Memperkasa Akuakultur ke arah Keterjaminan Makanan Negara
BANGI, 6 Ogos 2024 - Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup telah merasmikan Seminar Akuakultur 2024 bertemakan Memperkasa Akuakultur ke Arah Keterjaminan Makanan Negara semalam. Seminar anjuran Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) yang diadakan secara hibrid ini memberi pengkhususan kepada aspek membudayakan teknologi moden, lestari dan berdaya saing. Seramai 350 orang peserta menyertai seminar itu terdiri daripada pemain industri, penternak akuakultur dan persatuan-persatuan penternak seluruh Malaysia. Menurut Athur, penganjuran seminar tersebut bertepatan dengan salah satu hala tuju Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) iaitu memperkasakan industri akuakultur bagi mengurangkan kebergantungan sumber perairan semulajadi (perikanan tangkapan) dan beralih kepada ternakan akuakultur yang memfokuskan kepada spesies utama serta ternakan berproduktiviti tinggi dengan aplikasi teknologi terkini. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup “Sektor akuakultur merupakan salah satu fokus utama KPKM dalam memastikan sumber makanan yang mencukupi […]