trending_flat

Ibadat korban instrumen keterjaminan makanan umat Islam

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Pandemik COVID-19 telah meninggalkan pelbagai pengalaman dan pengajaran. Di antaranya adalah isu berkaitan dengan keterjaminan makanan. Banyak pihak yang terputus bekalan makanan akibat perintah larangan pergerakan. Pada asasnya, krisis keterjaminan makanan ini melibatkan masalah peringkat global sama ada sebelum atau pasca pandemik. Tetapi apabila situasi pandemik berlaku, lebih ramai pihak yang mengalami krisis makanan hingga terpaksa mengangkat bendera putih. Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Program Makanan Sedunia (WFP) telah memberikan amaran awal bagi tempoh Jun-November 2023. Tindakan kemanusiaan segera perlu diambil bagi 18 kawasan panas krisis kelaparan di 22 buah negara. Di kawasan ini, sebahagian daripada penduduk berkemungkinan akan menghadapi kemerosotan ketara tahap keterjaminan makanan akut yang mencetuskan risiko terhadap nyawa. Malahan menurut Bank Dunia, kenaikan inflasi harga makanan domestik kekal […]

trending_flat

Penternak lembu jadi ‘korban’ ekonomi semasa

Oleh: Prof. Madya Dr. Amanuddin Shamsuddin Isu ekonomi negara dan peningkatan kos sara hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa ini memberi kesan kepada banyak pihak. Rata-rata rakyat mengeluh dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang terpaksa didepani oleh mereka. Keluhan mereka bukan berkaitan dengan sesuatu kemahuan (wants - nice to have) tetapi menjurus kepada keperluan asas (necessity - need to have) seperti barangan makanan, pakaian, tempat tinggal dan perkhidmatan asas seperti pengangkutan, perubatan dan pendidikan. Antara yang terkesan dengan situasi ini adalah penternak atau pengusaha lembu yang mengalami kemerosotan penjualan lembu-lembu mereka khususnya menjelang Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban pada 29 Jun 2023 ini. Prof. Madya Dr. Amanuddin Shamsuddin Lazimnya, penternak lembu adalah golongan yang teruja untuk menyambut Hari Raya Korban, selain dari jemaah haji yang berada di Tanah Suci Mekah. Ini adalah kerana […]

trending_flat

Salehuddin ketuai “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia – Brunei”

TELUK SEPANGGAR, 23 JUN 2023 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini telah mengetuai “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia – Brunei” – Projek Pembekalan LPG Tidak Bersubsidi ke Negara Brunei Darussalam yang diadakan di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah. Menurut Salehuddin, Program “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei” merupakan satu bentuk kerjasama ekonomi antara Malaysia dengan negara jiran yang bersempadan dengan negara ini dengan menumpukan kepada pembekalan barangan keperluan. Objektif program tersebut adalah bagi meningkatkan keterjaminan bekalan serta peningkatan kerjasama perdagangan antara negara ini dan negara jiran. "Bagi program “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei”, ianya dimulakan dengan pembekalan LPG tidak bersubsidi dari Malaysia ke Brunei dan akan diperluaskan dengan barangan keperluan lain yang akan diperincikan di antara kedua-dua negara pada masa akan datang. PETRONAS menerusi pengeluaran LPG di Loji Teluk Sepanggar, Sabah, […]

trending_flat

Wakaf Tandan Felda: suri teladan baharu bagi pemain wakaf korporat tanah air

Oleh: Dr Mohd Zaidi Md Zabri Pada 11 Mei lalu, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah memperkenal inisiatif Wakaf Tandan Sawit bagi membolehkan warga peneroka menyumbang kepada institusi wakaf di bawah pengawasan FELDA iaitu WAQAF FELDA. Menariknya, inisiatif ini merupakan inisiatif organik yang diinspirasikan dari peneroka FELDA sendiri di mana para peneroka FELDA Kerteh 6, Terengganu telah mewakafkan tandan sawit dan nilai jualannya disalurkan ke WAQAF FELDA. Inisiatif wakaf tandan ini dilaksanakan melalui permohonan wakaf yang dikemukakan oleh peneroka kepada pihak FELDA dengan menyatakan bilangan tandan sawit segar sebelum dihantar ke kilang. Bilangan tandan sawit yang masak kemudiannya bakal diasing, ditimbang dan jumlah nilai daripada tandan tersebut akan dipindahkan ke akaun WAQAF FELDA bagi pihak peneroka. Pihak WAQAF FELDA menyasarkan kutipan kutipan hampir RM20 juta setahun (RM19.2 juta) dari inisiatif wakaf tandan FELDA ini. Umum mengetahui bahawa kelestarian kewangan merupakan […]

trending_flat

KPKT komited imbangi sosioekonomi dan pembangunan komuniti setempat secara inklusif

TELUK INTAN, 17 Jun 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming (telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program Fiesta Teluk Intan - ‘Komuniti Bandar Dekat di Hati’ sempena Program Kemampanan dan Komuniti Bandar (PKKB) di Dataran Menara Condong, Teluk Intan pada pagi ini. Nga Kor Ming juga turut menyampaikan Bantuan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) berjumlah RM276,000 kepada 15 penerima Projek Bantuan Baik Pulih Rumah dan Bantuan Bina Baharu Rumah di Bandar bagi kawasan Teluk Intan dan Bagan Datuk, Perak. Menurut KPKT, sebanyak RM2 juta telah diperuntukkan oleh KPKT untuk bantuan baik pulih rumah kepada negeri Perak bagi tahun 2023. Peruntukan ini bakal memberi manfaat kepada 133 penerima bantuan perumahan di Perak dalam usaha menambah baik kualiti kehidupan keluarga di bandar. Tambah KPKT, penerima Bantuan Baik Pulih rumah adalah dalam kalangan B40 yang berdaftar dengan eKasih di mana rumah […]

trending_flat

KPK jamin terus tangani masalah industri getah dan diskriminasi minyak sawit

KUALA LUMPUR, 15 JUN 2023 - Dalam menghadapi risiko cuaca panas dan penyakit luruhan daun, Kementerian Perladangan dan Komiditi (KPK) belum menyalurkan bantuan segera tentang isu ini, tetapi sudah mengambil kira kebajikan mereka menerusi bantuan segera secara bulanan seperti Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dan Insentif Pengeluaran Lateks (IPL). Mejawab pertanyaan dari Ahli Parlimen Padang Serai di Parlimen hari ini, Menterinya Dato' Sri Haji Fadillah Yusof menyatakan, sejak pelaksanaan IPG pada September 2015 sehingga 31 Disember 2022, bantuan telah diagihkan kepada 210,000 pekebun kecil di seluruh negara dengan nilai pembayaran berjumlah RM448 juta. “Bagi menangani penyakit Luruhan Daun Pestalotiopsis (LDP), Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah diperuntukkan keseluruhan RM14.9 juta untuk Siri 1 dan Siri 2 bagi mengawal penyakit LDP dalam tahun 2023 sehingga 2024. “Siri 1 melibatkan peruntukan berjumlah RM10 juta, sedang di dalam proses pelaksanaan di Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, […]

trending_flat

Upah dan gaji: Kepuasan bekerja lebih utama

Oleh: Dr. Elya Nabila Abdul Bahri Walaupun kajian semula kadar dan struktur upah sedang hangat diperkatakan ketika ini, namun dari sudut yang lain terdapat segolongan pekerja yang memilih untuk mempunyai kehidupan yang lebih sejahtera dan keseimbangan antara kerja-kehidupan yang lebih sihat berbanding upah yang lebih tinggi. Ada pekerja yang sanggup meninggalkan organisasi kerana tuntutan kerja yang terlalu sibuk walaupun upah yang diterima adalah tinggi. Kebiasaannya, semakin tinggi tingkat upah, semakin tinggi tuntutan kerja yang diperlukan oleh majikan. Tuntutan kerja yang banyak akan membuatkan seorang pekerja itu sibuk dan perlu melebihkan masanya untuk menyempurnakan kerja dan kurang peruntukan masa untuk bersosial atau bersama keluarga. Maka tidak hairan jika ada pekerja yang sanggup meninggalkan kerja yang menawarkan upah yang lebih tinggi, misalnya RM3,700 disusuli dengan tuntutan kerja yang padat tetapi berhijrah kepada pekerjaan sebagai juruwang dengan pendapatan sebanyak RM1,500 yang lebih rendah […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation