trending_flat

Kenali, pelajari biodiversiti dengan setem

Oleh: Affan Nasaruddin Hobi mengumpul setem merupakan antara hobi yang semakin dilupai. Pada suatu ketika dahulu, hobi ini merupakan antara hobi yang paling digemari ramai dan popular, baik dalam kalangan orang dewasa mahu pun kanak-kanak dan remaja. Kini hanya segelintir sahaja bilangan mereka yang masih setia mengumpul dan menghargai setem. Affan Nasaruddin Senario ini sedikit sebanyak adalah disebabkan oleh kemajuan teknologi maklumat yang telah mengubah cara kita berkomunikasi. Dahulu kita perlu menulis surat untuk berkomunikasi dan mengambil masa sehingga beberapa hari untuk surat tersebut sampai ke penerima yang dikehendaki. Tetapi sekarang melalui emel sahaja sudah memadai, malah ianya jauh lebih mudah dan pantas kerana segalanya kini terletak di hujung jari. Kiriman kad ucapan perayaan, ucapan tahniah, dan ucapan ulang tahun kini menggantikan penghantaran surat, dan dihantar pula melalui mesej pesanan ringkas di platform WhatsApp atau Telegram. Maka tidak hairanlah sekiranya […]

trending_flat

Kes buli siber harus dipandang serius dan ditangani dengan segera – Gobind

PUTRAJAYA, 13 Julai 2024 - Menteri Digital, Gobind Singh Deo bersama-sama Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Menteri Undang-Undang dan Refomasi Institusi, Dato' Seri Azalina Othman, ketika mesyuarat Jemaah Menteri, membangkitkan perkara buli siber yang semakin meningkat. Kes Rajeswari Appham yang meninggal dunia baru-baru ini adalah satu-satunya kes sebegini. Menurut Gobind, beliau telah menegaskan bahawa tindakan tegas dan segera harus diambil di dalam kes-kes buli siber. "Dunia digital baharu memerlukan pendekatan baharu kepada cara kami berniaga, hidup dan belajar. Selaras dengan usaha kerajaan untuk memastikan bahawa Malaysia tidak tertinggal dalam perkembangan teknologi baru, usaha-usaha sedang diambil untuk melebarkan infrastruktur internet untuk membolehkan setiap lapisan masyarakat menggunakan dan menerima manfaat penuh teknologi baru seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan sebagainya. Banyak lagi platform digital baharu akan didirikan dan digunakan untuk memperkasakan perniagaan kita dan taraf kehidupan kita. Kami perlu memastikan bahawa platform yang […]

trending_flat

MCMC dan PDRM akan teliti SOP bagi mudahkan aduan buli siber

CYBERJAYA, 13 Julai 2024 - Pengumuman yang dibuat oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bahawa Kerajaan akan meneliti pindaan undang-undang sedia ada termasuk Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) serta mempertimbangkan keperluan untuk menggubal atau mewujudkan akta baharu dalam menangani isu buli siber di sambut baik oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Dalam satu kenyataan hari ini, MCMC menyifatkan bahawa pengumuman itu menghantar isyarat penting bahawa Kerajaan komited dan serius dalam menangani masalah buli siber yang berlaku sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa. "Langkah itu juga akan membolehkan pihak berkuasa melaksanakan penguatkuasaan dengan lebih efektif selain membawa mereka yang terlibat ke mahkamah sekali gus memberi pembelaan sewajarnya kepada mereka yang terkesan. Justeru MCMC dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) untuk memudahkan proses membuat aduan buli siber." kata MCMC. Sinergi bersama PDRM juga akan dikukuhkan […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Kepulauan Ryukyu, Jepun

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Kepulauan Ryukyu, Jepun pada pukul 7:18 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 7:18 pagi, 13 Julai 2024Koordinat: 25.1° Utara 128.1° TimurLokasi: Kepulauan Ryukyu, JepunMagnitud: 5.5Jarak: 128km Selatan dari Naha,JepunKedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

Gempa bumi kuat di Pulau Vancouver

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Pulau Vancouver pada jam 11:08 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 11:08 malam, 11 Julai 2024Koordinat: 48.8° Utara 128.8° BaratLokasi: Pulau VancouverMagnitud: 6.0Jarak: 421km Barat dari Vancouver,KanadaKedalaman: 10 km “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.

trending_flat

Gempa bumi kuat melanda Mindanao,  Filipina

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Mindanao,  Filipina pada pukul 10:13 pagi tadi. Walaupun gegaran dirasai di sekitar Sabah dan WP Labuan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 10:13 pagi, 11 Julai 2024Koordinat: 6.1° Utara 123.3° TimurLokasi: Mindanao,  FilipinaMagnitud: 6.6Jarak: 154km Tenggara dari Isabela City, FilipinaKedalaman: 632 km "Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan." kata MET Malaysia.

trending_flat

Papan tanda ‘1 Kampung 1 Pantun’ Melaka ditambah baik

Oleh MOHD FAIZ ABU HASAN / MELAKA HARI INI AYER KEROH 11 Julai – Kerajan Negeri akan menambah baik pemasangan papan tanda 1 Kampung 1 Pantun seperti yang diperkenalkan sebelum ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia susulan terdapat kawasan kampung yang telah membina struktur papan tanda pantun di pintu masuk kampung, namun ada juga yang hanya menggunakan kain rentang. Jelasnya, satu prosedur operasi standard (SOP) baharu akan diperkenalkan bagi menambah baik dan menyelaras pelaksanaan itu di setiap kampung. “Kita melihat kebanyakan SOP sebelum ini ada yang tidak diikuti kerana ada dalam kalangan mereka tidak mengetahui kaedah bagaimana untuk memastikan papan tanda ini boleh dilihat oleh masyarakat. “Justeru itu, kita akan menambah baik perkara ini tidak lama lagi bagi memastikan ia selaras di setiap kampung,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Malam Sirih […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation