Vaksin Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection diberi kelulusan bersyarat sebagai Dos Penggalak kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun

5 JANUARI 2023 - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-380 yang bersidang semalam telah memberi kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin COVID-19 iaitu Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection (nombor pendaftaran MAL22016037AZ; pengilang Pfizer Manufacturing Belgium NV, Belgium dan BioNTech Manufacturing GmbH, Germany) sebagai dos penggalak (booster dose) kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun sekurang-kurangnya selepas enam (6) bulan daripada penerimaan dos primer vaksin Comirnaty. Menurut Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, kelulusan pendaftaran bersyarat itu masih memerlukan pemantauan dan penilaian berterusan terhadap maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. "Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi vaksin tersebut kekal positif. KKM sentiasa komited untuk mempertingkatkan akses rakyat kepada produk vaksin bagi tujuan pencegahan penularan […]

trending_flat

COVID-19 : Rakyat disarankan segera dapatkan dos vaksin penggalak

30 DISEMBER 2022 - Melihat kepada situasi dan perkembangan terkini di negara China, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan kepada semua penduduk di negara ini supaya dapatkan dos vaksin penggalak. Dalam satu ciapan di Twitter rasmi beliau, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata walaupun kes baharu terkini dalam negara masih terkawal dan menurun, rakyat perlu mengambil tindakan bersiapsiaga. "Untuk makluman semua terkini liputan vaksinasi Covid-19 bagi populasi Malaysia untuk dos penggalak pertama hanya 49.8% dan dos penggalak kedua pula amat rendah iaitu 1.9%. Untuk kita tingkatkan pertahanan immunity badan, sila dapatkan dos penggalak." kata Dr. Noor Hisham Abdullah. Selanjutnya beliau turut berkongsi cara-cara mendapatkan temujanji bagi dos vaksin seperti di bawah : Individuals eligible for COVID-19 booster vaccine can book for a vaccination slot at their preferred place, day and time at their convenience. […]

trending_flat

COVID-19 : Jumlah kes sembuh sebanyak 2,643

23 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM NOW, jumlah kes baharu COVID-19 setakat 22 November 2022, 11:59 pm adalah sebanyak 2,513 kes tempatan dan 3 kes import. Jumlah kematian (termasuk BID) adalah sebanyak 11 kes. Manakala jumlah kes sembuh setakat 22 November 2022, 11:59 pm adalah sebanyak 2,643. Dalam pada itu setakat 22 November 2022, 11:59 pm seramai 16,261,717 penduduk di Malaysia telah mendapatkan keseluruhan dos vaksin dan juga dos penggalak pertama.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation