trending_flat

Gempa bumi sederhana di Mindanao, Filipina

Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Mindanao, Filipina pada jam  8:24 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 8:24 pagi, 29 Februari 2024Koordinat: 8.6° Utara 126.9° TimurLokasi: Mindanao, FilipinaMagnitud: 5.4Jarak: 72km Tenggara dari Gingoog City,FilipinaKedalaman: 87 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Sindiket ‘Ali Rohingya’ Tumpas

Jabatan Imgresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan satu lagi Sindiket Penyeludupan PATI dalam satu Operasi Khas pada 24 Februari 2024 di sekitar Kota Bharu, Kelantan. Operasi dilakukan oleh sepasukan 12 orang anggota dari Pasukan Taktikal Khas Imigresen (PASTAK) Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya serta JIM Kelantan. Operasi yang bermula pada jam 1.00 pagi adalah rentetan dari tangkapan ‘Geng Bob’ pada 3 Februari lalu. Menurut Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato’ Ruslin Jusoh dalam satu kenyataan hari ini, pasukan telah mengesan sebuah kenderaan dipercayai dipandu tekong darat sebelum berhenti di sebuah stesyen minyakberhampiran Wakaf Che Yeh. "Lanjutan itu, pasukan bertindak mengepung kenderaan suspek. Menyedari kenderaannya dihampiri oleh pihak berkuasa, suspek bertindak memecut kenderaan dan berlaku pelanggaran kecil dengan kenderaan pasukan operasi. Tindakan pantas anggota PASTAK berjaya menahan suspek yang dikenali sebagai Ali berketurunan etnik Rohingya dan dipercayai dalang […]

trending_flat

HASiL laksana Operasi Khas Lawatan Banci Bisnes “Ops Stardust Kuala Lumpur”

KUALA LUMPUR, 28 Februari (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) meneruskan usaha-usaha memperluas asas cukai dengan melaksanakan satu Operasi Khas Lawatan Banci Bisnes “Ops Stardust Kuala Lumpur”. Lawatan Banci Bisnes (LBB) ini berlangsung selama 2 hari bermula pada 26 Februari 2024 di sekitar Kuala Lumpur.  Operasi Lawatan Banci Bisnes ini adalah untuk mengenalpasti, mengumpul dan mengemaskini maklumat pemilik-pemilik perniagaan secara bersemuka oleh pegawai HASiL. Seramai lapan puluh (80) orang pegawai HASiL daripada Jabatan Perisikan dan Profiling (JPDP), WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka terlibat di dalam operasi kali ini. Di dalam majlis perasmian LBB tersebut, YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL berkata bahawa, strategi pematuhan yang menyeluruh merangkumi peringkat pengesanan, pengauditan, penyiasatan sehinggalah cukai sebenar dikutip hendaklah sentiasa dipatuhi, dilaksana dan ditambah baik agar selari dengan persekitaran dan cabaran semasa.   Selain […]

trending_flat

MY JALAN : KKR dan MOSTI jalin kerjasama, perluaskan adaptasi teknologi penyenggaraan infrastruktur jalan dan sektor pembinaan

KUALA LUMPUR, 28 Februari 2024 - Kementerian Kerja Raya (KKR) akan menjalinkan kerjasama strategik bersama National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) bagi memperluaskan adaptasi teknologi di dalam aspek penyenggaraan infrastruktur jalan dan sektor pembinaan. Menurut KKR menerusi satu siaran media, Program Sandbox itu akan menjadi platform bagi mengintegrasikan teknologi, kajian pembinaan dan penyelenggaraan jalan agar dapat dilaksanakan secara inklusif di seluruh negara. Program tersebut juga dapat memberi ruang dan peluang kepada pemain industri mengetengahkan inovasi dan teknologi mereka dalam ruang lingkup bidang kuasa KKR. Justeru, satu perjumpaan telah diadakan di antara Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, pengurusan tertinggi KKR serta agensi, dan pengurusan tertinggi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan agensinya, Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) di ibu pejabat KKR semalam. Pasukan MOSTI telah membentangkan inisiatif Sandbox dan pencapaian program terdahulu yang telah […]

trending_flat

Intervensi institusi masjid dalam menjamin kesihatan mental masyarakat Islam

Oleh: Prof. Madya Dr. Aizan Ali@Mat Zin Kehidupan di era kecerdasan buatan menyaksikan masyarakat aktif bermusafir dan melancong ke serata Negara bagi memenuhi pelbagai kehendak dan keperluan. Jika suatu ketika dahulu manusia bermusafir atas urusan kerja, perniagaan, pengajian, rekreasi dan ziarah menziarahi sesama insan, namun pada hari ini, ahli masyarakat bermusafir semata-mata mencari tempat makanan dan minuman yang diviralkan melalui media sosial. Jarak yang jauh bukan lagi isu dan kekangan dengan kemudahan lebuhraya dan kenderaan yang dipacu pantas menuju destinasi pilihan. Ia salah satu alternatif bagi masyarakat kini “healing” di hujung minggu. Prof. Madya Dr. Aizan Ali@Mat Zin Perkataan “healing” menitir di bibir masyarakat tidak kira bangsa, agama, peringkat umur dan jantina. Tanggungjawab dan bebanan tugas harian semakin bertambah saban hari telah menekan jiwa dan menjejaskan kesihatan mental masyarakat. Justeru, ia perlu ditangani secara individu dan kolektif. Setiap individu bertanggungjawab […]

trending_flat

Jadikan sifat malu sebagai benteng kerosakan akhlak

Oleh: Dr. Sharifah Basirah Syed Muhsin Kehidupan era moden sememangnya banyak memberi kemudahan dalam menguruskan kehidupan manusia. Namun, arus kemodenan ini disalah guna sehingga boleh membawa manusia leka ke arah mengejar dan mengutamakan keseronokan serta kesenangan kehidupan sehingga terdapat golongan yang mementingkan tuntutan material dan sanggup mengabaikan maruah dan melanggar perintah Allah SWT. Allah SWT telah memuliakan manusia dengan keindahan rupa dan akal sehingga mereka mengetahui pelbagai kepakaran, bahasa serta dikurniakan pemikiran yang baik dalam mencari penghidupan dan mengeksploitasi segala yang ada di bumi. Dr. Sharifah Basirah Syed Muhsin Kemuliaan manusia yang disebutkan ini adalah akal fikiran supaya manusia bukan sahaja mampu berfikir tentang sesuatu perkara malah dapat membezakan antara yang hak dan batil. Keistimewaan yang dikurniakan ini sewajarnya digunakan ke arah kebaikan iaitu dengan mematuhi perintah dan meninggalkan larangan Allah SWT. Namun akhir zaman ini, kebanyakan manusia lebih mengikut […]

trending_flat

ikhlas.com anjur agihan fidyah terbesar di Perlis

KUALA LUMPUR, 26 Februari 2024 – Platform gaya hidup mesra Muslim Capital A, Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) membuat pengagihan fidyah terbesar dengan sejumlah 1,000 kampit beras fidyah kepada para penerima di sekitar Perlis. Buat julung-julung kalinya, ikhlas.com bekerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam usaha mengenal pasti para penerima yang layak dan mengagihkan kutipan dana IKHLAS Fidyah dengan telus dan efisyen. Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata, “Sempena kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi, ikhlas.com amat bersyukur kerana dapat meneruskan komitmen kepada komuniti Islam dengan mengagihkan kutipan IKHLAS Fidyah 1444H dalam bentuk 1,000 kampit beras kepada penerima yang berhak di Perlis.” Beliau berkata demikian pada Majlis Pengagihan IKHLAS Fidyah yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor. Agihan beras fidyah tersebut melibatkan beberapa lokasi bermula di bangunan MAIPs, […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation