trending_flat

Armizan hadir saksikan LoU diantara MyIPO dan WIPO di Geneva, Switzerland

GENEVA, 13 September 2024 – Malaysia secara rasminya menyertai pangkalan data ‘WIPO Alert Data Sharing Platform’ yang dikendalikan oleh Pertubuhan Harta Intelek Dunia (World Intellectual Property Organization (WIPO), sebuah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UN). Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, penyertaan negara menandakan satu langkah penting ke arah memperkasakan penguatkuasaan harta intelek negara dalam era digital. Kredit Foto : UKK KPDN "Sebagai tanda komitmen Malaysia terhadap usaha ini, hari ini saya hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Surat Persefahaman (LoU) diantara Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan WIPO bertempat di ibu pejabat WIPO di Geneva, Switzerland. Dengan penyertaan ini, Malaysia kini berada di barisan hadapan bersama 14 negara lain yang telah menyertai platform ini." kata Armizan. WIPO Alert merupakan satu platform dalam talian yang dibangunkan oleh WIPO untuk membantu agensi penguatkuasaan memuat […]

trending_flat

KPKT memudah Tatakelola Prosedur Permohonan Pemajuan Kilang Tanaman (Plant Factory) bagi menyokong Ekosistem Industri Tanaman Keterjaminan Makanan Negara

SELANGOR, 12 September 2024 – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming telah menyempurnakan Pelancaran Garis Panduan Perancangan Kilang Tanaman ‘Plant Factory’ (GPP KiTa) di Laman Sayur MARDI bersempena MAHA 2024, Serdang, Selangor. Kredit Foto: KPKT Menurut KPKT, GPP Kilang Tanaman (GPP KiTA) itu merupakan salah satu ikhtiar dan usaha KPKT di bawah aspek tatakelola untuk menyeragam serta memudah cara proses permohonan dan kelulusan perancangan bagi menyokong `ease of doing business’ sama ada di pihak pengusaha, atau pihak berkuasa untuk melengkapi keseluruhan ekosistem industri tanaman makanan negara. Kredit Foto: KPKT “GPP KiTa telah diangkat dan dipersetujui Jemaah Menteri melalui Memorandum Jemaah Menteri pada 20 Jun 2024 dan Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-83 yang telah bersidang pada 10 September 2024. GPP ini telah disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan […]

trending_flat

Reformasi Perkhidmatan Awam

Oleh : Muhammad Faisal Abdul Aziz Dalam amanat Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar @shamsulazribakr, kelmarin beliau menegaskan cabaran yang dihadapi adalah isu integriti - kewujudan 'Napoleon Kecil', karenah birokrasi, dan mentaliti silo kerana rasa 'berkuasa & superior' yang menjadi hambatan kepada usaha menuju reformasi. Beliau turut menggariskan agenda BKR - Bidang Keberhasilan Reformasi. Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar. Kredit Foto Halaman X KSN Ia membabitkan penghayatan Nilai & Tatakelola, Pembangunan Modal Insan, Pembangunan Organisasi, Penyampaian Perkhidmatan & Memperkasa Sinergi Awam & Swasta. Bagi kita reformasi perkhidmatan awam ini amat penting kerana mereka adalah nadi kepada pelaksanaan agenda Reformasi. Berbaki tempoh 3 tahun ini, kita mahu melihat hasil penting jangka pendek dari BKR ini. Tiada lagi struktur Napoleon Kecil, perasaan segolongan 'lebih superior' sebaliknya dasar dan pelaksanaannya harus bersifat inklusif dan kebersamaan […]

trending_flat

Legasi Z Agro Jalin Kerjasama Strategik dengan Empat Pihak di MAHA 2024

Serdang, 11 September 2024 – Sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024, Legasi Z Agro Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dan Surat Hasrat (LOI) dengan empat pihak bagi memperkukuhkan komitmen mereka dalam pembangunan sektor pertanian negara. Majlis pertukaran dokumen tersebut disaksikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup pada Rabu. Ketua Pegawai Operasi Legasi Z Agro, Azahar Shahimi berkata kerjasama tersebut melibatkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka, Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor, Madunia Sri Berkat, dan Komuniti Intervensi Dadah (DiC) Malaysia. "Fokus utama inisiatif ini adalah untuk meningkatkan penyelidikan, pembangunan teknologi pertanian, serta memperkukuhkan pendidikan dan latihan industri dalam kalangan pelajar serta komuniti terlibat,"ujarnya. Legasi Z Agro Sdn Bhd merupakan syarikat pembangunan pertanian berteknologi tinggi yang terletak di Simpang Pelangai, Bentong, Pahang. Legasi Z Agro merupakan anak syarikat Kumpulan Legasi Z Sufi yang […]

trending_flat

Zurich Malaysia Terima Pengiktirafan untuk InovasiDigital dan Inisiatif Mengutamakan Pelanggan

Rai kejayaan berganda dengan merangkul enam anugerah berprestij [Dari Kiri ke Kanan] Daniel Gan, Ketua Kecemerlangan Operasi dan Fungsi, Harta & Kemalangan,Chin Yin Kang, Ketua Pengalaman Pelanggan, Hayat & Takaful Keluarga dan Hasfa Reny Hamid,Pengurus Projek, Pemasaran Jenama & Komunikasi KUALA LUMPUR, 11 September 2024 – Zurich Malaysia telah meraih pengiktirafan melalui enamanugerah berprestij di ‘Insurance Asia News Awards’ dan ‘Asia Insurance Awards’, sekaligusmembuktikan komitmen syarikat terhadap inovasi digital serta inisiatif yang mengutamakanpelanggan. Penghargaan ini menyerlahkan kepimpinan Zurich Malaysia dalam sektor insurans dantakaful. Meraikan kecemerlangan di Insurance Asia News AwardsZurich Malaysia dinobatkan sebagai ‘Best Life Insurer’, bukti dedikasinya dalam menyediakanpenyelesaian insurans hayat dan takaful keluarga yang terbaik. Fokus syarikat terhadapkemampanan, penglibatan komuniti, dan penawaran produk yang inovatif telah menjadikannyaberbeza. Di bawah kepimpinan Junior Cho, Ketua Pegawai Eksekutif Negara/Ketua Zurich Malaysia,syarikat itu telah mengutamakan keperluan pelanggan dan transformasi digital. Junior melahirkanpenghargaannya […]

trending_flat

Laporan baharu daripada Access to Medicine Foundation mendedahkan cara usaha capaian syarikat farmasi yang memfokuskan pesakit

AMSTERDAM, Sept. 10, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Laporan terbaharu daripada Access to Medical Foundation mengambil kira buat pertama kali isu kritikal mengenai cara beberapa syarikat farmaseutikal terbesar menjangkau pesakit di seluruh dunia, terutamanya di negara berpendapatan rendah dan sederhana (LMIC). Menjelang Indeks Akses kepada Perubatan 2024, Yayasan meneliti komitmen jangkauan pesakit dan pendekatan pengukuran 20 syarikat yang akan disenaraikan dalam Indeks yang akan datang pada bulan November. Analisis tersebut mengenal pasti 42 pendekatan yang unik untuk mengukur jangkauan pesakit, masing-masing dengan pelbagai tahap komprehensif. Syarikat seperti AstraZeneca, Novartis dan Roche menerajui jalan dengan pendekatan yang lebih bernuansa yang melangkaui sekadar menjejaki jualan dan dengan itu memperbaikkan ketepatan pengiraan jangkauan pesakit mereka. Laporan itu juga menekankan bahawa walaupun banyak syarikat telah menetapkan matlamat yang bercita-cita tinggi untuk mencapai lebih ramai pesakit dalam LMIC, komitmen ini boleh mendapat manfaat daripada penghalusan selanjutnya […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Kepulauan Talaud, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Kepulauan Talaud, Indonesia pada jam 5:01 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut   Waktu Kejadian: 5:01 pagi, 10 September 2024Koordinat: 4.3° Utara 126.8° TimurLokasi: Kepulauan Talaud, IndonesiaMagnitud: 5.6Jarak: 35km Timur Laut dari Pulau Talaud,IndonesiaKedalaman: 43 km Maklumat ini merupakan maklumat akhir yang dikeluarkan oleh MET Malaysia berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation