Gempa bumi kuat di Guatemala
Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Guatemala pada jam 10:53 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 10:53 pagi, 21 Julai 2024Koordinat: 14.6° Utara 89.8° BaratLokasi: GuatemalaMagnitud: 6.1Jarak: 1,014km Tenggara dari Puebla, MexicoKedalaman: 274 km “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.