trending_flat

TPM berkunjung ke Lembaga Lada Malaysia cawangan Sibu

SIBU, 6 JANUARI 2023 - Dalam usaha untuk merapatkan hubungan antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK) Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof telah memulakan siri lawatan dan kerja rasmi ke Sarawak. Pada hari ini, Fadillah telah berkunjung ke salah satu agensi bawah KPK iaitu Lembaga Lada Malaysia (MPB) di pejabat cawangan dalam daerah Sibu, Sarawak. Menurut KPK dalam satu kenyataan hari ini, sehingga kini, MPB memiliki sembilan (9) buah pejabat cawangan di seluruh negeri Sarawak yang diselia oleh Pejabat Wilayah Sarawak iaitu di Serian, Sri Aman, Betong, Bintangor, Sarikei, Bintulu, Miri, Belaga dan Sibu serta dua (2) buah pejabat wilayah masing – masing di Semenanjung Malaysia (Johor) dan juga Sabah (Kota Kinabalu). "MPB Sibu secara khususnya berperanan dalam menyelia aktiviti industri lada yang meliputi kawasan Sibu, Mukah dan Kapit (kecuali daerah Belaga yang […]

trending_flat

KKR sambut baik keputusan Jemaah Menteri

KUALA LUMPUR, 5 JANUARI 2023 - Keputusan Jemaah Menteri untuk mengiktiraf Jabatan Kerja Raya JKR Negeri Sarawak dan Jabatan Kerja Raya JKR Negeri Sabah sebagai Jabatan Teknik Kerajaan disambut baik oleh Kementerian Kerja Raya (KKR). Menterinya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata dengan pengiktirafan itu JKR Sabah dan Sarawak diberi kuasa mentadbir urus projek-projek pembangunan persekutuan pada kadar sehingga RM50 juta. "Keputusan ini akan melibatkan pindaan Arahan Perbendaharaan 182 (AP 182) yang menetapkan sebelum ini bahawa semua Jabatan Bukan Teknik hendaklah mendapatkan perkhidmatan daripada Jabatan Teknik yang diiktiraf sahaja iaitu JKR Malaysia dan JPS Malaysia bagi melaksanakan semua projek Kerajaan (perkara 182.1). Di samping itu Kementerian Kerja Raya juga berpandangan supaya satu garis panduan perlu dibincang dan disediakan bersama Agensi Pusat bagi menentukan perincian berhubung agihan bidang kuasa, peranan dan tanggungjawab pihak yangterlibat dalam pelaksanaan projek-projek kedua-dua negeri berkenaan. " […]

trending_flat

Harga runcit petrol kekal sehingga 11 Januari 2023

 4 JANUARI 2023 - Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh  5 Januari 2023 hingga 11 Januari 2023 adalah ditetapkan seperti berikut: i. harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.35 seliter; ii. harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan iii. harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter. Jelas Kementerian, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran. Tambah Kementerian, Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta […]

trending_flat

Kadar tol BESRAYA dan LEKAS turun mulai 1 Januari

KUALA LUMPUR, 31 DISEMBER 2022 - Kerajaan dengan sokongan dan persetujuan syarikat konsesi lebuh raya bertol di bawah kendalian kumpulan IJM Corporation Berhad, iaitu Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) telah bersetuju untuk menurunkan kadar tol berkuatkuasa mulai 1 Januari 2023 jam 12:01 tengah malam. Menurut Menteri Kerja Raya (KKR) Dato Sri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan hari ini, persetujuan itu adalah selaras dengan keputusan Jemaah Menteri yang dibuat pada 21 Disember 2022. Katanya, penurunan kadar tol tersebut juga merupakan sebahagian daripada persetujuan penyusunan semula struktur dan kadar tol bagi kedua-dua lebuhraya ini yang diputuskan oleh Kerajaan. "Penurunan kadar tol adalah sebanyak RM0.15 bagi kenderaan kelas 1 yang melalui plaza tol Loke Yew dan Mines (arah Utara & Selatan), Lebuhraya Besraya; manakala kadar tol bagi kenderaan kelas 1 dikurangkan daripada 0.1811 sen/km kepada 0.1666 sen/km bagi Lebuhraya […]

trending_flat

TINDAKAN DAN PELAN KERAJAAN MENANGANI KOS SARA HIDUP

28 DISEMBER 2022 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Menteri Ekonomi telah mengeluarkan kenyataan bersama tentang beberapa inisiatif proaktif dalam menangani cabaran ekonomi semasa yang mampu menjejaskan kehidupan rakyat. Beberapa langkah ini termasuk tindakan jangka pendek dan sederhana lanjutan Mesyuarat Khas NACCOL pada 27 November 2022 dan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Disember 2022 lepas. Antara 10 keputusan penting yang diputuskan Kerajaan adalah seperti berikut: ⁃ Tarif elektrik dikekalkan untuk pengguna domestik, komersial, dan industri bagi mengelakkan kesannya terhadap harga barangan pengguna. ⁃ BERNAS akan menyalurkan peruntukan RM60 juta kepada petani beras RM10 juta bagi 2022 dan RM50 juta bagi 2023. Ini adalah bagi kos sara hidup pesawah. ⁃ Kawalan harga dan subsidi ayam standard dan telur Gred A, B, dan C diteruskan sehingga suatu tempoh yang ditetapkan ⁃ Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) […]

trending_flat

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2022 akan dilaksanakan selama 5 hari

PUTRAJAYA, 20 Disember 2022 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan bahawa menjelang sambutan Krismas pada 25 Disember yang akan datang, Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2022 akan dilaksanakan berkuatkuasa dari 23 Disember hingga 27 Disember 2022. Menurut Salahuddin menerusi satu kenyataan pada hari ini, tempoh pelaksanaan adalah selama 5 hari iaitu 2 hari sebelum perayaan, 1 hari semasa perayaan dan 2 hari selepas perayaan. Katanya, pada masa yang sama, ayam dan telur ayam sedang dikawal harganya di bawah pelaksanaan penentuan harga ayam dan telur ayam. Sebanyak 11 jenis barangan akan diwartakan bagi pelaksanaan SHMMP Krismas 2022. Senarai barangan bagi skim tersebut adalah seperti infografik di bawah : "Tempoh pelaksanaan SHMMP Krismas 2022 kali ini adalah bersesuaian mengikut keadaan semasa, iaitu mewujudkan suasana menang-menang kepada pengguna dan peniaga. Pengguna dapat […]

trending_flat

Kemasukan telur ayam dari India adalah fasa percubaan – MAFS

SEPANG 16 Disember 2022 - Bagi menampung kekurangan bekalan telur sejak beberapa bulan yang lalu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) telah membawa masuk telur ayam dari negara luar. Dalam satu kenyataan semalam. MAFS berkata kebenaran bagi kemasukan telur ayam dari negara India semalammelalui laluan udara sebagai fasa percubaan bagi memastikan telur ayam yang diimport menepati segala piawaian yang ditetapkan. "Kementerian melalui Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah melaksanakan kawalan kemasukan telur ayam import di pintu masuk secara ujian Hold, Test and Release (HTR), yang merangkumi ujian PCR untuk pengesanan bakteria Salmonella, virus Newcastle Disease dan Avian Influenza. Pengujian yang dijalankan ini adalah bagi memastikan rakyat menerima telur ayam import yang selamat, bersih, halal dan bebas dari segala penyakit di samping melindungi industri penternakan negara. Segala protokol dan tatacara yang ditetapkan oleh Kerajaan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation