MASA DEPAN KERJAYA MAHASISWA: MENERAPKAN KEPENTINGAN UPSKILLING DAN RESKILLING DALAM ERA DIGITAL
oleh: Nik Amalena Najebah Nik Azman, Pensyarah dari Universiti Tenaga Nasional. Dalam era digital yang serba pantas, pasaran kerja global mengalami perubahan yang drastik. Teknologi seperti automasi, kecerdasan buatan (AI), dan Internet of Things (IoT) telah mengubah keperluan kemahiran dalam pelbagai industri. Bagi mahasiswa yang bakal menghadapi alam pekerjaan, perubahan ini menuntut mereka untuk bersedia bukan sahaja dengan kemahiran asas dalam bidang pengajian khusus mereka, tetapi juga dengan kemahiran tambahan yang relevan untuk kekal kompetitif di pasaran kerja. Upskilling (peningkatan kemahiran) dan Reskilling (pemahiran semula) telah menjadi strategi penting dalam memastikan mahasiswa dapat menyesuaikan diri dengan cabaran ini dan berjaya dalam kerjaya mereka. Apa itu Upskilling dan Reskilling? Upskilling (peningkatan kemahiran) merujuk kepada proses meningkatkan kemahiran sedia ada untuk memenuhi keperluan baru akibat perkembangan teknologi atau perubahan dalam bidang pekerjaan. Sebagai contoh, mahasiswa dalam bidang perakaunan mungkin perlu menguasai perisian […]