Wahai mahasiswa, sudah dimanfaatkankah kebebasan yang diberi oleh universiti?
Oleh: Dr. Abdul Muqit Muhammad Kebebasan akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat universiti. Tanpa kebebasan akademik, masyarakat universiti tidak akan mampu mencetuskan idea-idea baharu. Tanpa kebebasan akademik juga, masyarakat di sekitar universiti tidak akan menerima manfaat hasil kewujudan universiti. Dr. Abdul Muqit Muhammad Namun, selama puluhan tahun, masyarakat universiti di Malaysia, khususnya ahli akademik dan mahasiswa telah dibungkam dalam era kegelapan pasca pelaksanaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang mula diperkenalkan pada tahun 1971. Tidak dapat disangkal lagi, bahawa benarlah AUKU telah meninggalkan luka yang besar terhadap mahasiswa sehingga kesannya terlihat sehingga ke hari ini. Meskipun begitu, wajarkah beban kesalahan tersebut diletakkan sepenuhnya kepada AUKU? Meletakkan kesalahan sepenuhnya terhadap AUKU yang menyebabkan kesuraman daya fikir mahasiswa ialah pandangan yang terlalu dangkal dan bermudahan. Sedangkan AUKU tidak pernah dan tidak mampu menghalang mahasiswa dari berfikir dan berwacana, namun sejauh manakah […]