trending_flat

Menilai kewajaran Malaysia tolak tawaran anjur Sukan Komanwel 2026

Oleh: Dr Mohd Zaidi Md Zabri Rentetan penarikan diri Victoria, Australia sebagai tuan rumah Sukan Komanwel (SUKOM) 2026, Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) telah mengutuskan delegasi rasmi pada 5 Februari lalu dan menawarkan peluang kepada Malaysia menggantikan Victoria sebagai penganjur temasya sukan kedua terbesar selepas sukan Olimpik. Dr Mohd Zaidi Md Zabri Presiden Persatuan Sukan Komanwel Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menyifatkan berita penawaran untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 sebagai “peluang sekali dalam seumur hidup.” Namun, pada 22 Mac 2024, Kerajaan Malaysia secara rasminya telah memutuskan untuk menolak tawaran menganjurkan SUKOM 2026 setelah meneliti semua aspek dan implikasi. Kendatipun begitu, kita sememangnya tidak boleh menafikan romantisisme dan daya tarikan penganjuran SUKOM yang menawarkan peluang untuk kembali menyinar di pentas global seperti yang pernah kita kecapi hampir 3 dekad dahulu. Walau bagaimanapun, peluang sebegini memerlukan penilaian tuntas ketimbang impak […]

trending_flat

Projek MySaveFood : 129.3 kilogram makanan dan 104.0 kilogram minuman berjaya dikumpulkan dari Bazar Ramadan Taman Kerang

KUANTAN 27 Mac 2024 - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Fuziah Salleh telah mengadakan sesi walkabout di Bazar Ramadan RAHMAH Mahkota Square (Taman Kerang), Kuantan, Pahang sekali gus melancarkan Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) Peringkat Negeri Pahang Tahun 2024 semalam. Program BRR merupakan salah satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah Program Payung RAHMAH MADANI untuk menggalakkan para peniaga BRR menawarkan Menu RAHMAH sebagai usaha mengurangkan beban kos sara hidup sepanjang bulan Ramadan ini. Timbalan Menteri turut melancarkan Program MySaveFood 2024 Peringkat Negeri Pahang. Program MySaveFood Ramadan merupakan satu inisiatif pengurusan sisa makanan Food Waste Management di bazar Ramadan secara berstrategi melalui usaha menyelamatkan lebihan makanan dan minuman (yang selamat dimakan/diminum) yang tidak berjaya dijual oleh peniaga bazar. Program tersebut merupakan kerjasama strategik KPDN Pahang bersama Pertubuhan Pemuda GEMA Negeri […]

trending_flat

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 - Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (atau SARA) sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying ketika menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat hari ini, penambahbaikan SARA untuk tahun 2024 termasuklah: (i) Pertama, memperluas penerima yang layak untuk SARA merangkumi golongan miskin dan miskin tegar, berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar; (ii) Kedua, meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah SARA kepada 1,200 ringgit berbanding 600 ringgit pada tahun 2023. Manakala, kadar untuk golongan bujang kekal 600 ringgit; dan (iii) Ketiga, penggunaan kredit program SARA diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan. "Dengan penambahbaikan tersebut, program SARA tahun 2024 akan memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan […]

trending_flat

Sesi Walkabout PM ke Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Taman Perpaduan, Perak

IPOH, 25 Mac 2024 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Puan Hajah Fuziah Salleh telah mengadakan sesi walkabout di Bazar Ramadan RAHMAH Taman Perpaduan, Tambun, Perak sekaligus melancarkan Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) Peringkat Negeri Perak Tahun 2024. Program BRR tersebut merupakan salah satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam usaha mengurangkan kos sara hidup rakyat melalui penyediaan pilihan hidangan untuk berbuka puasa pada harga murah dan berpatutan. "Bagi penganjuran peringat Negeri Perak, sebanyak 4 lokasi tumpuan orang ramai telah dipilih sebagai BRR pada tahun ini iaitu BRR Taman Cempaka Ipoh, BRR Taman Perpaduan Tambun, BRR Taman Silibin Ipoh dan BRR Stadium Majlis Perbandaran Manjung. Antara kriteria pelaksanaan Program BRR adalah 40% daripada peniaga Bazar Ramadan perlu menawarkan Menu RAHMAH, lokasi tumpuan komuniti setempat […]

trending_flat

PADU : Elakkan pendaftaran di saat terakhir

PUTRAJAYA, 25 Mac 2024 - Pangkalan Data Utama (PADU) telah menyaksikan peningkatan yang mendadak dalam kadar pendaftaran sepanjang minggu lalu. Setakat 11:59 malam pada 24 Mac 2024, bilangan pendaftaran meningkat kepada 7.7 juta, daripada 5.4 juta yang direkodkan pada 17 Mac 2024. "Daripada jumlah pendaftaran terkini, kadar pendaftaran dalam kalangan individu berumur 18 tahun ke atas telah mencecah 35.1%. Kami optimis bahawa angka ini akan terus meningkat, berpotensi mencapai atau bahkan melebihi 50% menjelang tarikh akhir yang akan datang pada 31 Mac 2024." kata Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Raml dalam satu kenyataan hari ini. Tambah Rafizi, orang ramai digalakkan untuk tidak menunggu hingga saat akhir untuk mendaftar. "Dengan tarikh tutup yang semakin hampir, kami menjangkakan pendaftaran harian akan terus meningkat dengan ketara. Daftar dan kemaskini data anda ke dalam PADU sebelum 31 Mac 2024 untuk mengelakkan risiko keciciran berterusan." kata […]

trending_flat

Zahrah impi karier sebagai pakar hartanah yang menyantuni komuniti

Wanita berusia 25 tahun ini baru sahaja mendaftarkan diri ke dalam jurusan Sarjana Muda Sains Harta Tanah pada bulan Oktober 2023. Walaupun mungkin kelihatan agak lewat, dan berusia, jika dibandingkan dengan rakan-rakan sekuliah yang lain, namun itu bukan menjadi penghalang anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini untuk melanjutkan pengajiannya demi mengejar cita-citanya sebagai pakar hartanah satu masa nanti. “Sejak diperkenalkan kepada bidang hartanah ini oleh bapa saya, saya tidak menoleh ke belakang lagi. Inilah kerjaya yang mampu menggilap dan menyerlahkan potensi diri saya yang sebenar untuk menjadi seorang yang bukan sahaja berjaya dari segi individu, tetapi juga menjadi manfaat kepada komuniti,” terang Fatimatul Zahrah Mohd Zainal memulakan perbualan. Anak bongsu dari 7 orang adik-beradik ini yang mesra disapa sebagai Zahrah, asalnya bercita-cita menjadi seorang peguam. Namun setelah mula menceburi bidang hartanah secara sambilan ketika berusia 19 tahun, dan berjaya menerima […]

trending_flat

Kad MySiswa dokong Agenda Pemerkasaan Mahasiswa

PERLIS 23 Mac 2024 - Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, telah meluncurkan inisiatif Kad MySiswa secara rasmi bersempena Majlis Semarak Ramadan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) @UniMAP yang turut disertai hampir 2,000 mahasiswa di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Kad MySiswa (yang dulunya Kad Prihatin Siswa) merupakan inisiatif bersepadu KPT bersama RHB Islamic Bank Berhad (selaku rakan strategik pelaksana) sebagai komitmen dalam mendukung Agenda Pemerkasaan Mahasiswa yang turut berpotensi memartabatkan gaya hidup mereka. "Pelaksanaannya bermula Mac 2023 lalu telah memanfaatkan hampir 550,000 orang mahasiswa di kesemua 20 buah Universiti Awam (UA) seluruh negara. Cetusan idea Kad MySiswa ini telah diusulkan sendiri oleh Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada tahun 2020 lalu dan KPT melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) menyambut hasrat tersebut sebagai refleksi bahawa Kerajaan sentiasa peka serta memahami denyut nadi golongan mahasiswa." kata KPT dalam satu […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation