trending_flat

PPZ-MAIWP & FGV Holdings Berhad Perkasa Ibadah Zakat Melalui Program Kemasyarakatan

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2024 (Bernama) - Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama FGV Holdings Berhad (FGV) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan majlis pelancaran FGV Seikhlas Hati di Masjid Wilayah Persekutuan. FGV Seikhlas Hati merupakan salah satu usaha FGV untuk bersama-sama dengan agensi agama khususnya agensi zakat dalam menyantuni para asnaf sejajar dengan seruan kerajaan dalam membasmi kemiskinan dan meringankan beban kewangan. FGV merupakan antara pembayar zakat perniagaan terbesar bagi syarikat senaraian awam bumiputera untuk beberapa tahun yang lepas, termasuklah zakat perniagaan yang dibuat di negeri – negeri di mana kumpulan FGV bertapak, termasuklah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebagai syarikat korporat yang prihatin, FGV komited dalam menunaikan kewajipan berzakat demi memenuhi tuntutan agama. Pada tahun 2023, Kumpulan FGV telah membuat pembayaran Zakat Perniagaan kepada 14 buah negeri di Malaysia dengan jumlah keseluruhan sebanyak […]

trending_flat

OCBC Bank sempurnakan kerja naik taraf RM39,520 kepada PIBG SK Binyu Padawan, Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN, 16 Mac 2024 - Seramai 86 pelajar dan 11 guru sekolah luar bandar SK Binyu Padawan di Kota Samarahan kini mempunyai persekitaran lebih selesa untuk belajar dan melakukan aktiviti berkat sumbangan RM39,520 daripada OCBC Bank (Malaysia) Berhad (0CBC Bank) menerusi cawangan Kuching, yang membolehkan kerja-kerja naik taraf dewan sekolah dilaksanakan. Pada tahun lepas, sekolah yang dibina pada 1967, ini telah memohon bantuan kewangan daripada OCBC Bank untuk menaik taraf dewan utamanya untuk mewujudkan persekitaran yang lebih mesra dan sesuai untuk melakukan aktiviti perkembangan pelajar. Dengan bantuan OCBC Bank, dewan utama, yang digunakan untuk perhimpunan dan aktiviti sukan, menjalani kerja pengubahsuaian selama 2 bulan, dan kini mempunyai jubin lantai dan bumbung logam yang sempurna, dan sudah tentu jauh lebih selamat bagi pelajar dan guru. Menurut Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG,) Encik Abdul Shukur Bin Mohd Jusa, dewan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation