trending_flat

PMX umum subsidi tambahan RM400 juta tangani isu harga beras

Kerajaan akan menyalurkan subsidi tambahan berjumlah hampir RM400 juta dalam rangka memastikan harga beras tempatan tidak meningkat dan bekalannya mencukupi untuk keperluan rakyat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan subsidi tambahan ini akan digunakan bagi menampung keperluan agensi dan jabatan kerajaan seperti kem tentera, polis dan asrama sekolah yang menggunakan beras dalam jumlah yang besar. “Diberitahu Kementerian Kewangan kepada ‘central contract’ supaya beli hanya beras import jangan beli beras tempatan untuk kem tentera polis dan jabatan kerajaan, asrama sekolah bagi mengurangkan tekanan keperluan beras dalam kalangan rakyat,” kata beliau. Ini bermakna, sehingga lima peratus bekalan beras tempatan yang digunakan oleh agensi kerajaan akan dipulangkan kepada pasaran umum. “Beras tempatan tak cukup disebabkan harga beras import naik, ada hotel pun sudah pakai beras tempatan. Lima peratus penggunaan ini (oleh premis kerajaan), kita beri subsidi beli beras import supaya lima […]

trending_flat

SPT dilancarkan secara rasmi

KUALA LUMPUR, 29 September 2023 – Sejajar dengan kempen MYJalan yang antara lain dilaksanakan bagi memberi kemudahan kepada pengguna jalan raya, sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, hari ini bertempat di Plaza Tol Loke Yew, Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA). Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR), SPT merupakan inisiatif Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuh Raya ke arah memberi kemudahan kepada pengguna lebuh raya membuat bayaran tol menggunakan kad debit, kad kredit dan kad prabayar yang mempunyai logo MyDebit, Visa atauMastercard, sekaligus memberi alternatif baharu kepada kaedah pembayaran tol sedia ada menggunakan kad Touch ‘n Go, Smart Tag dan Radio Frequency Identification (RFID). "Lorong SPT telah dibuka kepada pengguna semasa Ujian Rintis Awam secara berperingkat di lebuh raya – lebuh raya terpilih […]

trending_flat

Majlis Perasmian dan Pelancaran Cashless Pusat Peranginan Tanah Tinggi Pertama, Bukit Fraser

PAHANG 21 September 2023 – Kerajaan Negeri Pahang melalui Tourism Pahang dengan kerjasama Bank Negara Malaysia Kuala Terengganu (Wilayah Pantai Timur) dan Maybank Cawangan Kuantan telah mengadakan Majlis Perasmian dan Pelancaran Cashless Pusat Peranginan Tanah Tinggi Pertama, Bukit Fraser di Dewan Komplek Sukan Bukit Fraser, Raub pada petang semalam. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Cik Leong Yu Man. Menurut Tourism Pahang, Kerajaan Negeri akan sentiasa mengorak langkah bersama-sama pihak institusi-institusi perbankan dan pengeluar wang elektronik bukan bank bagi memastikan Negeri Pahang menjadi negeri pintar melalui penggunaan transaksi digital bagi semua urusan pembayaran. "Penganjuran inisiatif seperti ini amat membantu memperluaskan aktiviti ekonomi peniaga mahupan orang awam melaluiplatform berteknologi tinggi serta pembayaran tanpa tunai bagimengurangkan jurang digital di kalangan bandar. Usaha ini juga memerlukan perancangan rapi serta penglibatan setiap jabatan dan agensi untuk merangka dan […]

trending_flat

Armizan turun padang tinjau harga beras dan barangan keperluan

GOMBAK 19 September 2023 - Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali telah melakukan pemeriksaan di Pasar Raya Sri Ternak, Selayang dan Pasar Raya NSK Selayang, Batu Caves, Selangor semalam. Turut hadir dalam pemantauan yang dilakukan ini adalah pengurusan tertinggi Kementerian, Bahagian Penguat kuasa (BPGK) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Penguat kuasa Kawalselia Padi dan Beras (KPB), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Menurut Armizan, tinjauan pemeriksaan tersebut dilakukan adalah bagi melihat sendiri situasi semasa yang berlaku di lapangan berhubung kedudukan bekalan dan harga beras dan barangan keperluan harian yang lain termasuk gula, minyak masak, tepung gandum dan sebagainya. "Bermula 7 Julai 2023, KPDN dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah melancarkan Kolaborasi Bersepadu OPS JAMIN bagi memastikan pengguna sentiasa mendapat keterjaminan bekalan beras yang mencukupi dengan harga […]

trending_flat

Manfaatkan RCEPP dan transaksi bilateral LCT untuk kukuhkan ringgit

Oleh: Dr. Adilah A. Wahab Ringgit didapati menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga hari ini. Penyusutan ini adalah sejajar dengan mata wang serantau seperti Indonesia Rupiah (IDR) dan Thailand Baht (THB) yang juga menunjukkan tren penyusutan berbanding dolar AS. Dr. Adilah A. Wahab Untuk rekod, Ringgit telah menyusut berbanding dolar AS iaitu 4.6300/AS pada 1 September 2023 daripada 4.5200/AS pada 1 Ogos 2023. Penyusutan Ringgit ini selari dengan penyusutan IDR yang menunjukkan 15,224.75/AS pada 1 September 2023 daripada 15,139.50/AS pada 1 Ogos 2023. Para penganalisis ekonomi menyatakan faktor utama yang menyebabkan penyusutan mata wang Ringgit, Rupiah dan negara serantau disebabkan bank pusat AS yang menaikkan kadar faedah AS untuk jangka masa yang agak lama untuk menstabilkan kadar inflasi mereka. Pengerusi Rizab Persekutuan AS memberi amaran kepada negara Asia kerana bekemungkinan mereka akan menaikkan kadar faedah AS […]

trending_flat

Literasi kewangan pelajar penentu keberhasilan Belanjawan MADANI

Oleh: Dr. Adilah A. Wahab Pada Februari lalu, Perdana Menteri (PMX) yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia MADANI. Untuk tahun 2023, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diperuntukkan RM15.3 bilion berbanding RM14.5 bilion tahun sebelumnya. Dr. Adilah A. Wahab Antara inisiatif yang terkandung dalam Belanjawan 2023 Malaysia MADANI khusus untuk pelajar di institusi tinggi adalah (1) RM6.6 bilion untuk pinjaman pendidikan dan kemudahan melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA), Yayasan Peneraju, dan Universiti Teknologi MARA (UiTM); (2) peruntukan sebanyak RM6.7 bilion untuk memperkasakan inisiatif Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET); dan (3) diskaun 20 peratus untuk bayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 1 Mac hingga 31 Mei tahun ini. Namun, inisiatif-inisiatif yang terkandung di dalam Belanjawan 2023 Malaysia MADANI ini mungkin hanya dapat di manfaatkan majoritinya oleh pelajar yang celik kewangan. Pelajar […]

trending_flat

Anwar bertemu wakil CCC dan Huawei

NANNING, 17 September 2023 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah menerima kunjungan hormat pegawai-pegawai kanan daripada dua buah syarikat gergasi China iaitu China Communications Construction Group (CCCC) dan Huawei Technologies Co. Ltd. (Huawei). Menurut Anwar menerusi satu catatatan di halaman X beliau, rombongan CCCC diketuai oleh Pengerusinya, Encik Wang Tongzhou manakala dalam sesi berikutnya pula, rombongan Huawei diketuai oleh Timbalan Pengerusi Lembaga Penyeliaannya, Encik Li jie. Katanya lagi, kedua-dua buah syarikat memaklumkan keyakinan mereka ke atas kedudukan semasa ekonomi negara dan arah tuju yang ingin dibawa oleh Kerajaan Perpaduan. "Justeru, mereka berhasrat untuk terus berada di Malaysia dan komited menyokong projek-projek mega yang direncana Kerajaan. Komitmen ini khususnya melibatkan projek-projek infrastruktur jaringan pengangkutan darat, pembangunan ekonomi digital dan sektor tenaga boleh diperbaharui. " kata Anwar. Di dalam pertemuan tersebut, Anwar menyentuh kepentingan penglibatan syarikat tempatan, perpindahan teknologi dan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation