trending_flat

Gempa bumi sederhana di Barat Daya Sumatera, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Barat Daya Sumatera, Indonesia pada pukul 5 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 5:00 pagi, 11 Julai 2024Koordinat: 5.6° Selatan 100.6° TimurLokasi: Barat Daya Sumatera, IndonesiaMagnitud: 5.2Jarak: 269km Barat Daya dari Bengkulu,IndonesiaKedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

Makluman produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual

KUALA LUMPUR, 10 Julai 2024 (Bernama) -- Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:1. Nama Produk : Ailas Wild Rose Petal Face Cream Racun Berjadual yang dikesan : Tretinoin dan Merkuri  2. Nama Produk : Desha Night Cream (Moisturizer) Racun Berjadual yang dikesan : Tretinoin dan Merkuri  Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUALMerkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.Produk yang mengandungi tretinoin adalah ubat yang perlu […]

trending_flat

Situasi Semasa Demam Denggi Di Malaysia Minggu Epidemiologi 26 (23 Jun 2024 – 29 Jun 2024)

KUALA LUMPUR, 9 Julai 2024 (Bernama) -- Pada Minggu Epidemiologi ke-26 tahun 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,788 kes berbanding 2,438kes pada minggu sebelumnya. Terdapat lima (5) kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-26 tahun 2024.  Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-26 adalah sebanyak 75,263 kes berbanding 59,057 kes bagi tempoh sama tahun 2023. Manakala terdapat 60 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding  40 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023.  Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-26 adalah sebanyak 78 lokaliti berbanding 81 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. Dari 78 lokaliti yang dilaporkan, 61 lokaliti di Negeri Selangor, lima (5) lokaliti di Perak, empat (4) lokaliti di Kedah, tiga (3) lokaliti di Negeri Sembilan, dua (2) lokaliti di WPKL & Putrajaya, dua (2) lokaliti di Sarawak […]

trending_flat

Masjid Pertama di Pahang dinobatkan sebagai Masjid Hijau

~ Pencetus kepada pembentukan komuniti yang lebih peka terhadap kelestarian alam sekitar~TEMERLOH JAYA, 9 Julai 2024 (Bernama) -- Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah telah dinobatkan sebagai Masjid Hijau pertama di negeri Pahang di bawah program Rumah Ibadat Hijau (RIH) bersempena dengan Karnival Rumah Ibadat Hijau. Masjid ini bakal menjadi mercu tanda amalan mesra alam dan mempromosikan gaya hidup hijau yang mengurangkan pencemaran, terutamanya pelepasan gas rumah hijau. Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) menegaskan bahawa inisiatif di sebalik program RIH adalah untuk menggalakkan gaya hidup yang bukan sahaja memberi manfaat kepada bumi, tetapi juga meningkatkan kesihatan fizikal dan kesejahteraan hidup individu, seterusnya melahirkan masyarakat yang lebih produktif. Antara aktiviti menarik yang dijalankan semasa karnival ini adalah memanah, sepak takraw, larian keluarga ceria, pertandingan mewarna, kutip sampah sambil beriadah, pameran kelestarian alam, dan pameran kenderaan elektrik. Mempromosikan gaya hidup hijau […]

trending_flat

UM murnikan hubungan Malaysia-Timor Leste

KUNJUNGAN HORMAT DAN UCAP TAMA MENTERI DALAM NEGERI YB SENATOR DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL DI PROGRAM ANJURAN INPUMA-UMLEAD, 8 JULAI 2024 Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan dan Pusat Kepimpinan dan Pembangunan Profesional (INPUMA-UMLEAD) Universiti Malaya (UM) telah menerima kunjugan hormat daripada Menteri Dalam Negeri YB Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sewaktu penganjuran Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) Khas Timor Leste, pada 8 Julai 2024 di Hotel Wyndham Grand, Bangsar Kuala Lumpur. Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail Pada tahun ini, INPUMA UM telah diberi kepercayaan tinggi oleh Sekretariat MTCP, Kementerian Luar Negeri untuk mengemukakan dan berkongsi pengalaman polisi awam dan kempimpinan Malaysian dalam program bina upaya bertemakan tata kelola baik, reformasi institusi dan pembinaan maasa depan yang berdemokrasi. Penganjuran ini amat bertepatan dengan pendirian terbuka Malaysia yang menyokong permohonan keanggotaan Timor Leste untuk menyertai Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara […]

trending_flat

Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Malaysia 2021-2030 hala tuju industri buluh

KUALA LUMPUR, 9 Julai 2024 - Bagi memastikan industri buluh negara terus dipertingkatkan, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melalui Lembaga Industri Perkayuan Negara (MTIB) telah menyediakan Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Malaysia 2021-2030 sebagai hala tuju. Menurut Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani di sidang Dewan Rakyat hari ini, pelan tindakan itu memberi tumpuan kepada 5 teras strategik pembangunan iaitu: Pengukuhan Dasar dan Perluasan Sumber; Peningkatan Modal Insan, Kepakaran dan Kapasiti; Pengukuhan Inovasi, Teknologi dan R&D&C (Research, Development & Commercialization); Pemerkasaan Rantaian dan Jaminan Kualiti; dan Pengukuhan Strategi Pemasaran dan Perkongsian Pintar. "Di bawah Pelan ini juga, Kementerian menyasarkan pengembangan pasaran eksport dan penggunaan domestik buluh sehingga RM85 juta menjelang tahun 2030. Perdagangan eksport buluh dan produk berasaskan buluh pada tahun 2023 berjumlah RM20.1 juta berbanding pada tahun 2022 sebanyak RM13.7 juta. Ini menunjukkan peningkatan 47.2% daripada tahun sebelumnya. Produk buluh […]

trending_flat

Kerajaan Negeri hanya belanja 16 peratus kos Fan Bingbing

Oleh NURSALIAWATI SALBERI / MELAKA HARI INI SERI NEGERI 9 Julai – Kerajaan Negeri hanya membelanjakan 16 peratus atau RM77,850 bagi program promosi Duta Setiakawan Pelancongan Melaka, Fan Bingbing di Melaka. Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, baki perbelanjaan iaitu sebanyak 84 peratus atau RM420,497 ditaja oleh pihak swasta. Abdul Razak berkata, kos keseluruhan sepanjang tiga hari aktres antarabangsa dari China itu berada di Melaka adalah sebanyak RM498,347. “Sebagai makluman Kerajaan Negeri Melaka mengeluarkan kos sebanyak RM77,850 bagi membawa Fan Bingbing ke Melaka sebagai Duta Setiakawan, jumlah ini merangkumi kos promosi dan penganjuran program. “Manakala kos utama lain seperti tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan, ‘ground handling’ dan kos perkhidmatan profesional termasuk ‘projector mapping’ di Encore Melaka berjumlah RM420,497 bersamaan 84 peratus ditanggung sepenuhnya melalui penajaan syarikat swasta,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation