trending_flat

SEDA Malaysia Pemangkin Gaya Hidup Lestari Dan Kesejahteraan Rakyat

PUTRAJAYA, 1 Julai 2024 (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia optimis kelestarian alam dapat dicapai melalui langkah mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi.Malah Ketua Pegawai Eksekutif SEDA Malaysia, Dato’ Hamzah Hussin berkata, setiap lapisan masyarakat boleh menyumbang kepada pencapaian pembangunan Tenaga Lestari (TL) serta dapat menjimatkan kos elektrik mereka dengan menyertai pelbagai program TL yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan.SEDA Malaysia dipertanggungjawab untuk membangunkan industri TL negara melalui pelaksanaan mekanisme Tarif Galakan (Feed-in Tariff, FiT), Pemeteran Tenaga Bersih (Net Energy Metering, NEM) dan Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE). Pelaksanaan program-program ini selaras dengan komitmen Malaysia terhadap kelestarian alam sekitar dan komitmen mengurangkan sehingga 45% gas rumah kaca (GHG) menjelang 2030.Tambah beliau, inisiatif pemasangan sistem solar PV di atas bumbung kediaman yang dikenali sebagai NEM Rakyat telah diperkenalkan sejak tahun 2021. Program ini menawarkan kuota sebanyak 350 megawatt (MW) […]

trending_flat

Bantuan subsidi diesel disalurkan kepada masyarakat Orang Asli

PUTRAJAYA, 1 Julai 2024 - Susulan pengumuman pelaksanaan Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) memaklumkan bahawa bantuan subsidi bahan api diesel kepada masyarakat Orang Asli akan disalurkan bermula pada 30 Jun 2024 berdasarkan permohonan tuntutan mereka. Menurut JAKOA menerusi satu kenyataan hari ini, bagi memastikan tidak berlakunya ketirisan, JAKOA akan memperkemaskan proses permohonan melalui bantuan Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah (PKOAD) yang akan turun padang agar tiada keciciran berlaku dikalangan Orang Asli yang layak. "Bantuan ini akan membantu meringankan beban kos bahan api yang ditanggung oleh masyarakat Orang Asli dalam menjalankan aktiviti harian dan ekonomi mereka. Bantuan ini turut meliputi mereka yang tidak termasuk dalam kategori BUDI AgriKomoditi dan BUDI Individu. Mengambil kira kekangan dan rintangan masyarakat Orang Asli yang tinggal jauh di pedalaman, JAKOA akan memperhalusi mekanisma pembayaran bantuan serta menjadi agensi pemudahcara supaya […]

trending_flat

DOF Perak Labuh 12 Tukun Tiruan Tingkat Sumber Perikanan Negara

30 Jun 2024, LUMUT – Duli Yang Amat Mulia Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah D.K., D.K II (Johor)., D.K.A II., P.S.M., S.P.C.M., S.S.D.K, Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan berkenan berangkat melancarkan Program Melabuh Tukun Tiruan di Perairan Kepulauan Sembilan, Perak. Menurut Jabatan Perikanan (DOF), 12 unit tukun dasar lembut penghalang pukat tunda (TDL-AT) bernilai RM370,660.00 dilabuhkan bagi tujuan konservasi serta mengekang aktiviti penangkapan ikan menggunakan peralatan tidak mesra sumber di kawasan perairan pantai. DOF juga telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM 1.26 juta kepada negeri Perak bagi pembangunan dan pemantauan tukun tiruan sepanjang RMKe-11 hingga RMKe-12 (2019 hingga 2024). Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 47 unit tukun telah dilabuhkan di empat lokasi yang berbeza di perairan negeri Perak. "Pembangunan tukun tiruan di Malaysia adalah sebahagian usaha kerajaan melalui DOF bagi memulihara biodiversiti marin serta memastikan pengurusan sumber perikanan […]

trending_flat

Majlis AIDS Malaysia memohon sokongan media untuk menghapuskan prejudis terhadap Orang Yang Hidup dengan HIV

KUALA LUMPUR 26 Jun 2024  - Majlis AIDS Malaysia (MAC) menyeru para pengamal media tempatan untuk lebih sensitif terhadap sentimen negatif atau prejudis yang mendiskriminasikan Orang Yang Hidup dengan HIV di lapangan media. Seruan ini dibuat susulan daripada penerbitan artikel oleh sebuah akhbar tabloid terkemuka yang telah mendedahkan status HIV seorang wanita hamil yang sedang menjalani perbicaraan di mahkamah tanpa kerelaan beliau. Artikel yang diterbitkan pada 19 Jun 2024 itu telah menjadi buah mulut percakapan orang ramai serta tular di media sosial. Pendedahan status HIV wanita berkenaan -  yang dibuat dalam konteks perbicaraan kes jenayah yang sedang berlangsung pada ketika itu - secara tidak langsung telah membina konotasi negatif terhadap komuniti Orang Yang Hidup dengan HIV. Situasi ini dikhuatiri akan menggalakkan lagi stigma dan diskriminasi terhadap komuniti ini. “ MAC, yang mewakili suara lebih daripada 70,000 ODHA di seluruh negara, mendukung harapan […]

trending_flat

MPJ tangkap tujuh lembu terbiar

Oleh LIANA SAHABUDIN / MELAKA HARI INI SERKAM 27 Jun 2024 – Tujuh ekor lembu terbiar ditangkap menerusi Operasi Bersepadu Ternakan Terbiar dilaksanakan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), sekitar Serkam Darat, baru-baru ini. Operasi itu dilaksanakan Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan MPJ yang memfokuskan kawasan Taman Koperasi Serkam Darat. Yang Dipertua MPJ, Mohd Shaiful Hizam Johan berkata pihaknya giat melaksanakan operasi berkenaan ternakan terbiar berkeliaran di kawasan awam yang menimbulkan kacau ganggu. KAKITANGAN Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan MPJ yang terlibat melaksanakan operasi itu. “Ternakan terbiar ini boleh mengancam keselamatan orang ramai terutamanya pengguna jalan raya selain menimbulkan isu kebersihan. “Hasil operasi yang dijalankan kita berjaya menangkap tujuh ekor lembu terbiar di kawasan berkenaan,” katanya kepada Melaka Hari Ini. Mohd Shaiful Hizam berkata, MPJ akan terus melaksanakan operasi tersebut dari semasa ke semasa. “Saya minta kerjasama semua pemilik haiwan ternakan untuk memastikan ternakan […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Kepulauan Nicobar, Rantau India

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Kepulauan Nicobar, Rantau India pada jam  9:24 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 9:24 pagi, 26 Jun 2024Koordinat: 8.0° Utara 90.5° TimurLokasi: Kepulauan Nicobar, Rantau IndiaMagnitud: 5.7Jarak: 276km Barat Daya dari Car Nicobar,IndiaKedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Rantau Kepulauan Tanimbar, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Kepulauan Tanimbar, Indonesia pada jam 5:55 petang tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 5:55 petang, 24 Jun 2024Koordinat: 7.3° Selatan 130.2° TimurLokasi: Rantau Kepulauan Tanimbar, IndonesiaMagnitud: 5.7Jarak: 454km Tenggara dari Ambon,IndonesiaKedalaman: 105 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation