lawatan sambil belajar di bawah naungan Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) di United Kingdom dan Australia. 

Apron Walk 2024 Bersempena Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2024(Bernama) - Hari Keselamatan Makanan Sedunia disambut di seluruh dunia pada 7 Jun setiap tahun dengan hasrat untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan makanan bagi melindungi kesihatan pengguna. Tema sambutan untuk tahun 2024 adalah “Food Safety : Prepare for the unexpected”, memfokuskan kepada kesiapsiagaan semua pihak yang terlibat di sepanjang rantaian makanan dalam menghadapi sebarang perkara luar jangka yang boleh mengganggu dan menjejaskan keselamatan makanan negara.  Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan 1 daripada 10 orang jatuh sakit setiap tahun akibat penyakit bawaan makanan manakala lebih 200 penyakit di dunia adalah disebabkan oleh makanan yang tercemar. Sehubungan itu, melalui pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) komited untuk memperkasakan kawalan keselamatan makanan di negara ini melalui pelbagai strategi dan intervensi. Ini termasuklah pelaksanaan pelbagai aktiviti pendidikan kesihatan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat untuk mengutamakan keselamatan makanan.  Salah […]

trending_flat

Anwar seru rakyat kibarkan Jalur Gemilang

SELANGOR, 22 Julai 2024 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya kibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda kesetiaan pada tanah air. Di dalam satu hantaran di halaman X rasminya, Anwar turut menggesa agar semua kementerian, jabatan Kerajaan serta seluruh sektor swasta untuk meraikan sambutan ini dengan mengibarkan Jalur Gemilang di seluruh negara. "Ini hanyalah tuntutan kecil ketimbang pengorbanan besar pejuang terdahulu. Mari kita menyatukan jiwa dan matlamat demi jati diri, maruah dan harga diri sebuah negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat."katanya. Terdahulu Anwar berkata kemerdekaan yang dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia sekarang adalah hasil visi dan wawasan pemimpin terdahulu. Ia juga adalah hasil pengorbanan polis, tentera dan pejuang-pejuang kebangsaan yang mempertaruhkan jiwa dan raga demi negara tercinta. "Rakyat ketika itu punyai kesedaran untuk berjuang. Mereka tidak punyai kepintaran, keilmuan, kepakaran mahupun kemahiran. Namun yang ada […]

trending_flat

PM rasmi Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024

CYBERJAYA, 21 Julai 2024 – Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 yang berlangsung hari ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim Dengan kehadiran lebih 8,000 orang pengunjung, majlis yang berkonsepkan karnival rakyat itu mendapat kerjasama daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, kementerian, jabatan dan agensi kerajaan serta swasta. Program tersebut dimeriahkan menerusi penganjuran Karnival Kita MADANI X HKHM 2024 dengan pengisian reruai Komuniti MADANI X NADI, RIUH X HKHM, perkhidmatan untuk rakyat, pameran daripada pelbagai agensi, jualan keusahawanan, persembahan patriotik, aktiviti interaktif kenegaraan serta demonstrasi pembuatan produk tempatan. Turut diadakan, program Permukiman Komuniti MADANI disertai hampir 2,500 orang peserta terdiri daripada ketua dan ahli Komuniti MADANI seluruh Semenanjung Malaysia bagi memperkasakan komuniti berkaitan inisiatif kerajaan serta penglibatan komuniti dalam menyemarakkan bulan kebangsaan. Pada majlis yang sama, Perdana Menteri turut melakukan pelepasan konvoi Kembara […]

trending_flat

Selangor catat bilangan lokaliti hotspot denggi tertinggi

PUTRAJAYA, 21 Julai 2024 - Pada Minggu Epidemiologi ke-28 tahun 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,373 kes berbanding 2,805 kes pada minggu sebelumnya. Tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-28 tahun 2024. Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-28 adalah sebanyak 80,441 kes berbanding 63,966 kes bagi tempoh sama tahun 2023. Manakala terdapat 65 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 45 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023. "Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-28 adalah sebanyak 100 lokaliti berbanding 86 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. Dari 100 lokaliti yang dilaporkan, 74 lokaliti di Selangor, enam (6) lokaliti di Negeri Sembilan, enam (6) lokaliti di Perak, enam (6) lokaliti […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation