Peranan Semua Pihak dalam Mengimbangi Ekonomi Gig dan Pendidikan Tinggi
Oleh : Nik Amalena Najebah Nik Azman Pada masa kini, ekonomi gig telah berkembang pesat bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia. Ekonomi gig menawarkan peluang ekonomi kepada ramai anak muda yang mencari pendapatan segera dan kebebasan bekerja. Dengan kemajuan teknologi dan platform digital, pekerjaan seperti p-hailing (penghantar makanan), e-hailing (kereta persendirian dijadikan perkhidmatan awam), dan kerja bebas dalam talian kini mudah diakses oleh sesiapa sahaja. Bagi pelajar sekolah, terutama mereka dari keluarga berpendapatan rendah, ekonomi gig menjadi penyelesaian pantas untuk memperoleh pendapatan tambahan bagi menampung kos hidup harian. Namun, di sebalik daya tarikan ini, terdapat kebimbangan yang semakin timbul mengenai kesan jangka panjang ekonomi gig terhadap minat pelajar sekolah untuk melanjutkan pelajaran. Semakin ramai pelajar yang melihat pendapatan cepat melalui ekonomi gig sebagai alternatif kepada pendidikan tinggi, yang dianggap memerlukan masa yang Panjang dan pelaburan yang lebih besar. Fenomena […]