trending_flat

Hati-hati berkorban, jangan sampai terkorban

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiladha dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Salah satu ibadah yang paling penting dalam sambutan ini adalah ibadah korban, yang berlangsung dari 10 hingga 13 Zulhijjah. Ibadah ini bukan sahaja merupakan pengorbanan haiwan atau pesta daging segar semata-mata tetapi juga satu amalan yang mendalam maknanya bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT. Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Dalam perspektif hukum Islam, hukum asal dalam ibadat korban adalah sunat mu’akkad, iaitu sangat dituntut bagi orang yang berkemampuan, tetapi jika ditinggalkan tanpa sebarang uzur, hukumnya tidak berdosa. Dalam al-Quran, surah al-Kauthar ayat 2, Allah SWT telah berfirman: Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai tanda bersyukur). Jika disorot dalam sejarah Islam yang panjang, amalan korban berlaku sejak awal lagi ketika menyelesaikan konflik […]

trending_flat

Adakah Teknologi AI Memberikan Kebaikan atau Keburukan?

Oleh Nur Hidayah Binti Rahmat & Nuraimiza Dhaniyah Binti Abd Rahim Apakah itu teknologi AI? Teknologi AI dari Artificial Intelligence atau juga dikenali sebagai Kecerdasan Buatan. Teknologi ini merupakan kecerdasan yang dimiliki suatu sistem beraturcara atau mesin jentera yang mempunyai kesamaan dalam pemikiran manusia serta mampu melakukan tugas dan fungsi yang mirip seperti manusia. Teknologi AI cenderung digunakan secara khusus dalam tugas-tugas tertentu. Adakah teknologi AI ini mempunyai kesan yang lebih baik dalam bidang pendidikan ataupun sebaliknya? Hal ini dapat dibuktikan dengan penulisan akhbar yang mengkhususkan teknologi AI dalam bidang pendidikan serta membincangkan kebaikan dan keburukannya terhadap masa depan sistem pendidikan kita. Dalam era digital yang semakin berkembang pesat, teknologi kercerdasan buatan (AI) telah menjadi sebahagian penting dalam pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan. Penggunaan AI dalam sektor pendidikan menawarkan pelbagai kebaikan yang mampu meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran. Sebagai contoh, […]

trending_flat

TV ALHIJRAH Sajikan Program Istimewa Haji Dengan Tema Pengorbanan Suci Pembersihan Jiwa

Kempen Haji 1445H di stesen TV AlHijrah tahun ini dilancarkan dengan tema Pengorbanan Suci Pembersihan Jiwa. Kempen Haji 1445H yang akan berakhir pada 20 Jun 2024, membawakan kepada penonton 4 program terbaik buat santapan rohani. Program-program tersebut adalah Munajat Arafah, Peristiwa Haji, Assalamualaikum Istimewa Aidiladha dan Quran@114 Istimewa Aidiladha. Menurut Pemangku Pengurus Kanan Jabatan Pengurusan Kandungan, Zulkarnaen Mokhtar, kesemua program ini bermatlamat memberi informasi dan pandangan terkini berkaitan ibadah haji. Zulkarnaen Mokhtar, "Bersesuaian dengan tema Pengorbanan Suci Pembersihan Jiwa, kita mahu penonton untuk bersama-sama menghayati erti sebenar pengorbanan rohani Aidiladha yang menuntut umat Islam meneroka sejarahnya, mendalami definisi dan kisahnya serta mempelajari kepentingan bulan Zulhijah ini dalam pembentukan adab, akhlak dan sahsiah diri yang baik. "TV AlHijrah kali ini membawakan empat program istimewa. Munajat Arafah akan disiarkan selama 2 jam siaran pada 16 Jun 2024, bermula jam 5 petang hingga […]

trending_flat

‘Bike Week’ meriahkan TMM2024

Oleh NORAFIQAH JAMAL / MELAKA HARI INI AYER KEROH 15 Jun – Penganjuran Malaysia Bike Week Melaka 2024 antara usaha dilaksanakan bagi merancakkan lagi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024). Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Permotoran Malaysia (GP MOTO), Datuk Sulaiman Samia’an berkata, pihaknya terpanggil untuk menganjurkan program terbabit sebagai menyokong usaha Kerajaan Negeri Melaka menjayakan TMM 2024. Katanya, lebih 20,000 pemilik motosikal berkuasa tinggi dari seluruh negara berkampung di Melaka selama tiga hari sempena Malaysia Bike Week Melaka 2024, bermula semalam. “Program ini menghimpunkan motosikal pelbagai jenama yang diadakan sebagai usaha memeriahkan lagi sambutan TMM2024 yang sedang rancak berlangsung ketika ini. “Harapan kita adalah untuk menjadi elemen penting dalam TMM2024, keutamaan kita tahun ini adalah membantu serta menyokong Melaka. “Pelbagai inisiatif serta kaedah yang diwujudkan Kerajaan Negeri untuk TMM2024, jadi penganjuran Malaysia Bike Week Melaka 2024 juga merupakan inisiatif menarik kehadiran […]

trending_flat

Pelajar bantu usaha melestari kampus menjelang 2030

Seramai 50 orang pelajar ijazah sarjana muda Universiti Malaya (UM) terdiri daripada pelbagai latar belakang pengajian telah terpilih dalam program khas dalam membantu mengenal pasti dan menyelesaikan masalah berkaitan kelestarian di kampus. Ini merupakan sebahagian daripada projek tahun akhir yang wajib dilaksanakan oleh mereka. Pelajar-pelajar ini telah menerima geran khas di bawah penyelarasan Pusat Pembangunan Lestari Universiti Malaya (UMSDC) bernilai RM1,000 bagi membantu melaksanakan projek tahun akhir mereka di bawah program FYP@Sustainability. Tema penyelidikan projek tahun akhir adalah Matlamat Pembangunan Lestari Ke Arah Kampus Sifar Bersih yang Adil (Just Net-Zero). Dr. Fung Hon Ngen “Ini merupakan program julung kali diperkenalkan dimana pelajar ijazah sarjana muda bersama penyelia masing-masing diberi pendedahan dan peluang untuk memohon geran bagi membantu projek tahun akhir mereka. Isu kelestarian kampus menjadi titik fokus utama dalam program ini”, kata Dr. Fung Hon Ngen selaku ketua program khas […]

trending_flat

Hikmah Mengingati Kematian Dari Perspektif Islam

Oleh: 1Siti Jamilah Mohd Sukri dan 2Nadiah Mohd Noor Setiap insan yang bernyawa pasti akan menemui kematian dan bakal meninggalkan dunia yang fana ini tidak kira pangkat, status atau darjat yang dimiliki. Persoalannya, bersediakah kita untuk menghadapi saat-saat ini? Lebih-lebih lagi kematian merupakan rahsia Allah SWT yang tidak mempunyai amaran mahupun tanda sebelum ianya menjemput. Bagi umat Islam terutamanya, beriman dengan qadha' dan qadar adalah salah satu rukun iman yang wajib diimani. Salah satunya ialah kematian yang dirahsiakan oleh Allah SWT. Allah SWT merahsiakan kematian untuk menguji tahap keikhlasan seseorang individu dalam melaksanakan sesuatu amalan soleh sama ada dikerjakan semata-mata untuk mendapatkan keredhaanNya atau ada niat tersembunyi disebaliknya. Namun, tidak bermaksud bahawa seseorang Muslim tidak dibenarkan berniat untuk mengerjakan sesuatu pekerjaan demi mengubah nasib hidup atau mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Namun, alangkah beruntungnya, jika seseorang individu berniat untuk mendapatkan […]

trending_flat

Amalan Gaya Hidup Hayatan Toyyibah Dari Perspektif Islam

Oleh : 1Siti Jamilah Mohd Sukri & 2 Che Nurul Asyiqin Che Yusoff Kehidupan yang sejahtera, aman damai dan harmoni dalam kalangan masyarakat merupakan impian setiap insan yang mendambakan ketenangan dalam kehidupan. Disebalik ranjauan kehidupan yang semakin menekan, adakalanya manusia tercari-cari mekanisme terbaik untuk melepaskan segala tekanan yang terpaksa dipikul dari segi pekerjaan, hubungan kekeluargaan, rakan taulan dan dilema yang pelbagai. Malangnya, ada sesetengah tersalah memilih kaedah untuk mencari ketenangan, lebih-lebih lagi melalui cara yang bertentangan dengan etika moral secara umumnya. Masakan tidak, di bulan ramadhan yang mulia, masih ada segelintir umat Islam melakukan aktiviti-aktiviti yang mencemarkan imej seseorang Muslim. Sebagai contoh, ada segelintir pempengaruh media sosial merakam rakaman lagu bertemakan hari raya aidilftri seolah-olah menormalisasikan budaya transgender dalam kalangan masyarakat melalui pemakaian pakaian yang ketat dan mempamerkan lenggok badan yang tidak sopan. Siti Jamilah Mohd Sukri Che Nurul Asyiqin […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation