trending_flat

TVET Bukan Pilihan Kedua, Kemasukan Pelajar Ke PSIS Meningkat

SABAK BERNAM, 4 OGOS 2024 - Minggu ini merupakan minggu pendaftaran pelajar baharu bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 ke institusi pengajian tinggi, Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia turut menerima pelajar baharu. Di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), lebih 800 orang pelajar baharu telah berjaya mendaftarkan diri di Dewan Seri Lang sempena Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi I 2024/2025, baru-baru ini. Timbalan Pengarah Akademik, Haji Zainuddin bin Kasmuri berkata kemasukan pada sesi ini sangat positif, dan ia menunjukan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan lagi pilihan kedua dan semakin diyakini. “Peningkatan kemasukan sebanyak 20 peratus menunjukan ibu bapa dan pelajar percaya bahawa TVET bukan lagi pilihan kedua berikutan kemahiran dimiliki graduan dalam bidang itu amat diperlukan untuk menyokong kemajuan sektor industri di negara ini. Kini rakyat Malaysia sudah mula menampakkan peluang pasaran terutama dalam bidang […]

trending_flat

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September FAIRFAX, Virginia, Aug. 06, 2024 – Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 (tahun kesembilan), “Olimpik untuk sumber manusia,” diumumkan hari ini. Anugerah ini mengiktiraf majikan terbaik dunia dan profesional dalam sumber manusia, pasukan, pencapaian dan produk serta pembekal berkaitan Sumber Manusia yang telah membantu mencipta dan memacu tempat kerja yang hebat. Antara organisasi yang mendapat pelbagai kemenangan Gold Stevie ialah Bank of America (9), Everise (4), pladis (4), Apexon (3), Digital Hands (3), ecosio (3), Enerjisa Uretim (3), LMI (3), Peak on Air (3), SOCAR Türkiye (3), TurkTraktor (3), Abu Dhabi Customs (2), Arkas Holding (2), Ayala Land, Inc. – Makati Development Corporation (2), Benefex (2), Capital One (2), Cathay United Bank (2), DHL Global Forwarding, Freight (2), Doğuş Holding (2), ENERJISA ENERJI (2), Entek Elektrik (2), Gamefam […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Barat Daya Sumatera, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Barat Daya Sumatera, Indonesia pada jam 8:44 malam semalam. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 8:44 malam, 5 Ogos 2024Koordinat: 6.6° Selatan 103.5° TimurLokasi: Barat Daya Sumatera, IndonesiaMagnitud: 5.2Jarak: 233km Barat Daya dari Bandar Lampung, IndonesiaKedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

Dekati banduan demi menyelami masalah masyarakat

Oleh Dr Abd Razak Zakaria Setiap manusia melakukan kesalahan. Namun kesalahan yang melibatkan undang-undang sama ada jenayah atau sivil biasanya akan menyebabkan seseorang individu dijatuhkan hukuman bersalah atau tidak. Namun, kesalahan yang telah dilakukan pada masa lampau telah banyak mengajar seseorang untuk berubah menjadi lebih baik dan bertingkah laku menurut norma-norma masyarakat. Perjalanan hidup seorang bekas banduan dalam masyarakat dilihat agak sukar kerana stigma masyarakat yang terus menerus meletakkan kesalahan itu sebagai kekal dalam hidup mereka sedangkan setiap kesalahan itu boleh diperbaiki dan mereka, bekas banduan sepatutnya diterima oleh masyarakat sebagai orang baru selepas mereka menjalani pemulihan akhlak selama bertahun-tahun di penjara. Kehidupan di sebalik tirai besi tidak seindah khabar. Hidup terpenjara memerlukan kekuatan jiwa dan fizikal kerana melalui liku-liku hidup terhukum penuh dengan perasaan rasa bersalah dan keinginan untuk bebas sangat tinggi. Namun, undang-undang di penjara lebih menekankan pembentukan […]

trending_flat

Iklim organisasi yang sihat tingkat kesihatan mental di tempat kerja

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Prof. Madya Dr. Ahmad Zabidi Abdul Razak Di dalam sesebuah organisasi, pelbagai faktor boleh memberikan kesan kepada iklim organisasi tersebut. Persekitaran kerja yang baik dapat memberikan kesan yang positif kepada kesihatan mental pekerja. Manakala persekitaran kerja yang negatif seperti dikriminasi dan ketidaksamaan, beban kerja yang berlebihan, kawalan pekerjaan yang rendah dan ketidakamanan pekerjaan boleh menimbulkan risiko kepada kesihatan mental. Dapatan dari Pertubuhan kesihatan Dunia pada tahun 2019 telah mendapati bahawa 15% daripada pekerja dianggarkan mengalami gangguan mental. Di seluruh dunia, dianggarkan sebanyak 12 bilion kehilangan hari bekerja direkodkan setiap tahun akibat kemurungan dan kebimbangan dengan kos kehilangan produktiviti sebanyak AS$ 1 trilion setahun. Walau bagaimanapun, beberapa tindakan yang dilihat berkesan dapat membantu mencegah dan selanjutnya mengurangkan risiko kesihatan mental di tempat kerja, menggalakkan keperluan mencari bantuan bagi menangani isu kesihatan mental di tempat […]

trending_flat

Trend pemikiran childfree menjerumuskan negara ke arah pembentukan masyarakat tua

Oleh: Nurul Ashikin Alias Matlamat bagi setiap individu yang telah mengikat tali pernikahan sudah pastinya adalah bagi membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Secara dasarnya sebuah unit keluarga asas adalah terdiri daripada ibu, bapa dan anak. Namun, kini seiring dengan perkembangan semasa dan pengaruh pemikiran dan budaya yang merentasi sempadan, konsep pemikiran dalam pembentukan keluarga bagi pasangan yang baru berkahwin telah mula cenderung kepada perkahwinan bebas anak atau dengan kata lain disebut sebagai ‘childfree marriage’. Pemikiran ini sudah pastinya mempunyai pengaruh dan tanggapan dari pelbagai perspektif. Jika dilihat pada sejarah asal usul terbentuknya prinsip pemikiran ini adalah dari pemikiran masyarakat yang tinggal di negara-negara barat kerana majoriti mereka adalah berpegang kepada prinsip kebebasan dalam kehidupan mereka. Dalam erti kata lain apabila mereka telah mencapai umur tertentu golongan ini bebas menentukan apa sahaja yang ingin mereka lakukan terhadap diri dan juga kehidupan […]

trending_flat

Sejuta Harapan beri sinar baharu kepada pejuang kemurungan

Seramai 35 orang pejuang kemurungan klinikal (Major Depressive Disorder, MDD) telah berkumpul di Nak Cikit Picnic Space, Setia Alam, Shah Alam, Selangor baru-baru ini untuk menyertai program “Inisiatif Sejuta Harapan”. Program yang julung kali diadakan ini merupakan usaha proaktif NGO Empati (Kelab Advokasi Pulih Mental) dengan kerjasama dan sokongan daripada Jabatan Perdana Menteri. Inisiatif ini timbul susulan dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023 yang mendapati bahawa sejuta rakyat Malaysia berusia lebih 15 tahun telah mengalami kemurungan. “Kami berharap lebih ramai yang berani tampil ke hadapan bagi mendapatkan bantuan, seterusnya mampu memberi harapan kepada pejuang-pejuang yang mengalami kemurungan,” kata Syahida Zulkarnain, Pengasas dan Presiden NGO Empati. Syahida turut berkongsi tujuan penganjuran program antara lainnya adalah untuk menyediakan platform selamat untuk para peserta berkongsi pengalaman masing-masing sewaktu mengharungi fasa kemurungan. “Melalui program ini juga para pejuang berpeluang untuk bersosial secara sihat, […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation